EP: 25

1.1K 92 5
                                    

Min Yoongi tersenyum sinis memandang wajah polos Ara.

"Sekarang kau dah faham kenapa? Kalau Tuan Park tunaikan janji dia.. semua ini takkan terjadi."
"Kau... jahat!"
"Baru kau tahu Ara? Bagus... dan pasal Jimin lupa ingatkan tu.. pun sebab aku."

Min Yoongi dengan langkah perlahan mendekati Ara. Senyumannya mula melebar.

"Aku serang Jimin malam tu... dan dia kemalangan... lepas tu dia lupa ingatan. Aku tak sedar lah pula ada kereta bawa laju sampai tak sedar ada orang berlari sebab nak selamatkan diri. Cuba kau tengok gambar tu Ara.. gambar Jimin terlantar di atas jalan tar..."
"Kau gila!!"

Min Yoongi ketawa puas.

"Kau milik aku Lee Ara.. no one can have you but me.."
"Apa yang kau nak daripada aku!?"
"Hm...."

Tiba2 mereka berdua terdengar bunyi tingkap pecah. Yoongi lantas berpaling ke arah tingkap tersebut. Kelihatan Jimin betul2 berdiri di hadapan tingkap tersebut. Di tangannya, terdapat seketul batu besar. Jimin tersenyum sinis melihat wajah terkejut Min Yoongi. Mata Ara membulat. Dia mula tersenyum lebar.

"Jimin!"

Yoongi memandang wajah Ara semula. Lalu ditampar nya pipi Ara hingga merah. Ara terdiam dan kaku.

"Kau diam!"

Jimin merenung tajam lalu sekali lagi dia ingin melempar batu tersebut. Yoongi tersenyum sinis lalu mengeluarkan sepucuk pistol magnum dan dihalakan nya ke arah kepala Ara. Nafas Ara terhenti. Matanya memandang wajah Jimin. Satu badannya menggeletar ketakutan. Tindakan Jimin terhenti. Batu dalam genggamannya itu dilepaskan jatuh ke tanah.

"Kau lempar.. aku sambut."

Ucap Yoongi bernada sinis. Jimin mengundur diri. Dia mula menapak ke belakang lalu lesap dari situ. Yoongi tersenyum puas kemudian menyimpan kembali pistolnya di belakang beltnya.

"Lebih baik kau diam Ara..kalau tak Jimin tu.. aku akan pastikan dia mati.. kau pun tak nak kan?"

Ara hanya mampu mengangguk perlahan.

"Bagus..."

Ara dipaksa bangun lalu mereka bergerak keluar dari ruang bilik tersebut untuk ke bilik bawah tanah.

Sebuah kereta berhenti betul2 bersebelahan dengan kereta Jimin. Jung Ah menapak keluar dari dalam perut kereta. Hoseok mula menurunkan tingkap keretanya. Dia yang memandu.

"Hoseok.. aku nak kau call polis."
"Lepas tu apa? Masukkan Tuan Muda ke dalam lokap!?"
"Hoseok.. just do it.. aku akan pergi selamatkan Ara."
"Baiklah.."

Hoseok mengeluh perlahan lalu didail nya nombor Namjoon.

"Kau stay je kat sini.. aku nak pergi cari Hyungnim.."

Tanpa menunggu sebarang respon dari Hoseok, Jung Ah lalu melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Suasana dalam rumah sunyi sepi. Dia mula berpaling ke arah kirinya. Sebuah pintu bilik terbuka luas. Dia dengan langkah perlahan berjalan masuk ke dalam bilik tersebut.

Jantungnya berdegup laju. Sepucuk pistol dikeluarkannya dari dalam sarungnya. Dia lalu menghalakan nya ke semua arah. Tiada sebarang pergerakan. Hanya dia saja.

"Jimin.. Hyungnim.."

"Jung Ah!?"

Jung Ah lantas berpaling ke belakang bersama dengan pistol dihalakan nya ke arah gerangan yang memanggilnya tadi. Kelihatan Jimin sedang berdiri di hadapannya. Nafas Jimin tercungap cungap. Mata Jung Ah membulat. Dia segera menjatuhkan tangan nya.

"Hyungnim..."
"Kau tahu Ara ada kat mana?"
"Tak.."
"Habis tu kenapa kau boleh ada kat sini?"
"Sebab Hoseok kata Hyungnim.."
"Kan Hyungnim dah cakap.. kamu duduk je kat situ.."
"Lepas tu apa!? Jung Ah tak nak berpisah dengan HyungNim!?"
"Haih.. kamu ni.."

