Bab 6

3.5K 80 0
                                    

Pada malam itu,

Aku baring di atas katil sambil membaca novel. Tiba² oppo ku berdering menyanyikan lagu CINDERELLA dari CNBLUE menandakan ada yang menelefon ku di hujung talian.

Aku hairan kerana nombir yang tertera tiada nama si pemanggil atau dalam erti kata lain 'private number'.

Aku pun mengangkat tanpa was². Selepas melatakkan telefon ku di telinga, aku terdengar suara si pemanggil memberi salam. "Assalammualaikum, Haiqa.. Awak buat apa tu?"

"Waalaikummussalam.. Ermmmm.. Saya tak buat apa² pun.. Ermmmm.. Ni siapa ye??" tanya ku hairan. *gila tak hairan, dengan tak kenal. Tetiba call aku, tanya aku buat apa. Tahu nama aku pulak tu... Pelik...

"Saya Haikal.. Lecturer baru awak merangkap bakal bf awak la. Takkan tak kenal kut.. Hihi"

"Ouhh Haikal ingatkan sapa tadi.. Awak cakap awak bakal bf saya? Eeeiii.. Perasannya." jawabku menidakkan apa yang dikatakan Haikal tadi.

"Hahahahaha.. Saya nak cakap sikit boleh?" soal Haikal.

"Boleh.. Cakap je la.. Memang call ni untuk cakap kan bukan untuk membisukan diri.. Apa la awak ni" perli aku.

"Hihihi.. Sebenarnyakan.. Ermmm.. Sebenarnyakan.." jawab Haikal acuh tak acuh.

"Sebenarnya apa?" sergah aku membuatkan Haikal terus beritahu apa yang ingin disampaikan. "Sebenarnya saya suka awak." jawab Haikal cepat apabila disergah oleh aku. Aku hanya terkaku apabila mendengar apa yang dia sampaikan tadi.

Aku terus terdiam tanpa sebarang respon.

"Hello Haiqa.. Haiqa.. Awak okey?" soal Haikal apabila aku terus mendiamkan diri tanpa sebarang respon.

Aku tersedar dari lamunan dan terus berkata, "saya okey.. Ermm.. Awak, ki.. Kita sam.. Sambung call la.. Lain kali bo.. Boleh?" soal ku tergagap-gagap.

"Okey.. La kalau macam tu." jawab Haikal dan kami terus meletakkan fon masing².

'Jantung.. Kau ni asal dup dap dup dap ni.. Buat malu je tergagap time cakap ngan Haikal tadi.' kata ku dalam hati sambil mengurut dada. Tiba², aku terdengar suara ibu memanggil nama ku.
______________________________________

"Ye ibu, ayah.. Kenapa panggil adik?? Abang nak balik ke?? Bila?? Lama tak jumpa abang.. Rindu gila kat abang." kataku teruja apabila menapak ke ruang tamu.

Ibu dan ayah hanya menggelengkan kepala menidakkannya.

Apabila aku duduk di sebelah ibu dan terus bertanya kepada ibu dan ayah, "habis tu? Kalau bukan abang nak balik, kenapa ibu dengan ayah penggil adik turun?" soal ku hairan.

"Ayah nak adik kawin dengan anak kawan baik ayah. Kami dah janji, bila adik dah berumur 21 tahun, kami akan kawinkan kamu berdua." kata ayah.

"What??!! Kawin?? Seriously ayah??" jawab ku terkejut dengan apa yang dikatakan ayah tadi. Ayah hanya mengangguk.

"Anak kawan baik ayah? Anak uncle Din?" soalku. Sekali lagi, ayah hanya menggelengkan kepala. Aku bersyukur. 'Nasib baik bukan anak uncle Din. Agak la nak aku kawin ngan si Am renjong tu. Aku anggap dia macam abang je. Tak lebih daripada tu.'

"Habis tu siapa pulak kawan baik ayah yang ni? Yang adik tau ayah kawan baik ngan uncle Din ja. Tak tau pulak ayah ada kawan baik yang lain. Adik kenal tak?" soal ku pelik.

