HIDDEN CHAPTER

1.1K 124 14
                                    

Wanna know what happened to Park Jimin on that night? That night when people thought he was dead. This is a hidden chapter.

Malam itu, Park Jimin jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Malam itu juga datang seorang doktor psikiatri lelaki yang ingin berjumpa dengan Park Jimin atas sebab tertentu.

Apabila dia berhentikan keretanya betul2 di hadapan rumah Jimin, dia langsung keluar. Dia ternampak pintu rumah Jimin terbuka. Dia terkejut dan cepat2 berjalan masuk.

Hatinya berdebar2 apabila menemui Park Jimin dalam keadaan tidak sedar diri. Maka dia membuat keputusan untuk menyedarkan Jimin semula.

Pintu rumah ditutup. Jimin dibawa masuk ke dalam biliknya untuk berehat. Doktor lelaki itu mengeluh perlahan.

"Jimin.. kau selalu lupa untuk makan ubat.. haih.."

Doktor lelaki itu mengeluh perlahan. Beberapa minit kemudian, Jimin baru saja menyedarkan dirinya. Dia terkejut apabila melihat kehadiran doktor itu.

"Jimin.. kau apa khabar?"
"Doktor Jang Yoonguk.. doktor buat apa kat sini?"
"Well.. kamu ada suruh doktor siasat pasal adik kembar kamu bukan?"
"Ya? Dia... ada kat mana?"
"Kat sini... nanti dia akan sampai... tak lama lagi."
"Betul? Saya akan berjumpa dengan adik saya doktor?"
"Ya... sabar ya?"

Muncul bayang seseorang bertopeng dan memakai serba hitam berhenti menapak di hadapan pintu rumah Jimin. Dengan perlahan dia mengetuk pintu rumah Jimin. Tak lama selepas itu, pintu dibuka dan muncul doktor Jang dengan wajah yang gembira.

"Kau dah sampai, Jung Ah!"

Tiba2 saja orang misteri itu menikam perut doktor Jang. Doktor Jang ingin menjerit meminta tolong. Tetapi dia lebih pantas menekup mulut Doktor Jang dan menikamnya berulang kali. Wajah Doktor Jang turut ditoreh nya sehingga tidak dapat mengenali wajahnya lagi.

Pada masa itu juga Jimin muncul dan terkejut dengan kehadiran orang misteri itu. Dia bangun dan ingin menyerang Jimin. Tetapi Jimin lebih pantas mengundurkan diri dan berlari keluar dari rumahnya ikut pintu belakang. Ketika dia dikejar itu, Jimin tidak menyedari bahawa wujud sebuah kereta di hadapannya dan melanggarnya. Pembunuh tadi berhenti mengejar apabila melihat keadaan Jimin yang parah itu.

Pembunuh itu berundur dan sempat menangkap gambar Jimin yang parah dan tidak menyedar kan diri itu.

Dia berjalan masuk ke rumah Jimin dan megheret mayat doktor Jang masuk ke bilik tidur Jimin. Baju Doktor Jang ditukarnya supaya menyerupai Jimin. Pembunuhan itu dilakukan dengan sempurna. Akhirnya pembunuh itu melarikan diri.

Pada masa yang sama Jung Ah baru saja sampai ke rumah Jimin. Pintu pagar Jimin tidak berkunci jadi dia membuat untuk berjalan masuk saja. Kakinya berhenti menapak di hadapan pintu rumah Jimin.

Hatinya berasa sesuatu yang tidak menyenangkan apabila melihat ada kesan darah di hadapan pintu rumah Jimin.

Dia cuba bertenang. Pintu dipulas dan keadaan serba gelap itu membuatkan dia rasa seperti ada benda bahaya di rumahku Jimin. Sebilah pisau dikeluarkannya. Dia cuba untuk memerhatikan segenap ruang tamu itu walaupun keadaan kini gelap.

Lampu rumah dibuka dan Jung Ah sangat terkejut apabila melihat banyak lagi kesan darah di dalam rumah Jimin. Dia mengikut kesan darah itu hingga ke depan bilik Jimin. Hatinya berdebar hebat.

Pintu dibuka dan kelihatan mayat seseorang di atas katil. Ya dia kenal baju itu. Dia kenal tubuh itu. Hatinya remuk apabila mengetahui abangnya telah mati dibunuh oleh seseorang. Malam tu juga dia menggila. Dia meraung sekuat hatinya dan tiba2 saja telinga Jung Ah menangkap bunyi siren polis di luar perkarangan rumah Jimin.

Dia terus lesap bersama sebuah buku di tangan nya iaitu diari abangnya. Jung Ah tidak dapat menerima kematian Park Jimin maka dia mencipta Park Jimin dalam dirinya. Personaliti keduanya muncul dengan nama Park Jimin.

Malam itu juga menyiasat tentang latar belakang kehidupan abangnya semasa dia hidup. Telefon milik Park Jimin dicapainya dan mendail nombor seseorang. Dia ingin hidup sebagai Park Jimin. Kerana baginya semua harapan nya musnah. Harapan untuk berjumpa dengan abang kembarnya semula musnah. Ranap setelah kematian nya itu. Semuanya hancur. Setelah 10 tahun tidak bertemu, tapi ini pula yang terjadi.

Dia tidak akan boleh menelan semua keperitan itu.

Bunyi suara seseorang di corong telefon membuat kan sebuah senyuman sinis terukir di bibirnya. Jelas sekali dia gembira. Walaupun semua perasaan itu palsu. Tapi tidakkah dia tahu akhirnya dia akan mencintai seseorang itu lebih dari segalanya?

"Oppa?"
"Ah.. manisnya~"

TBC

Author nak ucapkan happy birthday bunny kookie walaupun awal. I love you. Untuk semua Jungkook's wifey nanti author update kan special chap for u all.  Teruskan menyokong ff ni ya? Thanks for voting. Comment lah cikit nak tahu jugak ff ni ok ke tak... hehe thanks!

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now