Bab 31

2.7K 70 4
                                    

Haiqa's POV

Setelah selesai majlis akad nikah di masjid, kami bergerak ke hotel yang telah ditempah oleh uncle Syukri untuk majlis resepsi kami.

Aku bersiap-siap di dalam bilik hotel ditemani oleh dua orang sahabatku Mia dan Zila serta kak Tia iaitu kakak kepada Haikal. Aku sekali lagi disolek oleh mak andam tadi. Serius tak suka makeup² semua ni. Rimas. Makeup harini pun jenuh kena paksa dengan ibu dan makcik² semua.

"Ibu, taknak makeup boleh tak? Tak suka la." rayuku meminta simpati.

"Mana boleh. Kena makeup." tegah ibu.

"Apa Hana ni? Tak pernah dibuat orang kahwin pengantin perempuan tak makeup walaupun makeup nipis je." bebel mak long.

"Tu la. Tak payah nak ngade. Makeup je." tambah mak ngah.

"Tapi, mak andam cakap Hana tak makeup pun dah cantik sebab kulit Hana flawless. So, takyah makeup la." rayuku lagi.

"Banyak la adik punya flawless. Takyah banyak songeh, dah lewat ni. Makeup je." kata ibu.

"Akak, makeup je dia ni. Takyah layan sangat karenah dia. Dia ni, makin layan makin menjadi. Buat tak tau je." kata ibu kepada mak andam. Mak andam hanya mengangguk.

"Kami turun dulu ye? Nak layan tetamu lagi." kata ibu menutup pintu bilik hotel. Mia, Zila dan kak Tia sudah bantai gelakkan aku.

Pintu bilik diketul dari luar dan terjegul muka Am, Ipan, Amir dan abang Paan dimuka pintu. Dorang ni, berkepit je kerja kalau jumpa.

"Dah siap?" soal abang Paan.

"Dah." jawabku sepatah.

"Kalau centu jom la keluar. Pengantin lelaki pun dah siap. Nak ambil gambar lagi." arah abang Paan. Aku hanya berdiri dan mengikuti langkah abang Paan keluar dari bilik sebelum lenganku ditarik seseorang.

"But first, let we take a selfie." kata kelima-lima sahabat aku serentak lalu Am mengangkat iphonenya dan bermulalah sesi posing-memosing😂

"Dah² la tu. Sempat lagi korang, orang tengah nak cepat ni." marah abang Paan. Kak Tia sudah tergeleng-gelengkan kepalanya melihat karenah kami berenam dan kami apa lagi, sengih je la mampu.

Aku dan Haikal berjalan beriringan ke dalam lobi hotel diapit oleh abang Paan dan kak Tia. Dorang dua jadi pengapit kitaorang harini.

Semasa kami berjalan di atas red carpet, aku terdengar banyak bunyi bisikan dari classmate aku yang sememangnya meminati Haikal.

"Dalam dia cakap dia tak berminat dengan Encik Haikal, kahwin juga dengan dia."

"Untung la dapat kahwin dengan Encik Haikal."

"Aku tak rasa rumah tangga dorang akan bahagia dengan Haiqa yang selalu lepak ngan Am. Masti Encik Haikal jeles punya nanti."

Dan macam² lagi bisikan yang aku dengar. Tapi, aku hanya memekakkan telinga apabila mendengar mereka berkata begitu. I don't care. Nak cakap apa, cakap la. Aku dah jadi wife dia pun. Bukannya aku yang minta nak kahwin dengan dia, pilihan family kot. #sisredha

*****

Aku duduk bersama dengan lima sahabatku serta abang Paan dan kak Tia. Haikal? Ntah dia. Dengan kengkawan dia kut, takpun dengan students dia yang tengah broken tu.

"Tak sangkakan, kau rupanya 'diam² berisi'. Patut kau berani ke lawan cakap Encik Haikal rupanya kau bakal isteri dia." kata salah seorang rakan sekelasku a.k.a salah seorang crush Haikal.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now