EP: 13

1.3K 128 0
                                    

Peluh dingin mengalir di dahinya. Nafasnya dihela perlahan. Pistol yang ada pada tangannya diisi lagi dengan beberapa biji peluru. Dia lalu bangun sambil memerhatikan sebarang pergerakan di sebalik dinding. Jantungnya berdebar hebat.

"Jung Ah.. you're the one who making me do this.. sh*t!"

Dia lalu keluar dari tempat sorok nya lalu menembak seorang pegawai polis yang asyik dari tadi mengintip nya. Geram dengan perbuatan polis itu yang selalu cuba untuk memerangkap nya supaya dimasukkan semula ke dalam penjara. Kini dia hanya akan menjadi pemerhati untuk Jung Ah. Hal ini terjadi kerana ada beberapa orang pegawai yang dikerah kan atas arahan Jeon Jungkook. Semestinya Jungkook tidak akan membiarkan dirinya bebas dari dalam penjara.

Apa yang dia kisah? Kini dia telah pun terlepas. Pistol tadi dimasukkan nya ke dalam poket sebelum bergerak ke arah tubuh pegawai polis yang kaku itu. Mayat itu dia tarik dan hendak dikebumikan di sebuah tempat. Takkanlah ingin dibiarkan begitu saja. Setiap jenayah yang dilakukan hendaklah bersih dan teliti.

Ara masih lagi dalam keadaan yang sedih. Sedih akan nasib yang menimpa dirinya. Kini dia berada di dalam kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang sewajarnya sewaktu guru mengajar di dalam kelas. Kerana baginya dunia di luar tingkap lebih menarik.

Waktu rehat tiba dan Ara didatangi oleh Yoongi, senior nya. Dia tersenyum pendek apabila di sapa oleh Yoongi.

"Ara.. kau masih lagi menunggu dia?"
"Ya.. dan saya takkan pernah berhenti menunggu."

Ucap Ara sebelum bangun dan berlalu keluar dari kelas tersebut meninggalkan Yoongi yang sedang menggigit bibirnya. Kerana dia sedang memikirkan satu cara agar Ara akhirnya dapat melupakan Jimin.

Ara berjalan di sepanjang koridor. Dia dalam perjalanan hendak ke kantin. Di setiap perjalanannya dia mula teringat kembali kenangan manis sewaktu dia masih lagi bersama dengan Jimin. Kakinya tiba2 saja terhenti di hadapan sebuah bilik rawatan sekolah.

Matanya merenung saja pintu hadapan bilik itu. Air matanya mula disekanya pantas barangkali teringat tentang Jimin yang terluka dan cara dia merawat luka kecil Jimin.

"It hurts Jimin.. knowing that you're not here with me..."

Dia lalu berlari semula ke arah kelasnya. Selera makannya hilang. Bagaimana mungkin dia hendak melupakan lelaki yang bernama Park Jimin itu. Walaupun beratus tahun lamanya mungkin perasaan nya masih lagi sama.. tidak berubah kerana baginya hanya wujud seorang lelaki saja iaitu Park Jimin.

Waktu persekolahan tamat, Jung Hoseok baru saja menapak keluar dari sebuah kafe yang terletak tidak jauh dari kawasan sekolah tinggi Seoul Korea. Kaca matanya dibuka dan disimpan.

Kakinya melangkah mendekati pintu pagar sekolah itu. Dia ingin mencari seorang pelajar perempuan. Setelah matanya menangkap susuk tubuh yang sangat dia kenali itu, dengan pantas pergelangan tangan perempuan itu dicapainya dan serta merta tubuh perempat itu menghadap nya. Ara terkejut.

"Kau siapa!? Lepaskan!?"

Marah Ara apabila dengan tiba2 saja lelaki yang dia tidak kenali itu menarik tangannya. Lelaki itu tersenyum lebar.

"Aku Jung Hoseok.. Park Jung Ah nak jumpa dengan kau.."

Mata Ara membulat kerana terkejut mendengar nama itu.

"Di mana dia berada sekarang?"

Soal Ara yang benar2 ingin tahu tentang keberadaan Jung Ah. Ara tahu yang Jung Ah sudah tidak ada di dalam penjara. Kerana itu dia sudah lama tidak pergi menjenguk nya. Dia tahu pun sebab Jungkook yang memberitahunya. Tapi bila di tanya kepada Jungkook kemana perginya Jung Ah. Dia hanya mendiamkan diri. Ara hanya mampu mengeluh kerana tidak tahu ke mana perginya Jung Ah. Hoseok mula mengukir sebuah senyuman penuh makna. Tangannya mula di depa kan di hadapan sebuah kereta ferrari merah miliknya. 

