EP:11

1.5K 138 9
                                    

Jungkook mengeluh lalu duduk di atas kerusinya. Dia berfikir sejenak sambil membelek setiap helaian gambar yang ada di dalam fail itu. Dia takut akan keputusannya iaitu untuk membantu Jung Ah mencari Jimin. Dan dia juga sedang mencari seseorang yang hilang sejak kejadian yang berlaku di rumah agam milik keluarga Park itu. Dia ingin tahu ke mana gadis itu menghilangkan diri.

Dia mengusutkan rambutnya sendiri. Frustrating. Dia lalu menutup fail itu dan dilemparnya jauh di atas mejanya. Ketukan di pintu menyebabkan dia menoleh ke arah pintu.

"Masuk.."

Pintu dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang segak bergaya menapak masuk. Pintu ditutup semula. Wajah lelaki itu kelihatan gembira. Dia dengan segera melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Jungkook.

"Kau dah kenapa Namjoon?"

Namjoon memberikan sekeping gambar kepada Jungkook. Jungkook menilik gambar itu dengan teliti. Dia terkejut.

"Lee Hae Jin... masih lagi hidup!?"
"Ya.. perempuan yang tuan cari selama ni masih lagi hidup Tuan Jungkook..."
"Ini berita yang bagus.. aku nak kau selidik lagi pasal hal ni... jangan sampai Lee Ara tahu.. faham?"
"Faham tuan.."

Namjoon lalu bangun dan mula menapak keluar dari bilik itu. Jungkook tersenyum penuh makna. Tak sangka perempuan itu masih lagi ada. Dia tak henti2 tersenyum sendiri sedari tadi.

Ara duduk merenung seorang wanita di hadapannya kini dengan pandangan yang tajam. Wanita itu tersenyum melihat wajah Ara. Ara mengeluh berat.

"Apa yang kakak nak ni? Setelah menghilangkan diri lepas tu kembali tiba2.. apa yang kakak nak?"
"Maafkan kakak.. kakak perlu selamatkan tuan muda Park ketika itu.. abang kamu turut terkorban sebab nak selamatkan dia... tapi dia tak sedar dia dah selamatkan orang yang salah.."
"Siapa?"
"Tuan muda Jung Ah..."

Ara terkejut tapi masih lagi mengawal riak wajahnya. Hae Jin tersenyum lemah lalu menghirup airnya.

"Kakak.. mana perginya Jimin?"

Hae Jin terhenti sebentar dari terus menghirup kopi nya. Dia tersenyum lagi dan kali ini lebih lebar. Dia dengan perlahan meletakkan cawan di atas piringnya. Dia merenung wajah Ara.

"Ya betul dia masih hidup tapi maaf kakak... tak tahu.. mana dia menghilang. "

Ara mengeluh. Dia memandang wajah kakaknya.

"Kakak kena ingat yang Ara masih lagi marahkan kakak..."
"Ya.. kakak tahu tu..."

Ara lalu bangun tapi kakaknya sempat menarik lengannya. Ara memandang wajah kakaknya sejenak.

"Kakak tahu yang Ara rindukan kakak kan?"
"Tapi kakak yang pergi tinggalkan Ara..."
"Maafkan kakak..."

Hae Jin bangun lalu memeluk Ara erat tapi Ara tidak sedar bahawa Hae Jin sudah memasukkan sesuatu ke dalam poket baju Ara ketika itu.

"Jadi tolong jangan tinggalkan Ara seorang diri lagi dah..."
"Ya kakak tahu tu... pulanglah dengan selamat."

HaeJin lalu menapak keluar dari kafe tersebut. Setelah dia keluar, dia terkejut apabila bertembung dengan Jeon Jungkook yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar santai pada keretanya. Dia dengan perlahan berjalan ke arah lelaki itu. Jungkook yang ternampak wajah Haejin lalu mengalihkan kaca mata hitam nya. Dia tersenyum.

"Kau masih lagi hidup..."
"Ya... apa yang kau nak?"
"Aku cuma nak tengok.. macam mana hubungan kau dengan adik kau, Ara..."
"None of your business! Jungkook we are over ok?"
"No... I still love you, HaeJin.."
"Hah? Say that to your girlfriend..."
"You are my girlfriend.."
"Ke tepi Jeon Jungkook!"
"Please come back to me.."
"No..."

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now