EP: 22

1.1K 124 14
                                    

Malam itu hujan mulai turun dengan renyai. Suasananya dingin dan aman saja. Ara duduk bersendirian di kafe sambil menikmati air kopi kegemarannya. Matanya sentiasa terarah ke tingkap kafe. Dia tersenyum memandang bintang2 yang menyinari langit malam. Kedai kafe waktu itu tidak penuh dengan pelanggan menambahkan rasa sunyi dalam diri Ara. Tetapi Ara tetap tersenyum dan sambung menghirup kopi latte.

Sedang dia menikmati suasananya itu, tiba2 pintu kafe terbuka dan loceng berbunyi menandakan ada pelanggan masuk. Ara yang tersedar akan kehadiran seseorang di hadapannya itu mula mengangkat muka memandang gerangan yang menghampiri mejanya itu.

"Siapa?"

Tanpa amaran, mulut Ara mula ditekup dengan sehelai kain. Dan dia tidak dapat melawan. Tubuhnya menjadi lemah untuk melawan. Cawan kopi milik Ara jatuh ke lantai lalu berkecai dan di saat itu mata Ara mula tertutup. Pergerakannya terhenti. Dia pengsan dan tidak sedarkan diri. Tubuhnya lalu diangkat dan orang yang menculik nya itu mula bergegas keluar dari pintu kafe takut2 disaksikan orang awam.

Skip

Jimin menumbuk permukaan meja kerjanya dengan kuat sehingga mengejutkan Hoseok dan Dr. Kim yang sedang duduk di hadapannya. Jimin baru saja menerima berita tentang penculikan Ara. Dia menggigit bibir nya geram.

Jung Ah kini berada di sebuah apartmen yang dibeli oleh Jimin untuknya. Dia tidak boleh sewenang wenangnya keluar berjalan kerana setiap pergerakannya diperhatikan oleh pihak polis.

Jimin mula menarik nafas. Dia sudah terlambat. Setelah dia menghantar Jung Ah ke apartmen tersebut, dia sangka dia boleh berjumpa dengan Ara. Tapi tidak apabila dia mendapat tahu bahawa Haejin juga tiba2 menghilang dan urusan syarikat pula dia kena selesaikan. Jadi dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan Ara hari esoknya tapi ini pula yang terjadi.

Sungguh dia berang. Pintu mula diketuk oleh seseorang. Mata Jimin mula terarah ke arah pintu.

"Masuk.."

Pintu mula dibuka dan muncullah Yoongi berdiri dengan segaknya di hadapan muka pintu. Hoseok dan Dr. Kim ingin bangun kerana takut menganggu kerja Jimin tapi dihalang oleh Jimin.

"Tak mengapa korang stay sini."

Hoseok dan Dr. Kim saling berpandangan seketika lalu duduk semula. Yoongi menutup pintu semula dan mula berjalan ke arah Jimin. Dia terbatuk seketika sebelum memulakan bicara.

Yoongi sepertinya tidak mahu untuk menyampaikan berita tersebut tapi dia cuba juga untuk menyampaikan maklumat.

"Cik HaeJin mati.. dibunuh."
"What!?"

Jimin terkejut mendengar berita tersebut.

"And about Ara.. inspektor Jeon kata dia masih lagi belum jumpa apa2 clue tentang penculikan tu.."

Jimin menarik nafasnya dalam2. Dia memandang wajah Yoongi. Jimin mengangguk perlahan.

"Baiklah semua sila keluar. Yoongi.. I want you to gain more information from Kookie.. understand?"
"Ermm.. ya."
"Dah keluar..."

Hoseok dan Dr. Kim mula bangun dan berjalan keluar dari bilik pejabat Jimin. Yoongi mengeluh perlahan dan dia juga menapak keluar dari situ. Jimin dalam keresahan. Suara2 dalam benaknya tanpa henti menyuruh dia melakukan sesuatu. Ya.. suara itu menyuruhnya membunuh Min Yoongi.

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now