EP: 24

1K 109 4
                                    

THE BURNING MANSION
PT. 2


Jung Ah dengan perlahan menghampiri mereka berdua. Baru saja dia hendak menegur Jimin, malangnya ada seseorang meraih pergelangan tangannya menghentikan langkahnya. Jung Ah mengangkat muka berpaling ke arah gerangan yang menariknya itu.

"Uncle Park.."
"Kau buat apa hah? Nak mengadu kat abang kau!?"
"Tak.."

Terus tubuh Jung Ah diangkatnya dan dibawa lari masuk ke rumah agam tersebut. Jimin berhenti berlari. Dia tiba2 saja rebah ke tanah. Ara terkejut dan segera mendapatkan tubuh Jimin.

"Jimin!"

Mujurlah ada seorang pembantu rumah yang melihat kejadian itu. Dia lalu mengangkat tubuh Jimin dan dibawa masuk ke dalam rumah agam tersebut. Ara agak sedih dan berasa keseorangan.

Hong Jin ketika itu sedang menapak keluar rumah. Dia lalu ternampak Ara yang sedang bersedih hati itu. Dia tersenyum pendek lalu mendekati Ara.

"Ara jom masuk.."
"Baiklah Oppa.."

Ara akur dan berjalan masuk bersama oppanya. Ara mengangkat muka memandang oppanya, Hong Jin.

"Oppa macam mana keadaan budak tu.."
"Maksud kamu tuan muda Jung Ah?"
"Dia kan dulu cakap kasar dengan oppa.."
"Tu dulu.. sekarang oppa dah biasa dengan dia.. lagipun oppa kasihankan dia.."
"Kenapa? Apa yang terjadi pada dia oppa?"
"Kamu tak perlu tahu."

HongJin memanggil adik kembarnya, HaeJin. Haejin muncul dengan senyuman.

"Abang nak kamu hantar Ara pulang ke apartment."
"Okay nanti saya balik semula ke sini."
"Ah ya.. baiklah lagipun tepat pukul 6 petang Tuan Park akan keluar rumah. So it's okay kalau HaeJin lambat sikit pun."
"Okay.. jom Ara."

Ara mengangguk laju dan mengikut langkah HaeJin bergerak ke arah sebuah kereta mewah. Hong Jin melihat kenderaan itu dipandu keluar dari perkarangan rumah agam keluarga Park. HongJin lalu menapak masuk ke dalam rumah agam.

SKIP

Pintu utama dibuka dan semua pembantu mengiringi Tuan Park dan Puan Park keluar dari rumah agam tersebut. Sebelum Tuan Park berjalan keluar dia sempat memberi arahan kepada HongJin Butler nya.

"HongJin saya balik pukul 9 malam ya.. pastikan keselamatan rumah ni terjaga faham?"
"Faham Tuan."

Setelah Tuan Park dan isterinya menapak masuk ke dalam perut kereta. Pintu utama ditutup semula. HongJin akhirnya membuat keputusan untuk melawat tuan muda Jimin. Kerana dia pengsan akibat demam panasnya masih belum kebah.

Pintu bilik Jimin diketuk perlahan lalu dipulas nya tombol pintu itu kerana tiada respon. Dia menapak masuk dan mendekati katil Jimin. Dia mengeluh perlahan.

"Jimin kena jaga kesihatan tau! Barulah pergi main."
"Hyungnim?"

Jimin dengan perlahan membuka matanya. Dia tersenyum lemah melihat wajah Hong Jin. Hongjin membalas senyuman nya itu.

"Hyungnim.. adik Jung Ah mana?"
"Oh ya.. hyungnim pun tak nampak dia.. kejap ya.. kamu nk jumpa dia?"
"Ya... Jimin nak Jung Ah temankan Jimin."
"Baiklah Tuan muda Park."

Hong Jin meminta diri lalu bergerak ke arah biliknya. Didapati Jung Ah tidak ada di dalam bilik. Dia mula berasa risau.

"Ke mana pula Jung Ah pergi? Kejap.. takkanlah.."

HongJin lantas keluar dari biliknya lalu berjalan ke arah sebuah bilik rahsia milik Uncle Park. Dia baru saja hendak mengetuk pintu tapi apabila dia terdengar suara raungan Jung Ah. Dia lantas memulas tombol pintu. Namun pintu itu gagal dibuka.

"Uncle Park! Jung Ah!"

