EP: 4

2.6K 206 9
                                    

Ara memandang sekilas wajah Jimin yang sedang fokus memandu kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ara memandang sekilas wajah Jimin yang sedang fokus memandu kereta. Ara tersenyum pendek lalu memalingkan wajahnya ke arah tingkap kereta.

"Kita dah nak sampai... erm.. Ara.. boleh tak kalau nanti aku nak setiap hari hantar kau ke sekolah?"
"Kenapa?"
"Sebab... lagipun kan... aku bosanlah... sebab kan aku dah digantung sekolah."
"Tapi kenapa setiap hari?"
"Saja..."

Balas Jimin sambil tersenyum pendek.

"Tapi kan esok..."
"Kau betul2 nak ikut aku?"
"Kalau itu yang oppa nak..."
"Ok... aku akan jemput kau esok.. tunggu tau!"
"Ok.."

Jimin setelah itu memberhentikan keretanya di hadapan pintu pagar rumah Ara. Ara tersenyum lalu berjalan keluar dari perut kereta itu. Ara cepat2 berjalan masuk ke dalam rumah tapi masih sempat untuk melambaikan tangannya. Jimin tersenyum melihat wajah Ara yang begitu gembira ketika bersamanya.

Tapi senyumannya mati ketika Ara sudah tidak lagi kelihatan. Jimin setelah itu cepat2 menghidupkan enjin keretanya. Dan memandu keluar dari kawasan perumahan itu.

Sesampai saja Jimin di hadapan rumahnya, keretanya diparkir. Dan Jimin dengan langkah yang lemah sambil tangannya memicit dahinya. Penglihatannya menjadi kabur. Dan tiba2 saja ada suara seseorang membisik bisik mengganggu ketenteramannya.

"Aku akan kembali Jimin.. aku akan kembali untuk kau Park Jimin..."

Bisik suara itu. Jimin mendengus geram. Dan dengan langkah yang lemah dia masuk ke dalam rumah. Pintu dibiarkan terbuka. Kepalanya terasa sangat sakit. Dan tak lama selepas itu dia jatuh pengsan.

Skip~

Ara duduk meniarap di atas katil sambil dengan khusyuk sekali membaca majalah. Hatinya melompat girang apabila teringatkan kembali crushnya itu, Jimin.

Dia tersenyum sendiri dan terus membelek majalah itu.

Seorang figura lelaki berdiri di hadapan rumah Ara. Di bibirnya terukir senyuman yang sinis.

Telefon bimbit Ara mula berdering. Ara lantas mencapai telefonnya di atas meja study tanpa melihat caller id.

"Hello....Ara.."

Ara mengerutkan dahinya. Suaranya seperti dia pernah dengar. Takkanlah crushnya nak call malam malam macam ni. Dah lan dah tengah malam. Dia melihat semula caller id. Matanya membulat. Dia terkejut.

"Oppa?"
"Ah... manisnya~ Ara tengah buat apa tu?"
"Ah.. tengah belek majalah. Wae Oppa call? Ada apa2 ke?"
"Tak ada apa2... kenapa?"
"Let's meet."
"Pukul 12 malam macam ni!?"
"Please...."
"Ok..."

Baju sejuk dicapainya dan dengan langkah perlahan Ara menapak keluar dari bilik dan berjalan menuruni tangga dengan berhati2.

Dalam benaknya ligat berfikir macam2 soalan. Entah mengapa si crush ingin bertemu dengannya pada malam hari begini. Tombol pintu rumah dipulas dan dia menapak keluar dari rumah dengan perlahan2 supaya tidak kedengaran tapak kakinya.

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now