Bab 41

2.5K 56 3
                                    

Haiqa turun ke bawah untuk membantu ibu di dapur. Apabila dia lalu di ruang tamu, dia lihat suaminya bersama dengan Farhan dan Encik Hamzah sedang duduk berbual di ruang tamu bersama. Dia hanya mengabaikan mereka dan berlalu ke dapur untuk membantu ibu.

"Ibu." sapa Haiqa manja sambil memeluk Puan Hasnida yang sedang menggaul lauk di dalam kuali.

"Ya Allah, bertuah punya budak. Terkejut ibu." bebel Puan Hasnida. Terkejut dia dibuatnya. Haiqa hanya tersengih.

"Hihi.. Ibu masak apa? Nak adik tolong?" soal Haiqa dengan tangan masih memeluk pinggang ibunya.

"Ibu masak ayam masak merah, sayur campur, ikan 3 rasa dengan tomyam campur." kata Puan Hasnida. Haiqa sudah terbeliakkan matanya.

"Banyaknya ibu masak. Kenapa masak banyak sangat?" soal Haiqa hairan.

"Ada la. Nanti adik tau. Dah, tolang ibu hidangkan makanan semua ni." arah Puan Hasnida. Haiqa hanya akur dan menghidang makanan yang telah dimasak.

"Ni semua lauk kegemaran mamat dua tu. Takkan la." getus Haiqa sendiri apabila teringat akan Am dan Syafizi.

Tiba², terdengar orang memberi salam. "Assalamualaikum."

"Dah sampai dah tetamu kita. Adik, bukak pintu jap." arah ibu selepas menjawab salam yang diberi. Haiqa akur dan mencapai tudung sarungnya yang memang sedia ada di bawah.

Apabila dia membuka pintu, "Hai sis." sapa mereka. Haiqa sudah mebeliakkan biji matanya apabila melihat tetamu yang berdiri di depan pintu rumahnya.

"Korang buat apa kat sini?" soal Haiqa.

"Surprise! Tepi sikit, mamat hensem nak masuk." kata Am lalu dengan perlahan menolak Haiqa ketepi.

"Kurang asam boi punya orang tua. Suka hati tolak aku." gumam Haiqa perlahan. Syafizi gelak perlahan mendengar bebelan Haiqa. Walaupun perlahan tapi masih jelas pada deria pendengarannya.

"Gelak² apa? Masuk la kalau tak malu." kata Haiqa memberi laluan kepada Syafizi.

"Memang tak malu pun. Hahaha.." dia terus berjalan masuk. Haiqa sudah membuat muka menyampah.

"Macam mana la aku boleh dapat kawan baik macam dua orang malaun nii.. Tak malu betul." kata Haiqa sendiri lalu masuk ke dalam rumah.

"Perhh.. Sedap gila tengok lauk yang ibu masak nii.. Tak sabar nak makan. Dah lama tak makan masakan ibu." puji Syafizi dengan terujanya.

"Ni kau baru tengok, belum makan lagi. Kalau dah makan ni, mau dua tiga pinggan kau sebat. Silap² boleh habis nasi yang ibu masak tu. Kan ibu?" sampuk Am yang ketika itu berjalan bersama Encik Hamzah, Abang Paan dan Haikal untuk makan malam bersama.

"Over la kau." kata Haiqa dengan nada menyampahnya.

"Sibuk la kau." kata Am. Haiqa hanya menjelirkan lidahnya.

"Ingat elok la tu. Dah jadi bini orang pun perangai tak ubah² gakk. Bila la kawan kita yang sorang ni nak jadi macam perempuan sikit. Kan Syaf?" kata Am. Syafizi menganggukkan kepalanya menyokong apa yang di katakan oleh Am tadi.

"Tu la pasal. Macam laki je. Ganas ke main. Mesti suami kau nyesal dapat bini ganas macam kau ni." kata Syafizi dan terdengarlah deheman seseorang.

"Aku tak rasa nyesal pun dapat bini macam dia. Aku happy lagi ada la. Kan sayang." sampuk Haikal lalu memeluk dan mencium dahi Haiqa. Muka Haiqa sudak bertukar ke warna merah kerana malu diperlakukan seperti itu di hadapan semua. Puan Haida dan Encik Hamzah hanya menggelengkan kepala dan tersenyum bahagia melihat kebahagiaan satu² nya puteri mereka itu.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now