"Wanna know? Then come and ride with me.."

Ara memandang kosong ke arah kendaraan itu. Adakah Hoseok dapat dipercayai? Ara masih lagi ragu2 tapi dalam ragu nya itu sifat ingin tahunya lebih menebal membuatkan Ara memilih untuk pergi bersama dengan Hoseok.

"Baiklah.. bawa saya jumpa Jung Ah."

Hoseok tersenyum puas lalu membawa Ara mengikutinya. Rancangannya berjaya. Ini yang Jung Ah mahukan. Ya ini apa yang Jung Ah inginkan sebelum dia ditangkap semula.

Ara hanya mendiamkan diri saja di sepanjang perjalanan tersebut. Tidak ada satu suara pun. Sunyi saja. Hoseok pula tidak membuka mulut. Ara melemparkan pandangan nya ke luar tingkap. Bosan. Matanya mula membulat besar apabila ternampak sebuah bangunan lama dan terbiar itu. Di sebelah bangunan itu pula hanya wujud hutan dan belukar yang sunyi. Ara mula memandang wajah Hoseok. Hoseok memberhentikan keretanya di hadapan bangunan itu.

"Kenapa bawa saya ke sini!? Apa yang awak nak lakukan!?"
"Ops.. sorry ok.. aku hanya jalankan tugas aku berdasarkan arahan yang tuan muda Jung Ah bagi.. dah keluar kita dah sampai."

Hoseok menapak keluar dari dalam perut kereta diikuti dengan langkah Ara. Ara hanya mampu berdiam diri dan menantikan sesuatu untuk berlaku. Sebagai langkah berjaga jaga.. Ara telah pun mengeluarkan sebilah gunting yang tajam dari dalam beg sekolahnya.

"Kau tak payah nak bawa senjata sangat. Kalau aku apa2 kan kau pun aku juga yang terima balanya bukan kau.. dah simpan jelah."

Kata Hoseok yang seakan tahu rancangan Ara. Ara dalam kegelisahan. Pisau tadi dilepaskan. Kakinya mula menapak ke hadapan mengikuti langkah Jung Hoseok dari belakang. Wajah Ara tertunduk.

Langkah Hoseok terhenti di hadapan sebuah pintu bilik yang usang. Bangunan itu penuh dengan habuk dan debu. Ara menelan air liur. Takut.

"Jangan takut. Dah pergi masuk dalam tuan muda dah lama tunggu kedatangan kau."

Pintu dibuka dan Ara ditolak untuk masuk ke dalam bilik itu lalu pintu ditutup semula dan dikunci. Mata Ara terpejam rapat. Tiba2 ada usapan lembut pada pipinya. Dengan perlahan matanya terbuka. Wajah lelaki itu didekatkan. Walaupun dalam samar2 cahaya akan tetapi wajah lelaki itu masih lagi jelas kelihatan.

"Jung Ah.."

Ucap Ara dengan nada tidak percaya.

"Awak dah bebas?"

Tangan Jung Ah dengan perlahan menarik lengan Ara supaya dekat dengannya. Dan dengan perlahan tangannya itu menarik tubuh Ara dalam pelukan.

"Tak... aku belum lagi bebas cuma aku nak lepaskan rindu sekejap. Jadi biarkan aku peluk kau Ara."

Ara hanya membiarkan saja tubuhnya dipeluk sebegitu. Selepas beberapa minit badan Ara akhirnya dilepaskan.

"Apa yang awak nak?"

Jung Ah tersenyum mendengar soalan Ara. Pipi Ara diusapnya perlahan. Mata Jung Ah memandang tepat ke dalam mata Ara.

"Aku cuma nak kau tahu.. ke mana saja kau pergi... aku akan sentiasa ada di sisi kau... Lee Ara.. aku akan sentiasa perhatikan kau."
"Apa yang awak nak!? Tolong lah saya merayu.. tolong jangan ganggu hidup saya lagi! Awak tak faham ke? Saya takkan boleh membalas cinta awak Jung Ah!"

Jung Ah menggeleng perlahan. Di bibirnya mula bermain satu senyuman sinis. Tiba2 saja dengan pantas ada satu cucukkan yang tajam melekat pada leher Ara. Mata Ara melihat ke arah cucukkan itu. Rupa rupanya Jung Ah menyuntik nya dengan satu cecair. Dan mata Ara terasa berat. Dan selang beberapa saat tubuh Ara ingin jatuh ke lantai tapi sempat disambut oleh Jung Ah. Jung Ah tersenyum lebar. Berpuas hati dengan kejayaannya.

"Jangan risau, Ara kau akan belajar mencintai aku juga... soon you'll be mine."

TBC

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now