Bab 63

2K 89 74
                                    

Haiqa berpusing ke kiri, kemudian ke kanan dan kemudian menelentang namun dia masih tidak dapat tidur dengan selesa.

"Kau boleh tidur diam² tak? Rimas tau tak." Marah Haikal apabila tidurnya terganggu.

"Sorry. Tiba² rasa tak selesa la. Sakit pinggang." Kata Haiqa.

"Kisah lak aku. Gi tidur tempat lain la kalau dah tak selesa tidur sini. Semak je." Halau Haikal. Haiqa yang terasa dengan ayat yang dikeluarkan oleh suaminya pantas bangun dari katil dan berjalan menuju ke pintu untuk keluar.

"Tu nak pergi mana tu? Haih kau ni. Aku ni letih tau tak. Tak boleh ke sehari kau menyenangkan sikit hati aku ni. Ada je benda yang kau nak buat kan? Tidur sini diam².” marah Haikal lagi namun tak dihiraukan Haiqa. Habis sahaja ayat² pedih yang dilontarkan suaminya, dia terus memulas tombol pintu dan berlalu keluar. Tidak mampu lagi dia menahan air mata kecewanya.

Dia berjalan menuju ke ruang tamu. Sofa di ruang tamu didudukinya. Tangannya mengusap perut yang masih kempis.

"Sayang jangan risau ye? Daddy tak marah kita pun. Daddy sayang kita. Anak mommy duduk dalam ni elok² tau. Mommy sayang anak mommy ni." Katanya sambil air mata yang mengalir laju.

Haikal yang ikut isterinya tadi terkaku mendengar ayat yang dilontarkan isterinya tadi. Dia terus tersandar di dinding.

"Daddy? Aku dah nak jadi daddy ke? Haiqa pregnant ke?" Dia terus menuju ke bilik dan membaringkan tubuhnya di atas katil. Pelbagai soalan berlegar-legar dalam fikirannya namun tiada jawapan untuk soalan itu. Ingin ditanya pada si isteri namun egonya yang menggunung memaksanya untuk tidak bertanya kepada Haiqa. Dia berfikir sehingga tertidur. Begitu jug Haiqa, menangis sehingga tertidur.

*****

Haiqa duduk termenung seorang diri di ruang tamu. Drama yang terpasang di kaca tv langsung tak dihiraunya. Walaupun mata menghadap ke arah televisyen tapi fiiirannya melayang entah ke mana.

"Oii. Kau termenung apa? Kalau taknak tengok tv tu, tutup je la. Membazir je kerja kau ni." Tersentak Haiqa mendengar teguran kasar dari suaminya. Dia pantas mencapai alat kawalan jauh dan segera menutup tv.

Haiqa kemudiannya memandang Haikal yang kemas berpakaian kerjanya.

"Harini dah start sem baru eh? Bukan seminggu lagi ke?" Soal Haiqa pelik.

"Aku ada meeting harini. Kau duk rumah diam². Aku nak gi kerja." Kata Haikal dan berlalu ke pintu rumah. Kasut kerjanya diambil di rak kadut dan disarung.

Haiqa bangun dari duduknya dan turut menuju ke pintu rumah untuk menghantar Haiqa. Walau seteruk mana pun layanan Haikal terhadapnya, lelaki itu masih suami yang sah buatnya.

"Kau duk rumah elok². Kemas sikit rumah ni. Jangan asyik nak duduk goyang kaki je. Jangan jadi pemalas sangat. Makan nanti pandai² kau la masak. Takyah tunggu aku balik. Faham tak?" Kata Haikal kasar. Haiqa hanya mengangguk faham.

"Em awak. Kalau nanti awak balik awal, boleh tak awak belikan saya pisang goreng. Saya teringin sangat nak makan pisang goreng. Boleh ye?" Pinta Haiqa. Haikal terus tersentap mendengar perkataan teringin. Dia sempat termenung seketika.

"Awak. Boleh tak?" Soal Haiqa sekali lagi.

"Tengok la dulu macam mana." Jawab Haikal yang baru tersedar dari lamunannya. Haiqa sudah tersenyum gembira. Haikal sudah bersedia untuk pergi. Baru sahaja dia ingin melangkah, terasa tangannya dicapai. Haiqa mengucup lembut tangan suaminya. Di dalam hati, tak pernah henti dia berdoa supaya suaminya kembali seperti dulu. Dia amat rindukan belaian kasih seorang suami.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now