Bab 11

3K 69 0
                                    

Keesokan paginya, aku turun ke bawah untuk sarapan dan terus ke kampus. Aku terdengar seperti ayah sedang berborak dengan seseorang. 'Sapa pulak pagi² ni datang rumah??' soalku di dalam hati.

Sampai sahaja ditangga paling bawah, aku melihat ke arah meja makan. Terlihat susuk tubuh lelaki yang pernah aku lihat tapi, dimana ya??

Aku mendekati meja makan. "Morning ayah, ibu.. Haikal??" aku menyapa ibu dan ayah aku. Haikal hanya tersenyum apabila aku menyebut namanya dengan 1001 tanda tanya.

"Apa Haikal buat kat rumah Haiqa pagi² ni??" soalku sambil mengambil tempat duduk disebelah ibu.

"Haikal nak hantar Haiqa pergi kampus la." terang Haikal.

"Hantar Haiqa pergi kampus?? Buat apa?? Ayah Haiqa kan ada." soalku.

"Ayah yang mintak tolong Haikal hantar adik pergi dan balik dari kampus sepanjang Am takde.. Takut jadi macam kemarin lagi.. Risau tai tak ayah ngan ibu biar adik balik sorang².. Nasib baik ada Haikal, kalau tak, tak tahu la." terang ayah panjang lebar dengan sisa kerisauan terhadap apa yang berlaku terhadap aku kemarin.

"Buat apa nak susahkan Haikal.. Adik boleh je pergi kampus ngan ayah, balik adik ambil teksi." kata aku sambil menuang susu ke dalam gelas.

"Tak susah pun la.. Bukannya Haikal jalan kaki ke apa. Haikal naik kereta la" kata Haikal.

"Apa pulak tak susah.. Susah kut.. Pagi² dah nak kena redah jem.. Susah la tu." kata aku menidakkan apa yng dikatakan Haikal.

"Mana ada jem.. Rumah kita dekat je. So, apa salahnya kan??" kata Haikal lagi.

"Dekat?? Maksudnya..." aku tidak menghabiskan kata² aku. Haikal hanya mengangguk seakan-akan faham dengan apa yang cuba aku katakan. Aku diam dan terus meneguk air susu yang dituang tadi.

Aku bersalaman dengan ibu dan ayah sebelum memasuki ke dalam perut kereta milik Haikal. *Kena paksa ok, bukan rela pun.

Suasana di dalam kereta sunyi hanya bertemankan suara dj yang bertugas di corong radio.

Aku bosan dan terus bersuara, "Haikal..." panggil aku.

"Yup??" sahut Haikal.

"Nanti Haikal stop jauh sikit dari kampus boleh??" pintaku.

"Kenapa??" soal Haikal kehairanan.

"Haiqa taknak student kat kampus ni nampak Haiqa datang kampus dengan Haikal." terang aku.

"Kenapa kalau student kat kampus ni nampak Haiqa datang kelas dengan Haikal??" soal Haikal untuk mendapatkan kepastian.

"Takut ada gosip. Ye la, Haikal kan lecturer paling famous kat kampus ni, ramai peminat katakan. Nanti apa pulak dorang cakap." terang aku. Harap si Haikal ni faham la.

"Biar je la orang nak cakap apa pun. Bukan kita boleh tutup mulut dorang kan." kata Haikal.

"Memang la tapi,.. Haishhh.. Ikut suka Haikal la" aku pasrah.

Kereta Haikal terus meluncur laju dan masuk ke dalam kawasan kampus. Setibanya di parking lot, aku melihat kalau² ada pelajar di situ. Ternyata ramai pelajar di situ. Ada yang berjalan untuk masuk ke kelas mungkin, ada yang tengah melepek kat pondok berdekatan, ada yang tengah bersarapan dan macam² lagi.

Aku fikir nak turun ke tak. Kalau yurun nanti dorang nampak aku datang dengan lecturer kesayangan dorang ni tapi, kalau tak turun tak pergi kelas pulak aku. Haishh.. Ni semua Haikal punya pasal la ni. Kalau dia dengar cakap aku tadi kan senang. Tak payah aku susah² gikir macam ni.

"Haiqa tak nak turun ke? Dah nak dekat pukul 9 pagi ni. Tak nak masuk kelas? Nanti lambat pulak." tegur Haikal selepas melihat aku yang seperti 'cacing kepanasan'.

"Nak turun la ni. Tapi, entah. Ada ramai student kat luar tu. Nanti dorang nampak." kata aku sambil melihat ke luar tingkap kereta.

"Biar je la dorang nampak. Tak mati pun kalau dorang nampak. Setakat jadi buah mulut orang je. Kejap je. Nanti isu ni hilang la." kata Haikal selamba badak.

"Cakap senang. Yang nanti nak kena hadap semua ni Haiqa bukannya Haikal. Kalau Haikal takpe la jugak." kataku tidak puas hati.

"Cakap memang senang. Dah la. Haiqa nak turun ke tak ni? Haikal ada kelas ni. Cepat la." kata Haikal sambil mendesak aku untuk keluar. Kalau kau berhenti kat luar kampus tadi, takde aku buang masa kau.

"Ye la. Ye la. Haiqa nak keluar la ni." akhirnya aku mengalah. Lantak la apa dorang nak cakap. Tebalkan je la muka. Anggap macam takde sapa pun kat sini.

Akhirnya aku keluar dari perut kereta BMW milik Haikal dengan menahan malu. Banyak mata yang sedang memerhati aku yang keluar dari kereta dan Haikal yang baru keluar. Aku terus berjalan tanpa mengucapkan 'terima kasih' kepada Haikal kerana menumpangkan aku. Kejap lagi pun boleh la.

Aku mempercepatkan langkah aku kerana rasa tidak selesa apabila ramai pelajar yang melihat aku keluar dari kereta BMW milik Haikal. Abaikan je macam Haikal cakap tadi, 'Biar je la dorang nampak. Tak mati pun kalau dorang nampak. Setakat jadi buah mulut orang je. Kejap je. Nanti isu ni hilang la.'

*****

Laju betul si Haiqa ni jalan. Malu betul dia. Tu la kau Haikal, dia minta kau berhenti jauh sikit dari kampus taknak. Nak jugak masuk dalam. Kesian Haiqa. Mesti dia terpaksa tebalkan muka lalu kat sini tadi.

"Awak semua ni takde kelas ke melepak kat sini dari tadi?" soal alu apabila sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang sedang duduk di pondok berdekatan asyik melihat aku.
Mereka semua hanya menganggukkan kepala tanda 'ada'.

"Jadi?"

"Jadi apa Encik Haikal?" soal mereka hairan.

"Jadi tak reti² nak gi masuk kelas ke?!" marah aku. Haishh.. Bebudak ni. Tak faham².

Mereka terus berdiri dan mengangguk lalu meninggalkan aku dan menuju ke kelas masing²..

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now