EP:9

1.4K 137 15
                                    

Ara pulang ke rumah dengan langkah yang lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ara pulang ke rumah dengan langkah yang lemah. Mahu pitam pun ada. Dia sungguh lemah dengan segala yang terjadi. Dia lalu bergerak perlahan ke arah sofa nya. Lututnya lemah. Wajah mayat Park Jimin bermain semula dalam benaknya. Dia sekali lagi menangis. Dia masih teringat betapa ngerinya mayat Jimin. Wajah mayat itu ditoreh sehingga tidak dapat mengenalpasti wajah milik siapa.. seperti yang dikatakan oleh pihak polis. Mayat itu sememangnya milik Park Jimin. Tapi entah mengapa dia tidak boleh menerima takdir itu.

"Tak mungkin mayat itu Park Jimin.. dia belum lagi mati..."

Ucapnya dalam sendu. Wajahnya ditekup. Menangis teresak esak dalam keadaan keseorangan dan kesunyian.

Malam menjelma. Ara berjalan keluar dari biliknya dengan wajah yang sembap dek menangis. Tiba2 dia terdengar ketukan yang kuat pada cermin tingkap. Entah siapa yang baling. Macam bunyi orang lempar batu.

Ara lalu bergerak ke arah tingkap rumahnya itu. Dia mengintai di sebalik celah langsir rumahnya. Dia ternampak satu figura yang berpakaian serba hitam disertakan dengan topeng muka. Misteri.

'Siapa?'

Ara tidak berani untuk bersuara dan matanya membulat besar tatkala figura itu mula menunjukkan sebuah papan yang diukir dengan darah. Dan di atas papan itu jelas tertulis 'Aku akan kembali...'

Jantung Ara berdegup kencang. Terus dia menutup langsir tingkapnya itu. Dan tiba2 terdengar bunyi ketukan yang kuat di pintu. Lututnya menjadi lemah. Perasaan takut mula menguasai dirinya.

"Ara... buka pintu ni Ara... Jimin dah kembali... tak rindu oppa ke?"

Soalnya dengan suara yang agak creepy. Ara menelan air liurnya takut.

"Kau bukan Park Jimin! Pergi! Sebelum aku call polis!"
"Aku kata buka Lee Ara!!"
"Tak! Kau.. kau siapa!?"
"Aku Park Jimin..."
"Tipu!"
"Let me in, Ara. Kau tak boleh lari dari aku..."

Ara menekup kedua belah telinganya. Tangannya menggigil ketakutan. Dia jatuh terduduk di hadapan pintu rumahnya. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Apakah semua ni hanyalah satu halusinasi buatnya?

Dan tiba2 keadaan mula senyap. Tiada lagi bunyi ketukan pintu yang kuat. Ara mula bangun dan menurunkan tangannya. Dia berasa tenang semula. Tiba2 tak disangka dia terdengar pula bunyi kaca tingkap pecah di bahagian dapur menyebabkan tubuh Ara sekali lagi menggigil ketakutan. Serentak dengan itu dia terdengar suara seseorang bergema di dalam rumahnya. Memanggil namanya.

"Ara~~ where are you?~~ wanna play hide and seek?"

Kaki Ara laju saja melangkah naik ke tingkat atas. Dengan pantas tombol pintu bilik Ara dipulas lalu dengan segera Ara mengunci pintu biliknya. Tubuhnya masih lagi menggigil. Seram sejuk dirasainya kini.

Telefon pintar nya dicapai dan dengan pantas nombor inspektor Taehyung didailnya.

Bunyi derapan kaki seseorang menaiki tangga membuatkan Ara semakin ketakutan. Dan ditambah pula bunyi macam sesuatu yang tajam diseret ke lantai. Seperti pedang? Atau kapak?

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now