Bab 53

1.7K 69 12
                                    

"Baby, I miss you so much."

"Let me go." Haikal cuba melepaskan pelekun wanita itu tetapi makin erat wanita itu memeluknya.

"Maria, let me go!" Marah Haikal. Beberapa pasang mata memerhati adegan mereka berdua termasuk Haiqa Farhana. Betapa luluh hatinya melihat wanita lain memeluk erat suaminya walaupun suaminya tidak membalas pelukan itu. Tetapi rasa sakit hati tetap bersarang di hati wanitanya.

"How could you tengking I. You know how much I miss you honey. I miss you so much." Kata wanita yang bernama Maria itu dengan nada sayu sambil tangannya cuba meraih tangan milik Haikal.

"Can you stop with your acting. Tak payah nak berdrama sangat kat sini. You dengan air mata palsu you tu boleh pergi blah." Marah Haikal. Tangan Maria ditepis kasar.

"Excuse me. Sorry mencelah but, can I know you?" Celah Haiqa. Dia sudah tidak betah apabila beberapa pasang mata masih melihat drama tidak berbayar ini.

"I'm Maria. I girlfriend Haikal." Jawab Maria. Haiqa terus terpempan.

"What? His girlfriend?" Soal Haiqa gagap.

"Yes, I am. You sapa?" Soal Maria kembali.

"I'm his wife. Takpe la korang mesti ada banyak benda nak borak kan? Sokey borak la dulu, saya gi cari barang² dulu. Nanti kalau dah settle cari barang, saya call awak." Jawab Haiqa sebelum menarik troli yang ditolak Haikal tadi dan berlalu pergi meninggalkan pasangan itu. Hatinya sakit sangat saat itu. Air mata cuba ditahan.

Haikal yang perasan raut wajah isterinya berubah serta panggilan yang digunakan oleh Haiqa turut berubah terus melangkah ingin mendapatkan isterinya. Namun baru setapak dia melangkah, Maria memeluk lengannya.

"You nak pergi mana? I miss you so much." Maria mengeratkan lagi pelukan di lengan milik Haikal.

*****

Setelah hampir 10 minit Haiqa meninggalkan pasangan itu, batang tubuh milik suaminya masih tidak kelihatan. Dia mengeluh lemah.

"Ingatkan dia akan kejar aku tapi, aku silap. Sedar la diri Haiqa, kau dengan Maria tu macam langit dengan bumi. Dia tu cantik gila walaupun free hair. Pandai bergaya. Mesti dari golongan berada macam Haikal. Sesuai kan mereka dua tu? Hmm tak macam kau ni. Dah la tak cantik, selekeh pulak tu. Harta? Lagi la takde apa. Kau kena sedar diri yang kau tu biasa² je nak dibandingkan dengan Maria." Kata Haiqa sendiri. Air mata yang cuba ditahannya sebentar tadi akhirnya jatuh. Dia cepat² menyeka air matanya takut² sekiranya orang sekeliling melihatnya.

Dia cepat² memilih barang sebelum berlalu ke kaunter pembayaran. Nasib baik duit yang diberikan Haikal sebelum ini masih berbaki jadi bolehlah dia bayar semua barang² ni guna duit tersebut.

Setelah selesai membayar, dia duduk di kerusi yang disediakan di dalam pasaraya tersebut sementara menunggu Haikal. Sengaja dia tidak menghubungi lelaki itu kerana takut mengganggu pasangan itu melepaskan rindu.

Setelah hampir 30 minit, bayangan suaminya masih tidak kelihatan. Dia melihat ke arah Oppo F1s miliknya kalau² ada pesanan ringkas dari suamunya tapi hampa, tiada apa² yang muncul dari notificationnya. Dia mengeluh buat kali entah keberapa.

"Hana." Sapa seseorang. Haiqa mengangkat kepala memandang ke arah suara itu.

"Ehh kak Tia, Faris. Jumpa lagi." Sebuah senyuman cuba dihadiahkan buat pasangan itu. Fathia yang perasan riak wajah adik iparnya berbeza dari pertemuan pertama mereka tadi berasa hairan.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now