SPECIAL CHAPTER

1.3K 116 4
                                    

JEON JUNGKOOK

Fail kes berterabur di atas meja. Aku memicit dahiku perlahan. Amarah ku masih lagi belum tenang. Apatah lagi hendak keluar lunch selepas ni. Aku langsung tak ada selera nak menjamah makanan.

Aku mengeluh perlahan. Pintu pejabat ku dikuak sedikit.

"Tuan Inspektor... maaf mengganggu tapi saya dah ketuk pintu berulang kali-"
"Cakap jelah kau nak apa hah Namjoon?"
"Erm.. Haejin.."
"Kenapa dengan dia?"
"Dia nak jumpa dengan tuan Inspektor."
"Aku?"

Aku berpaling ke arah tingkap. Aku mengeluh perlahan. Bukan ke Haejin dah tak nak jumpa aku? Hubungan aku dengan dia mula rapat apabila aku diminta untuk datang ke rumah agam Park. Katanya aku mesti selesaikan satu kes rasuah kat syarikat besar mereka tu. Tapi entahlah macam mana sejak tu aku sentiasa berjumpa dengan Haejin.

Dan kami menjadi pasangan kekasih. Aku ingat lagi yang dia ada janji yang dia akan kahwin dengan aku. Tapi semua janji tu hanyalah kata2 kosong. Aku lalu bangun dan mencapai kot aku. Aku meminta diri dan menapak keluar dari bilik pejabat aku.

Tak ada gunanya kita berhendak pada orang yang tak sudi. Kini aku terima segalanya. Sejak kes kebakaran di rumah agam itu hubungan kami mula jadi regang. Haejin lari dan hilang entah ke mana. Aku berusaha untuk cari dia balik. Aku nak dia selamat. Tapi dia pula yang putuskan hubungan dengan aku. Tak aku sangka aku boleh berjumpa dengan dia balik tapi malang sekali buat aku apabila dia hanya gunakan aku bila dia perlu dan buang aku bila aku dah tak diperlukan. Kejam bukan?

Pinggan tak rentak nasi tak dingin. Tak apalah, biarlah dia nak buat apapun asalkan dia bahagia.

Aku memberhentikan kereta ku betul2 di hadapan kafe yang diberitahu oleh Namjoon. Aku memperkemaskan pakaian ku dan menapak keluar dari dalam perut kereta. Langkah ku laju saja berjalan masuk ke dalam kafe.

Mataku meliar mencari Lee Haejin. Dia melambaikan tangannya ke arah aku sambil tersenyum manis. Dia langsung tak berubah. Masih lagi cantik dalam mataku. Aku berjalan mendekatinya. Wajah serius aku pasangkan.

"Apa yang awak nak Lee Haejin?"
"Janganlah macam tu kookie.. duduklah dulu.."

Aku mengangguk dan melabuhkan punggung ku di hadapannya. Aku masih lagi menunggu apa yang dia hendak bincangkan kepada ku. Dia tersenyum manis dan meneguk airnya sebelum bersuara.

"Saya nak kita bersama balik... boleh kan?"
"What?"

Lee Haejin kau dah lukakan hati aku dan adakah kau sekali lagi ingin melukakan hati aku? Aku menggeleng perlahan dan tersenyum sinis. Dia langsung tak ambil berat pasal aku. Aku je yang beria2 sukakan dia. Tapi tak sangka aku jatuh cinta dengan perempuan kejam macam dia. Only fools do what I do.. only fools fall for you..

"Maaf saya dah tak nak ada apa2 hubungan dengan awak Haejin."
"Tapi bukan kah kita dah sama2 berjanji akan kahwin?"
"That's your promise not mine."
"Jungkook.. awak dah tak cintakan saya lagi ke?"
"Ya..."

Aku lalu bangun tapi Haejin lebih pantas mencapai lengan bajuku. Wajahnya menunduk sedikit. Tak lama selepas itu aku nampak air matanya menitis jatuh ke atas meja. Dia menangis.
"Maafkan saya bukan saya tak cintakan awak Jungkook tapi saya.. saya terpaksa berpisah dengan awak."
"Lee Haejin saya pun ada hati dan perasaan. Jadi let me go.."
"Jadi.. awak nak tengok saya macam ni ke?"
"Tak... awak yang nak kita jadi macam ni bukan? Our relationship is over. Itu yang awak cakap setiap kali saya bertemu dengan awak. Then over is over."
"Jeon Jungkook.. please I need you. Think about it for a second!"
"No... I had enough of this."

Aku lalu merentap lenganku dan berjalan pergi dari kafe itu. Dia menangis semahu mahunya. Maaf aku mesti jadi kejam sebab aku dah tak nak lagi rasa macam ni. Rasa sakit hati disebabkan perbuatan awak Lee Haejin.

Aku sekali membawa diri aku ke arcade. Aku kena juga main satu permainan untuk hilangkan rasa sakit aku. Aku berjalan masuk ke dalam dunia arcade. Budak2 remaja sekarang memang suka berkunjung ke arcade ni. Aku mula bergerak ke sebuah permainan basket ball. Beberapa keping token dimasukkan. Dan aku mula bermain.

