Bab 54

1.7K 58 5
                                    

Haiqa terjaga pada pukul 3 pagi. Apabila mata dibuka, wajah kacak suaminya yang masih lena terpampang di hadapannya. Wajah itu ditenung dan diusap. Tanpa sedar, air matanya mengalir.

Haikal terjaga dari lenanya apabila terasa wajahnya diusap. Apabila matanya dibuka, dia melihat isterinya menangis.

"Hey sayang, what's wrong?" Pipi wanita kesayangannya itu dipegang lalu diusap. Air mata Haiqa disekanya.

"Sayang, kalau sayang still marah bibiy pasal semalam, bibiy mintak maaf sangat². I'm really sorry honey, I didn't mean to hurt you honey. I'm promise that I will never do it again." Tubuh wanita kesayangannya dipeluk erat.

"Awak jahat. Sampai hati awakbbuat saya macam ni. Awak tau tak sakit sangat bila tengok orang yang kita sayang gelak² dengan orang lain. It's really hurt me." Haiqa melepaskan segala yang terbuku di hatinya sambil tangannya tidak henti² memukul dada milik Haikal. Haikal hanya membiarkan perlakuan isterinya.

"Bibiy jahat." Pukulan di dada Haikal semakin perlahan sebelum tubuh itu didakapnya erat. Dia menangis semahunya di dada lelaki itu.

"I'm really sorry honey." Haikal mengusap belakang isterinya. Air matanya juga turut mengalir.

Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum Haikal merasa tubuh Haiqa tiada sebarang pergerakan, tangisannya juga turut reda. Apabila dia menjarakkan sedikit tubuhnya, dia mendapati isterinya sudahpun terlena. Dia mengusap pipi Haiqa yang masih basah dengan air mata.

Haikal memerhati wajah sembap isterinya sebelum dia bangun dari pembaringannya. Bilik air dituju dan dia mula berwuduk untuk menunaikan solat tengah malam.

Selesai solat sunat, Haikal memanjatkan doa supaya diberikan petunjuk untuk menghadapi segala masalah.

"Ya Allah ya Tuhanku, Engkau ampunkanlah dosaku, dosa isteriku, keluarga ku dan keluarga mertua ku serta muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah pergi meninggal dunia ya Allah. Ya Allah, Engkau kurniakanlah aku petunjuk untuk aku terus tabah mengharungi segala ujian hidup yang telah Engkau takdirkan untukku Ya Allah. Engkau kurniakanlah kebahagiaan di dalam rumah tanggaku Ya Allah. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau lapangkanlah dada isteriku ya Allah. Engkau kurniakanlah kebahagiaan kepadanya dan Engkau kurangkanlah kesedihan yang dia hadapi saat ini Ua Allah. Sesungguhnya, aku suami yang lalai Ya Allah. Aku leka dalam membahagiakan isteriku Ya Allah. Engkau kurniakanlah kebahagiaan dalm hatinya kerana dialah satu²nya isteriku, ibu kepada anak²ku dan syurga buat anak²ku serta dia jugalah bidadari buatku diahirat kelak Ya Allah. Sesungguhnya, Engkau tempat aku memohon pertolongan Ya Allah. Amin Ya Rabbal'alamin." Doa Haikal setelah selesai solat. Haiqa yang terjaga dari tidurnya tadi, terdengar doa yang dibaca suaminya. Air matanya mengalir mendengar setiap bait ayat yang didoakan oleh suaminya. Dia turut mengaminkan doa yang dibaca Haikal tadi.

Tubuh suaminya yang masih berada diatas sejadah dihampiri sebelum bahu lelaki itu disentuh. Haikal yang masih menekup mukanya ditelapak tangan terkejut. Dia berpaling sebelum wajah isterinya yang basah dengan air mata dilihat.

Haiqa duduk dihadapan suaminua sebelum tangan suaminya dicapai dan dikucup.

"Sayang mintak maaf. Sayang patut dengar penjelasan bibiy. Sayang mintak maaf sebab terlalu ikut perasaan. Maafkan sayang bibiy?" Wajahnya diangkat sebelum matanya menatap mata coklat gelap milik Haikal. Haikal mendakap erat tubuh isterinya. Dahi Haiqa dicium penuh kasih.

"Bibiy maafkan dan bibiy pun mintak maaf sebab tinggalkan sayang. Bibiy janji bibiy takkan buat macam tu lagi."

"Janji?" Pinky promise dikeluarkan Haiqa sebelum jari kelingkingnya bertaut dengan jari kelingking Haikal. "Promise."

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now