EP: 23

1K 105 4
                                    

THE BURNING MANSION
PT. 1

Ara mula tersedar dari lena nya. Terbeliak matanya apabila melihat mayat kakak nya di hadapan matanya. Air matanya mengalir dan jatuh menitis ke lantai.

Pintu dibuka dan muncul lah seseorang dengan pakaian serba hitam. Mukanya ditutup dengan topeng wajah. Ara teresak esak menangis. Dia memandang ke arah orang misteri yang berjalan menghampiri nya itu. Sebuah kerusi ditarik dan diletakkan di hadapan Ara.

Mayat kakaknya tidak jauh dari tempat duduknya. Ara berasa takut apabila melihat sepucuk pistol dikeluarkan dari dalam poket orang misteri itu. Pistol itu dihalakan ke arah Ara menyebabkan nafas Ara terhenti. Jantungnya berdegup kencang. Topeng wajah lelaki misteri itu dengan perlahan dia buka. Mata Ara membuntang.

"M--Min Yoongi?"

Yoongi mengangguk perlahan. Ara terkejut bukan kepalang.

"Ka.. kau bunuh kakak aku?"
"Wow.. selepas tahu saja awak diculik terus ubah cara cakap ya? It's quite rude Ara.."
"Aku tak peduli! Lepaskan aku!"
"Lee Ara.. kau ni memang tak tahu apa2 pun kan? Kau tak nak tanya ke kenapa aku bunuh kakak kau? Culik kau? Atau apa punca sebenar Jimin lupa ingatan?"
"Semua tu.. disebabkan kau?"
"Yes.."

Yoongi mula bangkit dari tempat duduknya. Dia berjalan ke arah sebuah papan yang penuh dengan tampalan kertas, gambar dan keratan akhbar. Ara turut memandang ke arah papan itu. Sekali lagi dia terkejut apabila keratan akhbar tersebut menunjukkan berita mengenai kebakaran rumah agam keluarga Park. Dan gambar2 tersebut adalah keluarga Park semuanya termasuklah gambar kakaknya, abangnya dan dia.

"Apa maksud semua ni Min Yoongi!?"
"Aku dah lama perhatikan keluarga Park.. mari aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku dengan rumah agam tu... macam mana rumah agam tu boleh terbakar? Soalan tu akan terjawab. And about Jimin.. pun aku akan bagi tahu.. so get ready."

FLASH BACK

Tuan Park melangkah masuk ke dalam rumah agam tersebut disambut dengan semua pembantu rumah termasuklah butlernya iaitu Lee HongJin. Lee Haejin muncul dan dia juga menunduk hormat.

"Selamat pulang tuan Park."
"Saya akan keluar.. malam ni... untuk hari ulang tahun perkahwinan saya.. makan malam yang special jadi tak payah tunggu saya balik faham?"
"Baik.. tuan."

Semua pembantu meminta diri untuk menjalankan tugas mereka. Tuan Park menapak masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia agak penat selepas seharian bekerja. Tiba2 tombol pintu dipulas oleh seseorang dan muncul Park Jimin. Jimin lantas berlari ke arah Tuan Park lalu melompat duduk di atas pahanya.

"Appa!"
"Ah.. my little junior!"
"Appa.. omma mana?"
"Omma tak balik lagi. Dia ada kerja lagi..."
"Erm... appa nampak adik Jung Ah tak?"
"Tak.. kenapa?"
"Chim Chim main hide and seek dengan dia. Tapi dia hilang pula."
"Okay.. dia hilang kalau macam tu kamu nak main dengan appa tak?"
"Nak!"

Jimin tersenyum girang sambil memeluk appanya erat.

Skip

"Sakit uncle!"
"Rasakan! Uncle kata apa!? Jangan main dengan Jimin kan? Dia demam lagi! Kau ni memang anak saudara tak guna!"
"Sakit uncle!"

Teriak si kecil Jung Ah yang sedang dipukul dengan tali pinggang oleh Uncle Park. Setelah puas memukul, Uncle Park lalu menapak keluar dari situ lalu mengurung Jung Ah di dalam sebuah bilik kecil yang serba gelap. Jung Ah teresak esak menangis.

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now