Hatiku berasa sakit setiap kali aku terkenangkan kata2 Haejin dahulu. Terluka nya aku kerana dia. Cinta aku pada dia hanyalah sia2. Tak ada gunanya aku bercinta dengan dia dahulu. Aku mengeluh perlahan. Peluh dingin mula mengalir di dahiku. Penat juga melepaskan perasaan ni.

Dan tiba2 muncul seseorang di sebelah aku. Seorang perempuan yang aku sangat kenali. Adik Lee Haejin, Lee Ara. Tak sangka boleh jumpa dia kat tempat macam ni... tapi dia.. selalu ke main kat arcade ni?

"Cik Ara?"

Tegurku. Perempuan itu mula berpaling ke arah aku. Dia kelihatan terkejut. Dia mula mengukir senyuman lebar.

"Tuan Inspektor! Tak percaya pula.. saya yang orang sesibuk tuan pun pergi ke arcade!"
"Haha.. saja datang sini sekejap.. cik Ara seorang diri saja ke?"

Muncul seorang lelaki memegang tangan Ara. Wajahnya serius saja. Teman lelaki dia ke?

"Tak, berdua..."

Jelas lelaki. Dia cemburu ke? Heh.. tak sangka lak aku kacau Ara berdating.

"Oh.. awak berdating.. maaf kacau!"
"Eh ma-mana ada! Ni boss saya Min Yoongi! Sebenarnya kita orang datang ke sini bertiga!"

Jelas Ara yang mula kelam kabut takutnya aku salah faham. Comel. Pegangan lelaki tadi dilepaskan tak sempat dia nak kata apa2 kerana dipintas oleh Ara. Aku tergelak kecil.

"Ah.. kalau macam tu.. apa kata empat orang! Oh seorang lagi mana?"

Muncul lagi seorang perempuan yang berambut bob. Dia tersenyum lebar memandang aku.

"Sayalah seorang lagi! Awak mesti tuan inspektor yang selalu Ara cerita kan tu kan?"
"Ah ya.. saya..."

Eh.. tak sangka Ara ada bercakap pasal aku. Mungkin dia cerita pasal tu kot. Ah.. tak mungkin lah. Mungkin dia hanya kata yang akulah lelaki yang siasat kes pembunuhan abang dia.

"Saya Han Somi kawan baik Ara!"

Dia mula memperkenalkan dirinya. Han Somi? Anak perempuan Han, bukan? Tak sangka boleh jumpa dia kat sini.

"Saya Inspektor Jeon Jungkook."
"Betullah cakap kau Ara! Dia memang kacak!"

Aku hanya tersenyum malu apabila dipuji sebegitu. Ara sudah pun malu dan memarahi Somi. Aku tersenyum sendiri. 

"Ara.. awak apa khabar sihat?"
"Ya.. saya sihat.. tuan inspektor?"
"Saya sihat je.. dah jom kita main sama2! Nak?"
"Sudah tentu!"

Ara dan Somi serentak menjawab. Min Yoongi hanya berdiam diri dan memandang aku tajam. Heh.. relaks lah. Bukan aku nak rampas Ara dari dia pun. Eh.. Ara bukan kekasih dia so.. don't care. Dia hanya membiarkan aku  berjalan di sebelah Ara. Tapi aku tahu dia sebenarnya cemburu melihat aku bermesra dengan Ara.

Somi pula tak habis2 nak kalahkan Min Yoongi dalam setiap permainan yang mereka main. Aku dan Ara hanya menjadi pemerhati sedari tadi. Aku memandang wajah Ara yang melihat Somi sedang bermain game.

"Cik Ara.. ada tak berjumpa dengan Lee Haejin?"
"Kakak saya?"
"Ya.. maaf saya tak beritahu tentang hal ni awal2.. tapi saya dan dia pernah bercinta dulu.."
"Apa? Kejap pernah? You mean..."
"Ya. Saya dah lama putus dengan dia. Jadi saya single."
"Oh.. tapi kenapa tuan inspektor beritahu saya semua ni?"
"Sebab.. saya tak nak simpan rahsia ni dari awak.. lagipun saya dah anggap awak macam adik saya sendiri."
"Tuan inspektor..."
"Ops! Mulai hari ni saya nak awak panggil saya oppa!"
"O-oppa?"
"Ah macam tulah! Cik Ara saya rasa saya kena pergi ke pejabat saya balik.. sorry!"
"Ah tak mengapa!"

Aku tersenyum dan mula berjalan keluar dari arcade tersebut. Ruginya awak Haejin. Awak tak mampu nak jaga adik awak sebaik mungkin. Tak mengapa saya yang akan jaga dia.. kalau awak tak mampu nak lakukannya.

Awak memang rugi Lee Haejin.

TBC

Author tahu yang chap ni tak berapa sangat. Anggap je yang chap ni just a filler chap. So this is all about Jungkook relationship with Lee Haejin. That's all I suppose. Bye2 reader. Vote and comments pleasue!
HAPPY JUNGKOOK DAY! Terlwt sdah.. huhu

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now