EP: 3

2.7K 220 4
                                    

Ara bangun dari duduknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ara bangun dari duduknya. Dia menggenggam kemas kain sapu tangan itu. Dia lalu cuba untuk menapak kembali masuk kelas. Tapi dalam hati dia tidak mahu bersemuka dengan semua pembuli itu. Sedang dia berjalan, dia terdengar bunyi orang bergaduh di tingkat atas. Sebelahnya ada tangga.

"Kau kan yang dah tuduh aku kan!?"
"Kau tu boleh pergi mampuslah wei! Bangang punya orang!"
"Asal kau fitnah aku hah!!!"
"So.. do I look like I care... Hey Jimin.. kau tu lebih baik berhenti sekolah lah wei... lagi elok!"

Suara Jimin! Suara Jimin Oppa! Ara segera naik tangga. Ara berlari ke tingkat atas. Dan Ara ternampak lelaki yang tolong Ara iaitu Yoongi menumbuk wajah Jimin. Ara segera berlari meluru ke arahnya yang terjelepok jatuh. Bibirnya pecah dan berdarah.

"Oppa..."
"Kau buat apa kat sini?"

Soalnya. Sambil merenung wajah Ara dalam2 macam nak telan Ara hidup2 je. Ara mula cuak. Ara mula memegang lengan Jimin untuk membantunya berdiri semula.

"Hentikan pergaduhan ni. Kalau cikgu tahu. Lagi teruk nanti."
"Bising lah!"

Dia menepis kasar tangan Ara lalu bangun dan memberi pandangan maut kepada Yoongi. Yoongi membalas pandangan Jimin berserta dengan senyuman sinis.

"Kau ingat ea! Hal kita belum selesai!!"
"Ya.. aku ingat. Sampai aku mati."

Ucap Yoongi lalu ingin berjalan menuruni tangga. Bahu Jimin sengaja dia lagakan. Sambil membisikkan sesuatu.

"Nice girl you have right there."

Jimin menjeling tajam ke arah Yoongi.

"Don't you dare.."

Jimin menggenggam penumbuknya. Yoongi tersenyum sinis dan berjalan menuruni tangga. Jimin menunggu Yoongi pergi dari situ setelah dia pasti bahawa Yoongi sudah lama pergi, dia lantas berpaling ke arah Ara dan menarik tangan Ara turun dari situ.

"Oppa lepaskan.. sakit. Tangan Ara sakit."

Rayu Ara. Se sampai saja di bawah. Tangan Ara direntap kasar.

"Lain kali jangan sibuk boleh tak!"
"Maaf Ara cuma-"
"Cuma apa!?"

Tergamam Ara apabila Jimin menengking nya. Ara menundukkan wajahnya ke bawah memandang ke arah tanah.

"Haih... kau buat apa kat luar sini?"
"Saya lari dari pembuli."

Jujur Ara. Jimin mengeluh perlahan lantas dia menarik Ara dalam pelukan. Jimin melentok manja ke bahu Ara.

"Maaf aku... marah sangat tadi. Maaf... kan aku, Ara. Bukan niat aku untuk lukakan kau. Maaf."
"It's ok.. saya maafkan awak. It's not your fault."

Tiba2 bahu Ara dirasakan basah. Jimin menangis? Soal Ara di dalam hati. Dia juga risau jika ada apa2 yang berlaku pada Jimin. Ara dengan perlahan membalas pelukan Jimin. Jimin semakin memperdalamkan pelukannya itu. Rambut Ara dibelai oleh Jimin.

Ara baru saja hendak melonggarkan pelukan setelah beberapa saat dibiarkan sebegitu.

"Maaf aku nak.. peluk kau lebih lama.."

Tapi Jimin yang semakin memperkemaskan pelukan. Terpaksa Ara membiarkan dirinya dipeluk untuk sementara waktu lagi.

"Awak ok?"
"Ya.. aku ok."

Akhirnya Jimin meleraikan pelukan. Ara memandang ke arah Jimin dengan riak wajah risau. Dia risaukan bibir Jimin yang berdarah itu.

"Bibir awak.."
"Oh.. tak apalah nanti sembuhlah."

Dia tersenyum sambil menguak rambut silvernya. Ara mengeluh lalu menarik tangan Jimin ke satu tempat. Iaitu ke bilik kesihatan.

Ketika itu bilik tersebut sunyi tak ada pula nurse atau sesiapa kat dalam bilik. Ara sekali lagi mengeluh. Dia menolak tubuh Jimin untuk duduk di kerusi.

