EPILOGUE

1.4K 100 5
                                    

Ara sedang berjalan tenang di pesisiran pantai. Angin yang bertiup lembut itu menenangkan jiwa dan hatinya.

Dia lalu melabuhkan punggungnya di atas pasir pantai itu. Fikiran nya jauh melayang. Terlalu asyik melayan perasaannya hingga tidak menyedari muncul seorang jejaka tampan di sebelahnya.

"Erm.. Cik Ara?"

Lamunannya terhenti. Ara lalu berpaling ke arah jejaka tampan itu. Ara tersenyum mesra.

"Ah ya saya? Encik ni siapa?"
"Saya Kim SeokJin... Cik kenal Park Jimin?"
"Maaf saya tak kenal dia.."
"Ouh.. nampaknya betul lah."
"Maaf apa dia?"

Jin mula bangun dari duduknya. Matanya beralih ke arah laut. Ombak yang memukul dan angin yang asyik meniup menggetarkan jiwa nya kini. Di dalam benaknya asyik saja memikirkan tentang Jimin. Dia mengeluh berat. Walaupun selama ini dia telah hidup membesarkan Jung Ah dengan penuh kasih, lalu Jung Ah meninggalkannya buat selamanya. Dan kini Park Jimin pula yang hidup terkurung telah menyebabkan hidupnya terasa sunyi dan kosong.

"Kita sebenarnya adalah kawan. Jimin tu dah macam anak saya. Cik Ara memang tak nak ingat apa2 ke?"
"Saya.. takut untuk ingat semula.. sebab mak saya cakap.. memori silam saya terlalu perit untuk diingati."

Jin menganggukkan kepalanya. Ya, dia sendiri tahu bahwa hidup Ara penuh dengan onak dan duri.

"Ya betul cakap Cik Ara. Tapi benarkah Cik Ara mahu buang nama Park Jimin buat selamanya dari hidup Cik Ara?"
"Saya pun tak kenal dia.. buat apa saya nak simpan nama dia dalam kepala saya.. kan?"

Jin menarik nafasnya dalam2. Dia melemparkan senyuman yang manis kepada seorang gadis yang asyik saja melemparkan pandangan ke arah laut yang membiru itu.

"Dia adalah kekasih Cik Ara."

Ara mengangkat muka memandang Jin dengan wajah tidak percaya akan kata2 Jin sebentar tadi. Jin lalu membuat keputusan untuk beredar dari situ apabila terlihat susuk tubuh seorang wanita.

"Saya minta diri dulu. Selamat tinggal."

Ucap Jin sebelum menghilang dari pandangan Ara. Ara hanya mampu memerhatikan susuk tubuh Jin menghilang dari pandangan nya.

"Ara!"

Panggil seorang wanita yang berumur lewat 40-an itu. Ara tersenyum manis.

"Mama...."
"Ara cakap dengan siapa tadi?"

"Saya Kim SeokJin."
"Kita sebenarnya kawan.."

"Tak bukan sesiapa pun mama.."
"Oh okay.. kalau macam tu.. lepas Ara puas dah duduk sini.. Ara naik masuk pergi mandi nanti kita keluar makan sama2."
"Okay mama..."
"Mama pergi dulu."

Puan Min baru saja hendak melangkah pergi tapi Ara memanggilnya membuatkan langkahnya terhenti seketika.

"Mama.. Ara ada kekasih ke?"

Puan Min berpaling ke arah Ara berserta kan dengan anggukan.

"Ya.. Ara bercinta dengan Min Yoongi... dia sayang sangat dekat Ara."
"Ah... okay mama.. tu je."
"Kenapa Ara rindu dia?"

Ara tidak pula menjawab. Dia hanya melemparkan pandangan ke arah laut semula. Puan Min tersenyum pendek sebelum melangkah pergi dari situ. Ara menundukkan wajahnya. Dia kini dalam kekeliruan. Hatinya terasa sunyi dan kosong bagai ada sesuatu yang penting buatnya sudah hilang.

"Park Jimin? Siapakah dia?"

TAMAT

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now