EP: 26

1.3K 116 14
                                    

Ara sudah pun berpeluh. Berada di dalam bilik bawah tanah itu membuatkan dia tidak selesa. Apatah lagi diikat kemas sebegini. Dia memandang wajah Yoongi yang begitu khusyuk dengan skrin monitor nya.

Tiba2 mereka terdengar bunyi ketukan di pintu. Ara terkejut. Yoongi memandang wajah Ara sambil mengangkat kening nya. Senyumannya sinis saja. Yoongi lalu bangun dan membuka pintu tersebut.

"Jimin.. akhirnya kau jumpa bilik ni.."

Mata Ara membulat. Yoongi lalu berjalan ke arah Ara sambil berbisik sesuatu. Ara lantas menggeleng kepalanya. Dia sudah pun mengeluarkan air matanya.

"Shh... sabar... ya?"
"Lepaskan Ara.. Yoongi."

Yoongi tersenyum sinis dan kemudian dia mengeluarkan sepucuk pistol lalu dihalakan nya ke arah Jimin.

"Kau tahu tak Jimin? Aku dah lali dengan semua benda ni.. aku dah banyak kali berusaha sampailah aku ke tahap ni.. jadi.. matilah untuk aku Jimin.."
"Kau memang tak guna Yoongi!"

Bunyi tembakan di dalam bilik bawah tanah itu didengari oleh sekumpulan FBI. Mereka terus mencari tempat persembunyian tersebut. Jungkook sudah pun lengkap dengan senjata nya mula memberi isyarat supaya kumpulannya maju ke hadapan.

Sekumpulan FBI akhirnya menemui bilik rahsia milik Min Yoongi. Secara serentak mereka semua menyerbu masuk ke dalam sambil mengacukan senapang masing-masing.

Jungkook terkejut apabila melihat tubuh seorang lelaki jatuh terlantar di atas lantai dengan darah pekat mengalir di atas lantai. Ara menangis tersedu sedan. Mulutnya masih lagi disumbat dengan kain. Dia masih lagi terikat di kerusi tetapi Min Yoongi sudah pun menghilang.

Jungkook cepat2 mendekati tubuh Ara dan melepaskan Ara pergi. Setelah dilepaskan, Ara pantas bergerak ke arah tubuh kaku tersebut. Dia menangis tanpa henti. Dia mula mengangkat tubuh itu dan diribakannya kepala lelaki itu.

"Jung Ah..."

Bisik Ara perlahan.

"Maafkan saya..."

Jungkook terkejut apabila mengetahui Jung Ah mati ditembak tepat pada kepalanya. Dan tiba2 mereka terdengar das tembakan telah pun di lepaskan di tingkat atas. 

"Okay kita kena cari Min Yoongi sekarang. Salah seorang daripada kamu tolong jagakan Ara. Skuad bergerak sekarang!"
"Baik Tuan!"

Dua orang pegawai akhirnya tinggal di dalam bilik tersebut manakala ahli yang lain bergegas keluar mencari pembunuh tersebut.

Ara lalu bangun dan ingin keluar dari situ. Dua orang pegawai polis itu cuba untuk menghalang Ara keluar dari situ.

"Cik.. kat luar bahaya! Biar kami yang selesaikan hal ni!"
"Saya takkan biarkan lelaki setan itu bunuh Jimin! Takkan!!"

Ara tetap berkeras lalu merentap tangannya kasar. Dia tetap berdegil lalu berlari keluar dari bilik tersebut.

Nafasnya tercungap cungap. Air mata tak berhenti dari mengalir.

Jungkook kini berdepan dengan Yoongi dan Jimin yang sedang bergaduh. Masing2 tidak mahu mengalah. Bahu Jimin sudah pun dibasahi darah. Yoongi dengan wajah yang penuh dengan kesan lebam.

"Kenapa!? Kenapa kau mesti halang aku!! Jung Ah!!"
"Sebab ini bukan apa yang dia nak!?"
"Aku dah pun bunuh kembar kau!"
"Jahanam kau Yoongi! Aku sepatutnya dah lama bunuh kau setan!"

Yoongi mengeluarkan pistolnya dan Jimin pantas menyambutnya dan mereka sama2 berebut pistol hinggalah mereka tertembak siling di atas.

BANG!

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now