Ara segera mencapai first aid. Ara menarik kerusi dan dirapatkan sedikit untuk memudahkan bagi Ara untuk sapu ubat pada bibir Jimin.

Jimin mengaduh sakit apabila Ara dengan perlahan menyapu ubat pada bibir Jimin. Jimin cuba untuk bertahan. Mata Jimin menatap lembut wajah Ara yang fokus kepada bibirnya. Jimin tersenyum.

Ara yang terperasan akan riak wajah Jimin mula mengangkat kening.

"Kenapa awak senyum?"

Jimin diam dan leka memandang ke dalam anak mata Ara. Ara setelah selesai dengan merawat luka pada bibir Jimin terus bangun dari kerusi dan menyimpan kembali First aid tadi. Mata Jimin tak lepas dari memandang Ara. Dia menongkat dagu dan memuncung kan bibirnya itu.

Ara memandang Jimin aneh. Yalah dah kenapa pandang orang macam tu. Macam nak telan. Bisik hati Ara. Rasa kurang selesa dengan cara Jimin memandangnya. Pandangannya itu adalah pandangan yang menggoda. Boleh tercabut jantung Ara ketika itu.

"Kalau tak ada apa2 saya keluar dulu lah ya?"
"Asal cepat sangat kau nak pergi? Nanti lah."
"Tapi saya ada kelas lah awak."

Ujar Ara yang sudah pun memulas tombol pintu. Tapi sempat ditegah oleh Jimin. Dia bangun lalu menutup pintu itu semula. Tubuh kecil Ara ditolak ke dinding.

Kabedon!

Ara semakin cuak dengan situasi tersebut.

"Awak nak buat apa ni?"

Wajah Jimin sengaja didekatkan dengan Ara. Jantung Ara berdegup kencang. Takut2 Jimin nak buat sesuatu terhadap nya.

"Aku...-"

Ayat Jimin terpotong apabila telefonnya berdering. Dia menguak rambutnya dan menjauhkan dirinya dari Ara. Ara menghembuskan nafas lega.

Jimin menjawab panggilan itu sambil mengeluh perlahan.

"Ya.. Aku faham.. ya nanti, aku call kau semula, Kookie."

Jimin menyimpan semula telefonnya ke dalam poket. Matanya difokuskan semula ke arah Ara yang masih cuak.

Ara dengan pantas menolak tubuh Jimin dan berlari keluar dari situ. Panggilan Jimin dibiarkannya tanpa sahutan. Sungguh hatinya tak keruan. Mahu tercabut jantungnya. Dah kenapa Jimin macam tu? Soal hati Ara. Ara lalu mengambil keputusan untuk kembali ke kelas secepat mungkin.

Tak lama selepas itu, hari persekolahan tamat. Ara yang ralit menyusun buku2nya itu dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu. Semua pelajar yang lain sudah lama keluar dari kelas. Hanya Ara sahaja yang masih wujud di kelas. Ara terkejut apabila terpacul wajah Jimin di pintu kelasnya.

"Kenapa awak datang sini?"
"Jom! Aku temankan kau balik!"

Ujar Jimin lalu mendekati Ara. Ara lalu cepat2 menyimpan buku dan bangun dari kerusinya.

"Ok... Jom."

Jimin mula menarik tangan Ara. Dia tersenyum sambil memegang jari - jemari Ara. Ara menunduk malu dan hanya mengikut langkah Jimin. Tangan Ara yang sebelah lagi menggenggam kemas beg sekolahnya. Jantung Ara tak henti berdegup. Ya di saat ni dia bahagia kerana impiannya hendak bersama crush nya tercapai.

Jimin lalu berhenti menapak di hadapan sebuah kereta. Ara terkejut dan memandang ke arah Jimin.

"Awak drive ke sekolah?"
"Yup.."

Balas Jimin ringkas. Walaupun Ara selalu memerhatikan Jimin tapi Ara tak pernah pula tahu yang crushnya itu datang ke sekolah dengan kereta. Drive sendiri lak tu. Jimin lalu membukakan pintu kereta untuk Ara. Ara tersenyum malu lalu menjejak masuk ke dalam perut kereta.

Jimin setelah itu menutup pintu kereta dan mula bergerak ke arah seat pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan setelah itu kereta itu mula bergerak ke luar dari perkarangan sekolah.

Bersambung...

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now