Bab 59

1.8K 61 16
                                    

Marahnya readers dlm bab lps 😂 insyaallah bab kali ni akn brtmbah lgi haters 🙏 bukan kejam tpi Haiqa dgn Haikal ni trlmpau bhagia, sis jeles 😪 tkda laa 😚

✨✨✨

Pintu bilik Haiqa diketuk berkali-kali.

"Adik. Ooo adik. Tidur ke?" Panggil Farhan dengan tangan masih setia mengetuk pintu bilik adiknya.

Terkejut dia selepas pulang dari kerja dia diberitahu oleh ibu yang adik kesayangannya pulang.

"Adik. Abang masuk ya?" Kata Haikal seraya tombol pintu bilik dipulasnya perlahan.

Terlihat tubuh lemah adiknya tertidur kepenatan di atas katil queen miliknya. Dia merapati katil.

"Ehh darah." Terkejut Farhan melihat bandage di kaki adiknya berlumuran darah.

"Adik. Bangun adik. Adik. Ya Allah adik. Bangun." Kejut Farhan risau dengan tangan menepuk perlahan pipi adiknya yang agak pucat. Namun tiada sebarang pergerakan pada tubuh itu. Dia pantas mencempung tubuh adiknya.

Dengan berhati-hati dia berjalan turun tangga dengan menjerit memanggil kedua ibu dan ayah mereka.

"Ehh abang. Kenapa jerit² ni?" Soal Puan Hasnida yang baru keluar dari dapur. Dia masih belum sedar Farhan yangbsedang mencempung tubuh adiknya.

"Eh kenapa dengan adik ni?" Soal Puan Hasnida risau.

"Kaki dia berdarah. Abang kejut dia tapi dia tak bangun. Abang nak bawak dia pergi hospital ni." Jawab Farhan cemas.

"Ehh kejap. Kalau ye pun, bagi adik tu pakai tudung dulu. Has, ambiklan tudung sarung adik." Arah Encik Hamzah. Puan Hasnida hanya menurut.

"Am! Am!" Jerit Farhan memanggil sahabat baik adiknya itu.

"Kenapa abang? Eh kenapa dengan Haiqa ni?" Soal Am risau memandang sahabat baiknya.

"Jangan banyak tanya. Jom ikut abang bawak Hana gi hospital." Arah Farhan. Am hanya menurut.

"Kejap, Am ambik beg duit." Dia terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Kenapa bising² ni abang?" soal Syaf yang turut berada di rumah Am.

"Kenapa dengan Haiqa tu?" Soalnya lagi apabila melihat Farhan meletakkan Haiqa di seat penumpang belakang.

"Bagus la kau ada sekali. Jom ikut abang bawak Haiqa gi hospital. Nanti abang cerita. Jom cepat." Arah Farhan. Syaf hanya menurut.

"Am! Cepat!" Jerit Syaf juga risau dengan sahabat baiknya yang sedang berbadan dua itu. Dia pantas menyarungkan kasut dan berlari ke rumah sebelah. Am juga melakukan perkara yang sama.

"Kau drive Am. Nah kunci." Arah Farhan. Dia duduk di seat penumpang belakang bersama Haiqa. Kepala adiknya itu diletakkan di atas riba. Dia mengusap penuh kasih wajah pucat adiknya itu.

"Cepat Am." Gesa Farhan. Am memandu laju. Butang kecemasan pantas ditekannya. Semua lampu isyarat merah dilanggarnya. Risau jika apa² berlaku pada sahabatnya termasuk bayi yang masih baru dikandungnya.

*****

Ketiga-tiga lelaki itu menunggu Haiqa di hadapan wad kecemasan. Terpapar wajah kerisauan pada wajah ketiga-tiga mereka.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now