Jimin memerhatikan segenap ruang bilik tersebut. Rupanya ada kamera litar tertutup di dalam bilik itu.

"Jung Ah.. kita berpecah.. kita sama2 cari Ara.."
"Hyungnim...."
"Ya?"
"Nak tak kita kelirukan Yoongi?"
"Maksud kamu?"

Yoongi baru saja siap mengikat Ara kemas di atas sebuah kerusi. Mulut Ara disumbat dengan segumpal kain. Ara merenung wajah Yoongi tajam.

"Baiklah.. sekarang mari kita tengok.. sama2 si Jimin tu buat apa.."

Kata Yoongi. Dia lalu menarik sebuah kerusi dan duduk. Di hadapannya ada banyak kaca tv yang memaparkan beberapa ruang bilik. Dia terkejut apabila kedua2 anak Park ada bersama di dalam sebuah bilik lalu mereka berdua berpecah keluar dari situ.

"Jung Ah dengan Jimin?"

Yoongi lalu menoleh ke arah Ara. Kain tadi dia tarik keluar dari mulut Ara. Dan kini Ara boleh berbicara lagi.

"Lepaskan aku Yoongi!!"
"Shh.. relaks... aku cuma nak ajak kau berbual sebelum salah seorang dari mereka dapat menemui bilik ni."
"Mereka? Jimin dan Jung Ah ada kat sini!?"
"Tak payah nak gembira sangat!"
"Apa kau nak buat hah!?"
"Bunuh si kembar tu..."
"Aku pasti yang Uncle Park mesti kecewa dengan kau!"
"Kau nak cakap pasal bapak tiri aku tu? Heh.. mak aku dan Uncle Park tu sekarang ada kat luar negara..."
"Lagipun kan Ara.. kita akan bina hidup baru bersama..."
"Aku takkan sesekali kahwin dengan kau!"

Yoongi hanya tersenyum sinis lalu mengambil segumpal kain tadi dan disumbatkan nya ke dalam mulut Ara semula. Ara ingin menjerit tapi tidak mampu. Mata Yoongi tertumpu pada skrin monitor semula. Dia mesti tahu ke mana si kembar tu pergi.

Jungkook mengeluh berat. Fail di tangannya dihempas kuat di atas meja office nya. Kelakuan nya itu membuatkan Namjoon tergamam dan kaku. Ini bukan kali pertama dia melihat wajah bengis Jungkook. Tapi walaupun seratus kali pun dia tengok pasti akan berasa takut. Jungkook memandang tepat wajah Namjoon.

"Panggilkan kumpulan FBI... kita serbu rumah tu.. aku nak Ara selamat.."
"Jung Ah dan Jimin tuan?"
"Dua orang tu akan diberkas... itu keputusan aku. Muktamad. Sedia cepat Kim Namjoon."

Apabila Namjoon terdengar nama penuh nya disebut. Dia terus menunduk hormat dan berlalu keluar dari ruang bilik Jeon Jungkook. Jungkook kembali duduk di atas kerusinya. Dia tahu sekali bahawa tak lama lagi rahsianya pasti terbongkar. Dia teringat janjinya yang dibuat bersama Jung Ah. Sungguh dia kesal.. dan takut jika rahsia nya itu terbongkar.

Flashback

Kerusi ditarik. Jungkook dengan perlahan melabuhkan punggungnya. Fail diletakkan nya perlahan di atas meja. Bibirnya diketap. Agak sukar untuk menyatakan permintaannya itu. Kamera litar tertutup dipandang nya sekilas. Kerana dia tahu orang yang di sebalik kamera itu adalah Kim Namjoon. Pembantu nya. Matanya memandang tepat wajah Jung Ah. Kini mereka berada di dalam sebuah bilik soal siasat.

Pandangan mata Jung Ah amat dingin. Dia terbatuk seketika sebelum bersuara.

"Aku ada satu permintaan..."
"Apa yang kau nak? Aku rasa buang masa je kalau kau nak minta apa2 pun."
"Aku akan bebaskan kau.. kalau itu yang kau mahu."

Mata Jung Ah membulat seketika. Dia tersenyum sinis. Dia mula menarik kerusi supaya agak rapat dengan meja. Dia mula berbisik.

"I'm listening..."
"I'll give you a freedom if you do what I said..."
"Apa dia?"
"Kill Kim Taehyung..."

Jung Ah tersenyum lebar. Dia lalu duduk bersandar semula pada kerusi.

"What an interesting police officer you are.. Jeon Jungkook.. baiklah.. aku setuju. Deal."
"Esok kau akan dibebaskan tanpa dikesan."

End of flashback

TBC

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now