EP: 1

5.5K 293 10
                                    

Ara berjalan menuruni anak tangga dengan berhati2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ara berjalan menuruni anak tangga dengan berhati2. Hatinya penuh dengan debaran. Sampai saja di sebalik dinding, dia cepat2 menyorok. Dengan perlahan dia mengintai seseorang. Seorang lelaki berbaju kemeja putih, berambut hitam.

Lelaki itu berjalan saja sambil berbual2 dengan rakannya di sebelah tanpa menyedari akan kewujudan gadis itu. Ara kemudiannya menyorok semula di sebalik dinding.

Jantungnya kini sedang bermain dengannya. Hatinya berbunga. Dia ada seseorang yang sungguh dia minati dan orang itu ialah Park Jimin.

Walaupun dia tu seorang nerd tapi dia tetap seorang manusia yang memiliki hati dan perasaan. Sudah sekian lama dia mula menyukai Jimin tapi tak pernah diluahkan olehnya kerana takut perasaannya ditolak. Biarpun menjadi si penakut tapi hatinya masih bahagia walaupun hanya dapat melihat wajahnya dari jauh.

Dia lalu berjalan naik ke atas tangga kembali. Sedang dia menapak naik, ada sepasang tangan menariknya. Dan dia terlanggar tubuhnya yang sasa dari belakang. Dia segera berpaling. Dia terkejut tatkala melihat wajah dia yang begitu dekat dengannya kini.

"Kau Lee Ara kan?"

Soalnya sambil tersenyum manis. Degupan jantungnya makin laju. Tetapi Ara masih lagi dapat menahan rasanya. Dia begitu berdebar untuk membalas kata. Dia hanya membalas dengan anggukan dan senyuman yang kekok.

"Oh.. boleh aku tahu kenapa kau terhendap2 tadi?"

Ara terkejut mendengar soalan yang diutarakan oleh Jimin itu membuatkan pipinya membahang panas. Dia menundukkan wajahnya untuk menyembunyikan wajahnya yang bertukar warna itu.

"Aku tanya ni..."

Jimin lalu menongkat dagu Ara dan memandang ke dalam anak mata Ara. Ara menjadi gelisah. Dia cuba untuk tidak menatap wajah crushnya tetapi gagal. Mereka saling membalas pandangan. Jimin tersenyum sinis.

"Entah2 kau suka aku ea?"

Soalnya lalu menolak tubuh Ara jauh darinya. Ara terkejut dan membetulkan kaca matanya yang bulat dan besar itu. Ara menggeleng pantas. Jimin berpeluk tubuh dan mengangguk.

"Baguslah.. kalau macam tu. Aku ingat stalker pelik manalah tadi yang mengintai aku. Rupanya kau."

Ucap Jimin lalu berlalu pergi dari situ. Ara masih lagi terdiam membisu. Dia mengeluh seketika. Dengan langkah perlahan dia berjalan naik ke tangga.

Ara seorang pelajar perempuan yang nerd. Dia memakai cermin mata yang bulat dan besar. Rambutnya diikat rapi, panjang hingga ke paras bahu. Dia sentiasa cemerlang dalam pelajarannya.

Masa rehat sudah pun tamat. Ara dengan langkah perlahan berjalan masuk ke dalam kelas. Ara tidak menyedari akan kewujudan baldi yang ditempatkan di atas pintu kelas itu. Dia hanya berjalan masuk sahaja lalu habis baldi yang berisi air itu jatuh dan tumpah ke atas badan Ara. Bajunya habis basah. Kedengaran suara sorakan dan ketawa. Ara menunduk malu. Dia mengangkat sedikit kepalanya dan menoleh ke belakang, dan dia ternampak Jimin dan kawannya iaitu classmate Ara, yang juga ingin berjalan masuk itu memandangnya. Terasa dirinya di hina apabila mendengar sorakan dan ketawa itu; dia cepat2 berlari keluar dari pintu kelas.

"Adakah aku sehina ini?"

Soalnya sambil berlari ke tandas. Dia membuang kaca matanya dan menangis sekuat hatinya di hadapan cermin.

Ara memandang ke dalam cermin. Dia menatap lama dan mengesat air matanya. Siapakah yang buat semua tu terhadapnya? Dia memakai cermin matanya kembali dan berjalan keluar dari tandas.