"Anak uncle Syukri.. Remember uncle Syukri??" soal ayah untuk mengingatkan aku siapa uncle Syukri.

"Uncle Syukri?? Ouhh.. Uncle Syukri yang dulu selalu datang rumah kita tu ke?? Dia ada anak lelaki ke?? Adik ingatkan kak Tia sorang je anak dia." jawab aku.

"Yang tu la uncle Syukri.. Dia ada la anak lelaki.. Adik kak Tia la tu." kali ini ibu pula membuka mulut.

"Seriously kak Tia ada adik lelaki? Adik ingatkan kak Tia anak tunggal. Tak pernah nampak pun anak lelaki uncle Syukri tu, selalu nampak kak Tia je." balasku pelik.

"Memang la adik tak pernah nampak anak lelaki uncle Syukri tu. Dia dulu ada kat oversea sumbung study " sekali lagi ibu membuka mulut memberitahu sebab uncle Syukri tak pernah membawa anak lelakinya kalau datang ke rumah kami.

"Ouhh... Tapi.. Ibu.. Ayah.. Look okey, adik baru 21 tahun la.. Takkan nak kena kawin dalam umur macam ni. Dah la adik still study lagi. Ibu, ayah... Please.. Adik tak nak kawin lagi." rayuku kepada kedua-dua ibu dan bapa ku.

"Sebab adik baru 21 tahun la kami nak adik kawin. Adik pi mana² selalu dengan si Am tu. Kesian dia.. Tak elok susahkan orang lain. Sekurang-kurangnya, kalau adik dah kawin adik dah ada suami untuk hantar adik ke mana² je yang adik nak. Lebih baik susahkan suami daripada susah kan orang lain." terang ayah sebab aku perlu lawin pada usia semuda ini.

"Tapi, Am tak pernah mengeluh pun. Dia ok je. Lagipun kami kan memamg selalu pi mana² sama². Jadi apa masalahnya. Satu jalan ja." aku masih merayu untuk tidak berkawin dengan lelaki pilihan ibu dan ayah aku. *mana taknya.. Zaman sekarang ni mana ada dah orang kawin atas pilihan family.

"Adik ni pun. Takkan Am nak mengeluh depan adik baru adik nak faham? Kesian dia. Lagipun, apa masalahnya kalau adik kawin pada usia ni?" pujuk ibu.

"Betul cakap ibu tu. Ayah rasa adik takde masalah untuk kawin pada usia semuda ni. Adik pun bukannya ada buah hati." sokong ayah terhadap apa yang dikatakan ibu tadi.

"Memang la adik takde buah hati. Tapi, ibu ayah.. Zaman sekarang ni mana ada orang kawin atas pilihan family. Dah la adik kenal pun tak ngan anak lelaki uncle Syukri tu. Tolong la ibu, ayah.. Biar la adik buat keputusan adik sendiri. Ni soal masa depan adik. Soal life adik. Takkan adik nak hidup dengan orang yang adik tak kenal. Please. Ibu, ayah." aku masih dengan nada merayu.

"Lepas kawin pun boleh kenal pe. Tau tak.. Bercinta lepas nikah lebih baik daripada bercinta sebelum nikah. Sebab apa?? Sebab cinta lepas nikah ni, halal berbanding dengan bercinta sebelum nikah, lelaki dengan perempuan tu bukan muhrim jadi, haram. Faham tak? So please adik terima.. Lagipun ayah dah lama cadang dengan uncle Syukri nak jodohkan adik dengan anak uncle Syukri tu. Dah la adik satu² nye anak perempuan ayah ngan ibu. Please adik.. Jangan hampakan kami." rayu ayah dan ibu panjang lebar.

"Bagi adik masa untuk fikir boleh?" pinta ku sebelem membuat apa² keputusan.

"Okey.. Ayah bagi masa seminggu untuk adik fikir pasal hal ni. Kami harap keputusan adik takkan menghampakan kami." rayu ibu dan ayahku sekali lagi. Aku hanya mengangguk sebelum menapakkan kaki untuk ke bilik.

I LOVE YOU MR. LECTURER (slow update)Where stories live. Discover now