EP: 14

1.2K 131 10
                                    

Mata Ara terbuka luas. Dia memandang sekelilingnya. Dia lalu bangun. Terkejut. Dia mula memeriksa pakaiannya.

"Aik.. baju sekolah semalam? Dan ni adalah bilik aku.."

Tiba2 pintu biliknya dibuka perlahan. Kawan baik kakaknya datang menjenguk nya.

"Ara pergi mana semalam?"
"Hah?"
"Akak dapat panggilan dari seorang lelaki yang beritahu akak Ara pengsan kat tengah jalan."
"Pengsan?"

"Aku cuma nak lepaskan rindu aku..."

Ara menggeleng kepalanya.

'Apa kah semuanya hanyalah mimpi? Tak mungkin. Aku tahu semuanya bukan mimpi!'

Hati Ara mula berbisik.

"Ara.. Ara tak sihat.. mungkin. Maafkan Ara sebab buat akak risau."
"Budak ni.. sekarang kamu pergilah mandi. Hari ni kamu ambil cuti ya? Jangan pergi sekolah. Akak tengok muka kamu pun pucat."
"Baiklah akak.. terima kasih."
"Sama2."

Dengan itu, kawan baik kakaknya menapak keluar dari bilik Ara. Matanya mula menangkap sehelai nota kecil yang ada di bawah bantalnya. Tangannya lalu mencapai nota itu.

"Ara... maafkan aku sebab buat kau macam ni. Aku cuma nak habiskan masa aku dengan merenung wajah kau ketika kau tidur. Jangan risau. Aku takkan apa2 kan kau. Aku sebenarnya berat hati untuk memberikan maklumat pasal abang aku. Ya dia masih hidup... janji pada aku yang kau akan melawat aku, Ara. Abang aku,  Park Jimin sekarang berada di luar negara. Itu saja yang aku tahu. Dia pergi ke negara mana.. aku tak tahu. Yang aku tahu mungkin untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Maafkan aku Ara."

Ara terpempan. Nota itu terjatuh ke lantai. Air matanya laju mengalir. Jimin kini berada di luar negara.

"Dia.. pasti akan kembali. Ya. Jimin oppa akan kembali."

Ara mula memasang harapan bahwa satu hari nanti Jimin muncul semula.

Hoseok mengeluh. Dia berdiri lama di luar wad itu. Di sebalik pintu itu jugalah dia sandarkan kepalanya. Hana kini sedang dirawat di sebuah hospital kerana penyakit Leukemia nya. Dia memerhatikan saja gelagat adiknya, Hana melalui cermin kaca wad itu. Dia tersenyum.

Min Yoongi baru saja pulang dari sekolahnya. Dia mula menerima panggilan dari seseorang. Dia mendengus geram. Geram kerana dia amat mengenali gerangan yang menelefonnya itu. Dia mengeluh sebelum dia menjawab.

"Kau nak apa?"
"Oh.. Min Yoongi.. kasarnya bahasa. Aku kan bapa tiri kau."
"Bakal bapa tiri aku. Dah kalau tak ada apa2 aku nak letak."
"Kejap.. mama kau ada kat rumah kan? Hari ni hari jadi dia.. jadi aku ingat nak buat surprise sikit."
"Buatlah apa yang kau nak asalkan kau tak ganggu hidup aku."

Panggilan terputus. Kakinya mula melangkah pergi. Sungguh dia tidak suka akan bapa tirinya itu. Membuatkan dia rasa serabut saja.

Kakinya terhenti seketika. Dia teringat akan Ara yang tidak menghadirkan diri ke sekolah. Dia sekali lagi mengeluh. Dia mula teringat akan video itu. Dia telah menipu Ara. Sebenarnya dia ingin mendekati Ara. Ya dia tahu apa yang terjadi. Itu pun sebab orang yang dia upah untuk mencari maklumat tentang kes pembunuhan abang Ara dan sebagainya. Keluarga Min bukannya calang2 orang.

Sebenarnya dia dah lama memerhatikan Ara secara diam. Ketiadaan Jimin di sisi Ara mungkin membuka peluang baginya untuk mendapatkan hati Ara. Dia lalu membuat keputusan untuk melawat Ara di rumah.

Kim Seok Jin menunggu seseorang. Hatinya resah. Keadaan nya tidak terurus kerana asyik memikirkan keadaan Park Jung Ah. Jung Ah sudah pun dibesarkan olehnya sendiri semestinya dia risau. Dia telah menganggap Jung Ah seperti adik kandung nya sendiri. Pintu dibuka dan muncul Jung Hoseok sambil tersenyum.

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now