Dia menundukkan kepalanya dengan penuh rasa malu. Siapakah yang melakukan semua itu? Hanya itulah soalan yang terpacul dalam benaknya.

Esoknya seperti biasa dia akan ke sekolah. Dan ketika dia hendak berjalan masuk ke pagar sekolah, dengan tiba2 ada seseorang yang menyimbah cat berwarna hitam padanya. Habis kotor dan melekit pakaiannya. Dia menggeletar menahan amarah. Dia lalu memandang ke arah wajah orang itu.

Terkejut Ara apabila memandang Jimin yang memegang bekas cat itu. Jimin memandang ke arah Ara dengan bengis.

"Jimin Oppa?"
"Kenapa? Kau kan yang buat semua tu kan!"
"Buat apa?? Saya tak faham..."
"Ah!! Jangan nak berlakon! Kau kan yang sebar semua fitnah tu kan!!!"

Ara terkejut dan menggeleng pantas. Jimin melemparkan bekas cat tadi dan mendekati tubuh Ara yang melekit itu.

"Kau ingat ni perempuan! Kalau aku dapat tahu kebenarannya siap kau!"

Dahi Ara ditunjalnya dan dengan itu Jimin meninggalkan Ara. Ara yang masih bingung itu hanya mampu menahan rasa.

Siapa yang sebarkan fitnah!? Yang pasti semua tu bukan Ara yang buat! Jerit nya di dalam hati.

Ara baru saja siap menukar pakaiannya. Dia berjalan keluar dari bilik persalinan dan memegang kemas beg plastik yang berisi pakaian baju tadi. Dia mengeluh berat dengan nasibnya itu.

Sedang dia menapak itu ada sepasang tangan menarik tangannya dan langkahnya terhenti. Dia memandang ke arah wajah lelaki itu. Dia terkejut.

"Jimin?"

Jimin mengeluh perlahan. Dengan perlahan dia melepaskan tangan Ara.

"Aku nak minta maaf."

Ara memandangnya aneh. Kenapa perlu minta maaf? Ke sebab tadi? Bisik hatinya.

"Maaf aku dah tuduh kau bukan2... aku dah siasat dah siapa yang sebarkan semua tu... maaflah.. sebab ada orang kata kau yang buat semua tu sebab kau bencikan aku jadi.... aku salah faham... aku betul2 nak minta maaf."

Ucap Jimin panjang lebar. Ara masih lagi keliru.

"Siapa yang buat semua tu?"

Soal Ara. Jimin mengalihkan pandangannya ke arah lain dan memasukkan tangannya ke dalam poket.

"Aku tak pastilah siapa yang buat semua tu."
"Dia tuduh awak buat apa?"
"Oh.. hal tu... aku ingat satu sekolah dah tahu... rupanya kau je tak tahu."
".... ok..."
"Aku dituduh merokok kat kawasan sekolah ni. Dan aku esok tak pergi sekolah sebab kena gantung."
"Ah!!!? Siapa yang sanggup buat semua tu pada awak?"
"Ah.. kan aku dah kata aku tak tahu."
"Kata dah siasat..."
"Nantilah... jomlah masuk ke kelas. Dah lewat ni."
"Jimin oppa.. awak tunggu saya ke?"

Jimin tidak pula memberi respon. Dia berjalan bersebelahan Ara.

Ara mengikut jejaknya. Sampai saja di hadapan pintu kelas, Jimin lantas menarik tangannya supaya jauh dari pintu. Ara terkejut lalu berpaling ke arahnya. Dia tersenyum dan berjalan ingin masuk ke dalam.

Dan ketika dia menolak pintu dan baldi yang ditempatkan di atas pintu itu habis jatuh dan tumpah ke atasnya. Ara betul2 tidak menyangka bahawa mereka akan kenakan Ara lagi. Jimin mengalihkan baldi itu dan tersenyum memandang ke arah Ara yang berada di belakangnya.

"Kita sama2 kena hari ni... sorry sebab aku... kau yang kena."
"Kenapa awak buat macam ni?"
"Saya tak nak awak terkena lagi dah.."

Ara berasa terharu, dia tersenyum dan mengalir air mata terharu. Jimin lalu memegang tangan Ara dan menariknya keluar dari kelas. Semua pelajar yang menyaksikan itu terlopong.

Ara tersenyum lebar. Adakah ini mimpi?

Bersambung...

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now