Bab 23

2.5K 63 2
                                    

Aku berjalan beriringan dengan Am ke arah kereta miliknya. Terserlah langkahku yang lemah serta longlai. Gila tak lemah, berlari+berdiri berjam-jam. Kau rasa?

"Qa, kau okey ke tak ni? Lembik je tengok ni." soal Am prihatin. Ni satu sikap yang aku suka sangat pasal Am. Even dia selalu bulu and cari gaduh dengan aku tapi, dia selalu ambil berat pasal aku. Dia tau je bila aku ok, bila aku tak ok. Memang susah la kalau Haiqa Farhana nak tipu orang yang bernama Muhammad Idham ni. Sebab dia dah kenal aku lama kut. Dah masak sangat dengan perangai aku. Sama la jugak dengan aku.

"Yea, I'm okey." kataku perlahan.

"Jijja? Ni kau cakap okey? Dah la kau tak makan langsung. Breakfast tadi pun ntah makan ke tidak. Pastu, pagi² tadi kau dah marathon masuk kelas Encik Haikal, tadi pun kau marathon juga masuk kelas prof singa tu. Plus, kau berdiri 4 jam time kelas dia tadi. Kalau 4 saat atau 4 minit takpe la gak. Ni 4 jam. But, you say you're okey? Are you kidding me?" katanya. See, aku baru je cakap susah nak tipu galah ni.

"Hishh.. Kau ni bising la. Aku penat ni. Dah la, jom balik." kataku lalu berjalan laju ke arah kereta Am. Aku pusing ke belakang apabila kelibat Am masih tiada di sisi aku. "Yaa! Palli!" jeritku. Dia terus berlari ke arahku. Kami menyambung langkah ke arah kereta milik Am.

*****

Aku terjaga dari tidur apabila pintu bilik di ketuk beberapa kali. Dalam keadaan mamai, aku bangun dan berjalan ke arah pintu bilik. Apabila pintu di buka, terpacul muka ibu. Aku menggosok mataku beberapa kali.

"Ya ALLAH! Tidur anak dara aku sorang ni." kata ibu dengan mata terbeliak. Aku hanya diam dan menyandarkan kepalaku di pintu.

"Kenapa bu bising² ni?" soalku malas.

"Kenapa adik tanya?! Tengok jam tu dah pukul berapa." bebel ibu lagi. Aku hanya melihat ke arah jam yang terletak di dinding bilikku.

"7.15"

"Habis tu? Tak reti² lagi?"

"Reti apa?" kataku seraya menguap.

Ish³.. Tak senonoh prangai dia ni.

"Mandi lepas tu, solat." kata ibu sambil tangan menarik telinga aku. Aku mengaduh. Beberapa saat kemuadian, ibu melepaskan telingaku. Confirm merah. Sakit woi tarikan telingan Puan Hasnida ni.

Setelah bayangan ibu hilang dari pandangan, aku menutup kembali pintu bilik. Aku duduk di atas katil lalu mencapai oppo f1s yang terdapat di atas meja tepi katil.

Banyak chat masuk. Aku membuka salah satu chat iaitu chat dari encik tunang annoying.

Assalammualaikum, are u ok?
- Alif Haikal

Tdi sya dgr awk kna dnda time klas cik Sarah. Btul ke?
- Alif Haikal

Kenapa dia dnda awk? - Alif Haikal

Awk buat slh ap smpai dia dnda?
- Alif Haikal

Haiqaaa - Alif Haikal

Haiqa Farhana - Alif Haikal

Are u there? - Alif Haikal

Aku hanya meninggalkan blue tick. Lantak kau la. Aku nak merajuk dengan kau. Sebab kau la aku kena denda.

Aku meletakkan kembali fon di atas meja tadi lalu bangun dan mencapai tuala untuk mandi.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now