Bab 30

2.7K 67 7
                                    

Hari yang dinanti oleh kedua-dua buah keluarga telah tiba. Ramai sedara-mara yang sudah beberapa hari sampai dan bermalam di rumah aku atau lebih tepat ibu dan ayah. Disebabkan rumah ini tidak terlalu besar untuk menampung keluarga besar kami, ada yang bermalam di rumah Am memandangkan keluarga kami sangat rapat.

Semua sedang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan aku dan Haikal. Manakala aku hanya duduk dan hanya melihat sahaja kerja mereka. Aku tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja. Baru sahaja aku sentuh, terus dibebel. Jika bukan ibu, makcik² takpun nenek atau opah.

Jadi, untuk selamatkan teling dari bernanah dengar bebelan semua, baik aku duduk diam², main fon. Kalau nak melepak pun, nak lepak dengan sapa? BUDDYZ? Semua busy siapkan kerja yang abang Paan bagi dorang. Aku jadi tunggul kat sini. Tengok je semua buat kerja.

"Qa, kau asal?" soal Am lalu duduk dihadapan aku begitu juga dengan empat sahabatku yang lain.

"Asal, apa?" soalku kembali.

"Takde la. Kejap termenung, kejap tengok sana, kejap tengok sini, kejap main fon. Macam² la. Dari tadi kitaorang tengok je." terang Amir.

"Aku boring la. Tak tau nak buat apa. Aku nak tolong, kang tak pasal² kena bebel. Aku nak naik bilik, kang kata apa pula. Serius boring gila." kataku.

"Taman jom." ajak Am.

"Korang dah siap kerja ke?" soalku. Kang take pasal² abang Paan bising sebab dorang ni curi tulang. Aku take, aku diharamkan buat sebarang kerja.

"Dah." jawab mereka berlima serentak.

"Okey, kalau centu jom la. Jap, aku bagitau abang jap." kataku seraya berdiri. Aku terduduk kembali apabila tanganku ditarik seseorang, Mia.

"Takyah la bagitau abang. Kita pergi je. Kang tak pasal² tak jadi nak gi taman. Nanti dia tambahkan kerja." larang Am.

"Okey la kalau korang dah cakap centu. Jom." ajakku. Kami semua berjalan ke taman. Exercise.

*****

Di taman,

Aku duduk di atas sebuah buaian begitu juga dengan dua sahabatku yang lain, Mia dan Zila. Yang lelaki? Dorang berdiri je. Dorang cakap, 'buaian semua ni untuk perempuan. Lelaki macho cam kitaorang ni takdenya nak naik buaian ni.' poyo je lebih dorang ni.

"Siapa sangka kan? Esok kawan kita ni dah nak jadi isteri orang. Isteri kepada lecturer kita." kata Am yang berdiri dihadapanku.

"Kan. Nanti dah tak boleh dah nak lepak² macam selalu." tambah Zila.

"Sapa cakap kita dah tak boleh lepak macam selalu?" kataku.

"Memang la takde sapa cakap. Tapi, lepas ni kau akan jadi seorang isteri tau. Maknanya, tanggungjawab kau makin besar dan maybe kau akan makin busy." kata Mia.

"Tu la. Busy nak jaga suami, nak study lagi. Ntah² nanti kau sampai dah takde masa nak spend time dengan kitaorang." tambah Ipan.

"Lepas ni dah takde sapa nak dengar masalah kita, nak nasihatkan kita. Kan?" tambah Amir lagi. Sedih bebenor kawan² aku ni.

"Korang, aku nak kahwin je tau bukannya aku mati. Even aku busy macam mana pun lepas aku kahwin nanti, aku akan tetap ada untuk korang nak cerita masalah ke apa ke. Aku akan usaha untuk spend time dengan korang cam biasa. Okey? So, don't worry. I'm always with you guys. Dah, tak payah nak berdrama sangat kat sini. Over je lebih tau korang ni." kataku menimbul gelak-tawa sahabat² aku yang lain.

"Lepas ni, pergi kampus sorang la aku." kata Am dengan nada sedih.

"Kau takyah nak over sangat boleh tak? Aku tumbuk kau kang. Pergi je la dengan awek kau yang macam sotong tu." kataku meluat dengan perangai girlfriend Am a.k.a Sarah.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now