Bab 62

1.7K 56 15
                                    

Pagi itu Haikal menuruni tangga dan menuju ke meja makan untuk sarapan pagi. Kelihatan semua ahli keluarga termasuk Am dan Syaf sedang menjamu selera. Haikal kemudian mengambil tempat di sis Haiqa.

"Awak nak makan apa?" Soal Haiqa namun matanya tidak memandang ke arah Haikal. Masih sakit hati dengan lelaki itu.

"Anything." Kata Haikal dan Haiqa terus mencedok mee goreng ke dalam pinggan Haikal.

"Cofee?" Soal Haiqa dan mendapat anggukkan Haikal. Dia lantas menuang air kopi panas ke dalam cawan dan diletakkan ditepi pinggan mee goreng milik Haikal.

"Thank you." Haiqa hanya mengangguk. Sesakit mana pun hatinya terhadap lelaki itu, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

"Ibu ayah. Alif dah bincang dengan Haiqa, kami ingat lepas makan tengah hari nanti kami nak balik rumah kami. Boleh kan?" Soal Haikal selepas menyisip sedikit kopi panas. Haiqa yang mendengarkan itu terus berpaling ke arah Haikal. Kening sebelah diangkat dan memandang ke arah Haikal dengan serius. Haikal hanya mengabaikan pandangannya itu.

"Ayah tak kisah. Balik je la lagipun adik ni isteri Alif. Dah jadi tanggungjawab Alif dah kan. Balik la." Jawab Encik Hamzah. Haikal hanya mengangguk manakala Haiqa mengeluh perlahan.

"Adik dah kenyang. Adik naik kemas barang dulu." Kata Haiqa dan terus berdiri untuk mencuci pinggan dan cawan miliknya.

"Eh adik. Sikitnya makan. Makan la banyak sikit." Tegur Puan Hasnida.

"Adik dah kenyang la ibu. Lagipun tak berapa nak selera sangat harini." kata Haiqa dan terus berjalan menuju ke dapur.

Di dalam bilik,

"Bila masa kau bincang dengan aku entah. Sesuka hati je buat keputusan. Tau la ketua keluarga pun tapi agak la. Rindu dekat awek tak cukup kain kau tu cakap je la. Ye la, kat sini mana boleh keluar pagi balik malam takut nanti kantoi dengan ibu ayah la tu. Erghh. I hate you!" Leter Haiqa seorang diri sambil melipat kasar pakaian yang ingin dibawa balik bersamanya.

Tanpa sedar, Farhan berada di muka pintu bilik Haiqa. Terhibur dirinya melihat adik kesayangannya berleter.

"Why so cute sis?" Tegur Farhan memeranjatkan Haiqa yang berada di katil.

"Ish abang ni. Terkejut adik. Kalau adik ada heart attack macam mana? Tak sempat abang nak jadi uncle tau." Marah Haiqa.

"Aipp. Kenapa cakap macam? Tak baik tau. Sorry my lil sis." Kata Farhan dan berbaring bersebelahan dengan adiknya. Muka Haiqa berkerut apabila Farhan rapat dengannya.

"Abang tak mandi eh? Busuknya." Kata Haiqa. Farhan yang pelik terus mencium badannya.

"Ehh abang dah mandi la. Sedap² je cakap abang busuk. Wangi kot." Marah Farhan.

"Tak. Bu.." Belum sempat Haiqa menghabiskan ayatnya, dia terus berlari menuju ke toilet yang berada di dalam biliknya. Dia memuntahkan balik segala makanan yang telah dia makan tadi.

Farhan turut berlari memdapatkan adiknya. Belakang badan adiknya digosok.

Haiqa tersandar lemah di dinding toilet. "Boleh tak abang jauh sikit? Adik tak tahan la dengan bau abang. Sorry." Pinta Haiqa.

"Sokey. Kejap. Abang tukar baju." Kata Farhan.

"Ehh tak payah la. Just abang boleh tolong panggil ibu tak?" Pinta Haiqa. Farhan hanya mengangguk dan berlari mendapatkan Puan Hasnida.

Tidak lama kemudian, Puan Hasnida tiba berama Farhan diikuti Haikal dibelakang mereka.

"Eh adik. Kenapa ni? Okey tak?" Soal Puan Hasnuda risau.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now