Bab 65

1.9K 83 36
                                    

Sepanjang hari itu, Haiqa hanya terperap di dalam bilik. Termenung dan masih menghadapi morning sickness seperti biasa. Makanan langsung tak ditelan, hanya susu yang menjadi sumber tenanga Haiqa dan bayinya saat ini.

Fathia membawa dulang yang berisi makanan masuk ke bilik Haiqa. Dia mengeluh melihat keadaan Haiqa yang asyik termenung.

"Hana. Makan. Dari pagi tadi Hana tak makan." Tegur Fathia.

"Hana tak selera la akak. Akak letak la situ dulu, japgi kalau Hana rasa nak makan Hana makan la." Jawab Haiqa langsung tak memandang ke arah kakak iparnya. Matanya masih tertacap ke arah pemandangan kota yang pesat dengan kenderaan.

"Hana tak boleh macam ni. Dah dua hari Hana tak makan. Hana minum susu je. Mana boleh macam tu. Kalau Hana tak kesian kat diri Hana, kesian dekat baby Hana. Dia lapar. Dia perlukan tenaga. Please, jamah sikit." Pinta Fathia. Dia menyua sesudu nasi ke arah Haiqa. Haiqa mengeluh mendengar pujukan kakak iparnya.

"Em takpe la akak. Hana makan sendiri." Haiqa mengambil sudu dan pinggan yang dipegang Fathia.

Setelah beberapa suap, Haiqa menghulur semula pinggan kepada Fathia dan menggeleng.  Fathia yang faham dengan selera Haiqa hanya menyambut pinggan itu dan menghulurkan sehelas air.

"Thanks akak." Ucap Haiqa. Fathia hanya mengangguk dan tersenyum.

"Am dengan Syaf ada kat luar. Jom la keluar. Lama sangat dah Hana terperuk dalam bilik ni." Ajak Fathia seraya berlalu pergi tanpa menunggu Haiqa.

Haiqa mengeluh dan mencapai tudung sarung yang dipinjam dari Fathia. Yelah, dia datang rumah Fathia pun sehelai sepinggang je.

Dia berlalu keluar dari bilik. Dia sudah berazam untuk terus kuat menghadapi ujian ini. Dia duduk di sofa berhadapan dengan Am dan Syaf. Fathia mengambil tempat di sebelah Haiqa.

"Em korang. Aku dah fikir masak². Aku nak tukar angin. Aku nak balik kampung, stay dengan opah kat kampung." Beritahu Haiqa.

"Serious la Qa?" Soal Am tk percaya dan Haiqa hanya mengangguk mengiakannya.

"Sampai bila kau nak stay rumah opah?" Soal Syaf pula.

"Sampai aku rasa nak balik sini balik. Tengok la setahun dua tahun ke. And aku akan gerak esok." Beritahu Haiqa lagi.

"ESOK?!" ketiga-tiga mereka terkejut mendengar keputusan Haiqa.

*****

Am menutup bonet keretanya. Dia dan Syaf akan menghantar Haiqa ke airport. Pada awalnya, mereka sendiri ingin menghantar Haiqa pulang ke Kedah tetapi gadis itu berkeras untuk menaiki bas kerana tidak mahu menyusahkan sahabat²nya. Disebabkan risau dengan keselamatan Haiqa, Dato' Syukri membeli yiket penerbangan ke Kedah buat menantunya.

"Adik jaga diri elok² kat rumah opah nanti. Kirim salam kat opah nanti ye. Jaga diri, jangan tinggal solat dan jaga bakal cucu ibu ni elok². Nanti senang² ibu dengan ayah ke sana jenguk adik ye?" Pesan Puan Hasnida sambil memeluk erat tubuh anak bongsunya. Keluarganya dan keluarga mertuanya sudah dimaklumkan tentang keberangkatan Haiqa ke kampung begitu juga dengan penceraian Haiqa dan Haikal. Cuma punca mereka bercerai sahaja masih belum dimaklumkan.

"Ayah dengan ibu pun jaga diri tau. Adik janji adik akan selalu call ibu dengan ayah. Halalkan makan minum adik. Adik minta ampun kalau² perbuatan adik, kata² adik ada menghiris hati ibu dengan ayah. Adik janji bila sakit ni dah reda, adik akan balik sini balik." Haiqa memeluk tubuh kedua-dua ibu bapanya.

"Hana hati² ye kat kampung nanti. Nanti mama dengan papa pun akan ikut ibu ayah ke Kedah kalau kami free. Tapi mama janji pada hari Hana nak lahirkan cucu mama ni, mama akan ada kat sana nanti ye sayang? Mama sayang menantu mama ni." Pesan Datin Maisara sambil mengucup dahi Haiqa.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now