EP: 2

3.3K 234 16
                                    

Jimin tersenyum saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jimin tersenyum saja. Bajunya masih lagi basah. Ara saja yang tak berasa selesa. Sebab Jimin kini berbaring di atas paha nya. Kini mereka berada di atas atap bangunan sekolah. Angin meniup sepoi bahasa.

"Awak tak sejuk ke?"

Soal Ara. Jimin menggeleng kepala. Dia dengan perlahan membuka mata.

"Kau marahkan aku lagi?"
"Tak.. saya dah terlalu biasa."
"Janganlah macam tu. Kau boleh je benci aku. Aku minta maaf..."
"Tak.. tak mengapa... saya dah maafkan sunbae. Lagipun saya tak berdendam pun. Dan saya tak pernah bencikan sunbae."
"Kenapa?"

Muka Ara merona merah. Dia lalu berpaling ke arah lain.

"Sebab kan sunbae dah tolong saya tadi."
"Oh... jadi kita kawan?"
"Ya..."

Kata Ara dan memandang ke arah Jimin semula. Jimin kembali menutup matanya.

"Erm.. sunbae.. jomlah kita masuk ke kelas.. dah lewat dah ni."
"Alah.. nantilah.. aku nak spend time dengan kau kat sini."
"Spend time? Dengan saya?"
"Ya.. dan lagi satu.. tak payahlah panggil aku sunbae. Kan kau panggil aku oppa."
"Takut sunbae tak selesa."
"Siapa kata aku tak selesa. Aku suka dengar kau panggil aku 'oppa'."

Kata Jimin dan tersenyum manis. Pipi Ara mula membahang. Nasib baik dia tutup mata, desis hati Ara. Jimin lalu dengan perlahan membuka mata dan dengan segera Ara menutup mukanya dengan tapak tangan.

"Kenapa dengan kau ni?"
"Tak ada apa2 lah.. oppa."
"Haha..."

Jimin ketawa kecil. Jimin lalu bangun dan menukar posisi, iaitu duduk di sebelah Ara.

"Dah lah tu tutup muka kau yang manis tu. Aku nak tengok wajah kau pun payah."

Ara dengan perlahan mengalihkan tapak tangannya. Jimin tersenyum lagi.

"Kan cantik tu."
"Erm.. oppa pun hensem apa."
"Haha... mungkin tanpa ni kau lagi cantik kot."

Jimin dengan perlahan menanggalkan kaca mata Ara yang bulat dan besar itu. Jimin tersenyum melihat wajah Ara yang merona merah seperti tomato.

"Kyeopta."

Ucapnya. Ara ingin merampas kembali kaca matanya itu tapi tak dapat. Jimin bangun dan mengangkat tangannya tinggi sambil memegang erat kaca mata Ara. Ara terlompat2 untuk mendapatkan kaca matanya. Jimin terkekeh menahan tawa.

"Oppa bagi lah balik!"
"Catch me if you can.."

Ara cuba dan cuba. Dan tiba2 kakinya tersadung sesuatu. Dia hendak jatuh tapi sempat disambut oleh Jimin. Pinggang Ara dirangkul nya erat. Wajah mereka terlalu rapat. Jimin mendekatkan tubuh Ara ke dadanya. Jantung Ara mula berdegup kencang. Wajah tampan Jimin ditatapnya dengan tenang. Mata mereka saling berpandangan sesama sendiri.

Jimin tersenyum dan memakaikan Ara kaca mata itu kembali.

"Sorry. I just wanna play with you."

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now