HongJin mula membuat tindakan melulu. Dia dengan kuatnya menghempap kan tubuhnya ke pintu berulang kali. Dan buat kali ketiga dia mula menendang pintu itu hingga ia jatuh terhempas ke lantai. Hong jin merenung tajam wajah Uncle Park.

"Uncle dah gila ke!!?"

Tubuh kecil Jung Ah lantas dia angkat membawanya jauh dari Uncle Park. Uncle Park tersenyum sinis lalu melepaskan rotan jatuh ke lantai.

"Kau sedar dirilah Lee HongJin! Kau tu pekerja je kat rumah agam ni!?'
"Kau tak ada hak nak pukul anak Tuan Park!?"
"Lepas kan budak tu sekarang!"
"Kau jangan nak masuk campur dalam urusan aku!"

Uncle Park mula melangkah ke hadapan. Dia bertindak untuk menyerang Hong Jin. Hongjin melepaskan Jung Ah. Jung Ah dalam keadaan yang sangat lemah. Tubuh belakangnya jelas kelihatan bekas2 rotan yang kemerahan itu.

Uncle Park lebih pantas menolak Hong Jin jatuh dan mula menumbuk wajah HongJin bertubi tubi. HongJin tidak mahu mengalah dia lalu menolak dada bidang Uncle Park lalu membalas tumbukan nya itu.

Uncle Park dalam keadaan terdesak dia dalam diam mengeluarkan sebilah pisau lipat lalu menikam dada HongJin. HongJin mengaduh kesakitan. HongJin mula jatuh ke lantai. Uncle Park tersenyum sinis. Dia lalu menikam perut HongJin berulang kali. Jung Ah yang melihat kejadian itu hanya mampu menangis. Darah memenuhi ruang bilik itu. Percikan darah pada wajah Uncle Park dibiarkan saja.

Jung Ah lalu bangun dan berlari keluar dari bilik. Dia mula memasuki ruang dapur. Dia ternampak seorang pembantu rumah bertindak membasahi ruang dapur dengan minyak tanah dan melemparkan lighter ke minyak itu. Api mula marak. Jung Ah terkejut. Dia ingin berundur tetapi apabila menyedari bahawa Uncle Park masih mengejar nya. Dia mula ingin berlari keluar dari situ melalui pintu belakang.

"Jimin.. Jimin..."

Setelah dia keluar... dia menangis semahu mahunya. Kelihatan api telah marak dan membesar cuba menelan isi rumah tersebut. Dari tingkap sudah kelihatan HaeJin membalut tubuh Jimin dengan selimut. Orang tuanya?

Sementara itu Tuan Park baru sahaja sampai ke rumahnya. Dia begitu terkejut melihat rumah agamnya terbakar. Tanpa berfikir panjang dia lantas keluar dari perut kereta. Belum sempat pemandunya ingin menghalangnya. Malang sekali, dia bersama isterinya berlari masuk ke dalam rumah agam nya yang terbakar itu. HaeJin selamat keluar dari situ melalui tingkap. Jimin masih lagi pengsan. Uncle Park sudah lama lesap entah ke mana setelah mengetahui bahawa rumah agam itu terbakar.

Setelah kejadian itu berlaku, Keluarga Park hanyalah tinggal Park Jimin di bawah jagaan Uncle Park bersama pekerjanya Lee HaeJin. Lee Hong Jin dan orang tua Jimin mati dalam nahas kebakaran tersebut. Manakala Jung Ah lesap dan hilang tidak dapat dijejak. Sejak itu pasangan kembar itu terpisah.

Rancangan keluarga Min berjaya. Puan Min tersenyum lebar apabila melihat gambar rumah agam yang pernah menjadi kebanggaan Tuan Park musnah kerana kebakaran. Dia sudah lama berniat hendak memusnahkan keluarga Park dan kini rancangan nya itu berjaya. Hanya tinggal Syarikat Park saja yang tidak lama juga bakal jatuh ke tangan keluarga Min. Mengapa dia berbuat demikian? Semuanya kerana dendam.

Tuan Park berlaku curang dengan isterinya. Tuan Park secara rahsia membuat hubungan dengan Puan Min. Tapi setelah dia selamat melahirkan anak lelakinya iaitu Min Yoongi. Tuan Park memungkiri janji nya. Dia sudah berjanji bakal menceraikan isterinya dan berkahwin dengan Puan Min namun ianya hanyalah kata2 kosong. Kini dia berjaya membunuh lelaki yang dahulu dia cintai.

TBC

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now