EP: 18

1.2K 103 7
                                    

Ara agak terkejut melihat wajah Jimin. Jimin dan Ara sama2 merenung wajah masing2. Suara Yoongi menyentakkan lamunan Ara.

"Jimin.. aku tak tau pula yang kau akan muncul..."
"Kenapa pula? Semestinya aku akan muncul."

Jawab Jimin dengan senyuman sinisnya.Uncle Park berdehem membuatkan Jimin dan Yoongi berpaling ke arahnya. Uncle Park tersenyum lebar.

"Kalau semua dah berkumpul... marilah kita ke meja makan.."
"Ah.. ya Uncle.."

Jimin terlebih dahulu ingin berlalu pergi. Yoongi bangun dan membetulkan bajunya sambil tersenyum memandang wajah Ara.

"Mari kita makan.."

Ajak Yoongi. Ara mengangguk lalu bangun dari duduknya. Mereka semua mula berkumpul di meja makan. Yoongi mengambil tempat bersebelahan dengan Ara. Jimin menghadap mereka berdua. Aunty Young duduk di sebelah Jimin. Manakala Uncle Park duduk di tengah2 meja makan. Keadaan senyap. Hanya ada bunyi sudu dan garpu berlaga sama. Tiada siapa yang berani bersuara.

Ara berasa ada mata memandang ke arahnya tajam dan mata itu juga memandang tajam wajah Yoongi. Ara mengangkat muka memandang ke arah gerangan yang memandang nya itu sedari tadi. Jimin bertentangan mata dengan Ara. Ara yang menyedarkan akan itu terus mengalihkan pandangannya. Yoongi memandang wajah Ara dan Jimin. Dia terbatuk sedikit sebelum bersuara.

"Jimin aku dengar kau perlukan PA kat tempat kau..."

Jimin mengangkat keningnya. Dia mengangguk dan tersenyum penuh makna.

"Ya.. betul tu.. kalau tak keberatan aku nak Lee Ara bekerja kat tempat aku.. macam mana?"

Soal Jimin sambil tersenyum manis memandang wajah Ara mengharapkan jawapan daripada nya. Yoongi meletakkan sudu dan garpu nya lalu mengangkat wajah memandang Jimin. Tajam.

"Aku tak benarkan pekerja aku kerja kat syarikat kau."

Tegas suara Yoongi. Ara memandang wajah Yoongi tidak percaya dengan apa yang dikatakannya.

"Yoongi? Awak boss kat kafe tu?"
"Ya.. kenapa? Dan seperti aku kata tadi.. aku tak benarkan!"

Uncle Park mengeluh perlahan.

"Ok lah kalau macam tu. Gaji jadi PA ni mahal tau tak.. Ara awak nak kerja tu.. boleh juga tolong Chim chim ni.."

Uncle Park bersetuju dengan Jimin. Ara tidak bersuara. Tak tahu apa yang dia hendak buat ketika itu. Ara menarik nafas sebelum bersuara.

"Saya... saya tak ada masalah.. cuma saya ni kurang berpengalaman kalau nak kerja kat syarikat besar.."

Jelas Ara. Agak kekok dengan keadaan tersebut.

"Tak apa saya boleh tolong Cik Ara."

Suara seseorang membuatkan semua berpaling ke arah gerangan itu. Dia tersenyum lebar memandang wajah Ara. Ara terkejut. Matanya membulat besar. Bibirnya bergerak sedikit menyebut nama wanita itu.

"Oh.. Cik HaeJin! Boleh juga kalau macam tu!"

Jimin sudah pun tersenyum lebar. Yoongi mengetapkan bibirnya.

"Kan aku dah kata.. aku tak benarkan pekerja aku bekerja dengan kau Park Jimin."
"Tapi apa salahnya..? Kan encik Yoongi?"

Soal Haejin sambil mendekati belakang Ara yang sedang duduk itu. Dia dengan perlahan membongkokkan badannya sedikit dan berbisik perlahan ke dalam telinga Ara. Ara hanya mengangguk lalu meminta diri untuk ke tandas dan meminta cik Haejin menunjukkan laluannya untuk ke tandas.

Setelah mereka bersendirian, Haejin dengan pantas menampar pipi Ara. Ara agak terkejut lalu memegang pipi kirinya. Dia memandang tajam wajah kakaknya itu. Mereka berdua kini berada di luar rumah.

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now