Bab 47

1.9K 60 7
                                    

Hari ini merupakan hari Isnin iaitu hari kemalasan seorang Haiqa Farhana untuk ke kelas. Dia bermalas-malasan di atas katil sambil bergolek-golek.

"Amboi cik isteri, seronoknya golek². Teringin nak jadi ayam golek ke apa? Tu tengok jam tu dah pukul berapa. Tak payah nak golek sangat, nanti lambat." Bebel Haikal. Haiqa hanya membuat muka dan masih mengeliat di atas katil. Dia meniarap dan menyembamkan mukanya di atas tilam yang empuk itu. Haikal menggelengkan kepalanya melihat telatah isteri tercintanya.

"Bangun cepat. Tu la, tidur lagi lepas subuh tadi. Kan dah liat nak bangun pergi kelas." Bebel Haikal lagi. Haiqa menekup telingannya menggunakan bantal. Haikal yang melihat Haiqa yang masih berbaring, terus mendapat satu idea untuk mengenakan isterinya. Dia terus mendekati Haiqa untuk menjalankan misinya.

"Tak nak bangun ke?" Soal Haikal memulakan misinya. Haiqa yang tidak tahu menahu tentang idea nakal Haikal hanya menggelengkan kepala.

"Betul ni?" Bisik Haikal perlahan di telinga Haiqa dengan nada yang menggoda. Haiqa terus meusibgkan badannya setelah mendengar nada suara suaminya yang agak pelik dari biasa. Terkejut Haiqa apabila wajah suaminya sangat dekat dengan wajahnya.

"A.. aw.. awak buat apa ni?" Soal Haiqa gagap.

"Awak kan malas nak pergi kelas. So apa kata kita.." Haikal tidak menghabiskan ayatnya sebaliknya dia mengelus pipi tembam milik Haiqa dan mendekatkan lagi jarak antara wajah mereka sehingga dahi dan hidung mereka bertembung. Haiqa sudah berasa berdebar. Matanya tidak berkelip memandang ke dalam anak mata milik Haikal. Dia melarikan anak matanya dari terus memandang ke dalam anak mata Haikal apabila debarannya semakin terasa.

"Ermm.. Saya nak mandi.. Nanti lambat pulak kita pergi kelas." Kata Haiqa sambil menolak badan Haikal namun Haikal tidak bergerak walaupun seinci.

"Kita mandi sama² la. Cepat sikit. Saya pun tak mandi lagi ni." Haikal terus mencempung Haiqa dan berjalan menuju ke dalam bilik mandi yang terdapat di dalam bilik mereka. Haiqa yang terkejut dengan tindakan Haikal terus memeluk erat leher suaminya.

"Nak pergi mana nii?" Soal Haiqa. Mukanya sudah berubah merah.

"Mandi la." Kata Haikal dengan nada nakalnya.

"Awak kan dah mandi. Buat apa nak mandi lagi? Bazir air je." Kata Haiqa.

"Takpe. Tak salah pun mandi sekali lagi, mandi dengan isteri lagi tak salah. Dapat eratkan hubungan suami isteri." Jawab Haikal selamba. Sedar tak sedar mereka sudah tiba di hadapan pintu bilik air.

"Lain kali je la kita mandi sekali. Dah lewat kan." Pujuk Haiqa. Dia masih belum sedia untuk menjalankan tanggungjawabnya itu.

Haikal tersenyum melihat isterinya lalu menurunkannya dari dukungan. "Saya gurau je la. Saya tau awak tak sedia lagi. Takpe saya tunggu sampai awak sedia. Dah gi mandi, nanti lewat." Kata Haikal lalu mengucup sekilas dahi Haiqa lalu berlalu  untuk bersiap ke kelas.

*****

Suasana dalam bilik kuliah sangat bising sebab pensyarah mereka belum masuk.

"Korang. Korang tahu tak kampus kita ada lecturer baru." Kata salah seorang classmate Haiqa.

"Serious la? Laki ke perempuan?" Soal yang lain.

"Dengar cerita laki." balas yang lain pula.

"Tadi masa on the way masuk kelas, aku ada terserempak dengan sorang mamat ni. Hensem siak. Muka dia macam Zain Malek." kata salah seorang pelajar perempuan. Pelajar perempuan yang lain bukan main suka lagi sebab bila dengar lecturer baru tu hensem.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now