EP: 12

1.4K 138 18
                                    

HaeJin mengambil tempat duduk di sebelah seorang pesakit lelaki yang mengalami koma itu. Sudah lebih dua minggu namun lelaki itu masih belum sedar kan diri lagi. Lelaki itu ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia koma.

HaeJin mengeluh berat. Dia merenung wajah lelaki itu dengan harapan lelaki itu akan bangun.

"Bangunlah... tuan muda Park.."

Ara baru saja pulang ke rumah. Dia mula berjalan masuk ke dalam bilik. Dia mengeluh perlahan. Dia memerhatikan segenap ruang biliknya dan tiba2 saja matanya tertangkap sebuah kamera kecil yang dilekatkan di sebalik lampu tidurnya. Dia terus melangkah ke arah lampu bilik itu dengan tangannya yang menggeletar dia mula mencabut kamera kecil itu. Hatinya mula resah.

"Kau ingat Lee Ara.. selagi aku hidup.. aku akan tetap kejar kau.. ingat tu..."

Dia terus berjalan ke arah dapurnya. Dia mula mengambil tukul yang tersimpan dalam laci di dapurnya. Tanpa membuang masa dia terus menghancurkan kamera kecil itu dengan tukul itu. Dia ketuk sehingga ia hancur sehancurnya. Namun perasaan takut yang dirasai belum hilang. Dia resah. Malam itu juga dia menyelongkar seluruh rumahnya untuk mencari kamera yang sama terlekat di mana2 sekitar yang terselindung. Dia berjaya menemui 80 buah kamera litup kecil di setiap genap rumahnya. Kamera itu lalu dihancurkan nya sehingga hatinya berasa puas. Dia juga turut mengunci semua pintu dan tingkap.

Dia lalu mengambil keputusan untuk tidur di ruang tamu. Hatinya masih resah dan gelisah. Dia takut akan kegelapan kerana itu dia biarkan saja lampu di ruang tamu hidup menyala. Dia juga tahu Jung Ah pasti akan mencari nya. Tidak kira di mana jua dia berada. Sedang dia berbaring di atas sofa tiba2 dia terdengar bunyi pintu diketuk. Dia lalu bangkit dari tidurnya dan dengan perlahan dia menapak ke arah pintu. Masih lagi ada rasa takut menyelubungi dirinya terutamanya apabila teringat balik ketika dia diserang oleh Jung Ah.

Dia mengambil keputusan untuk menyelak langsir rumahnya untuk melihat siapa di luar. Dia terkejut. kawan baik kakaknya sudah pun kembali dari London. Pintu lantas dibuka.

"Unnie SaeRa!"
"Ara... sihat?"
"Ya.. sihat... tapi unnie buat apa kat sini?"
"Sebenarnya kakak Ara kena bergegas ke luar negara atas sebab tertentu. Dan unnie ada kat sini pun sebab nak tolong dia.."
"Tolong dia?"
"Tolong jadi babysitter untuk Ara..."
"Apa? Mengarut lah kakak Ara tu.. Ara dah besar dah lah.."
"But still.. you need me.."
"Tapi..."
"Ara.. kakak Ara.. tak mungkin akan balik buat masa terdekat ni.. jadi dia nak ada orang yang boleh jagakan Ara untuk dia.. itu saja.."
"Baiklah.. silakan.."

Pintu dibuka luas. Ara mula mempersilakan SaeRa untuk masuk ke dalam rumahnya. Begnya juga dibawa. Ara juga tidak pasti mengapa tiba2 kakaknya pergi ke luar negara.

Jungkook berjalan masuk ke dalam ruang biliknya. Namjoon juga bersama dengannya. Jungkook lalu mengambil tempat duduknya di atas kerusi. Lalu dengan geram dia menumbuk permukaan mejanya itu. Nafasnya turun naik. Rasa geram nya membuak buak.

"Namjoon! Kau betul2 dah tak boleh track dia ke!?"
"Ya.. tuan.. Lee Haejin sudah tidak berada di Korea. Dan aku tak tahu dia lari ke mana dan sebab apa.."
"Tak guna!!! Aku akan up kan lagi.. jadi aku nak kau cari dia betul2!"
"Baik tuan inspektor.."
"Oh satu lagi aku nak kau hantar Park Jun Ah ke hospital sakit jiwa.. hari ni juga!"
"Baik.."

Jung Ah yang sedang tidur itu dikejutkan dengan bunyi pintu besi yang dibuka. Matanya dicelikkan. Senyuman sinis mula terpasang.

"Kim Namjoon... orang suruhan Jeon Jungkook.. apa yang kau nak?"

Namjoon tidak menghiraukannya. Dia lalu mengisyaratkan supaya beberapa orang pengawal tadi membawa Jung Ah keluar dari penjara. Jung Ah bingung.

"Kau nak apa!?"
"This is not a right place for you.. a very suitable place is.... the hospital.."
"What!?"
"Kau akan dihantar ke hospital sakit jiwa Seoul.. itu tempat yang lebih baik untuk orang yang macam kau..."
"Tunggu! Bagi aku berjumpa dengan seseorang dahulu..."
"Lee Ara? Maaf--"
"Bukan! Tapi Jung Hoseok.."

Namjoon menghela nafas panjang. Dia berfikir sebentar. Dia tahu bahawa Jung Ah anak orang kaya. Kalau dia minta pasti besar untungnya.

"Baiklah tapi aku nak upah aku.."
"Just state any number you want and it'll be yours..."

Namjoon tersenyum sinis. Dia mula menyuruh pengawal tersebut menghantar Jung Ah ke sebuah bilik untuk berjumpa dengan Jung Hoseok secara rahsia jadi kamera litup untuk memerhatikan mereka berdua ketika itu ditutup dan tidak berfungsi.

Hoseok yang mengambil tempat duduki itu agak terkejut apabila dia mesti bersemuka semula dengan Park Jung Ah.

"Hoseok... dah lama bukan kita tak bersua muka?"
"Ya dah lama.. look here.. aku dah tak nak kotorkan tangan aku dah.. harap kau faham tu.."
"Ya aku faham sangat..."

Ucap nya sambil tersenyum sinis. Lalu dengan perlahan dia menghulurkan sekeping gambar kepada Hoseok. Mata Hoseok membuntang luas kerana terkejut.

"Apa yang kau nak!?"
"Cool down Hoseok.. aku belum sentuh dia pun lagi kau dah nak melatah..."

Tangannya digenggam kemas. Matanya mencerlung tajam melihat wajah Jung Ah. Giginya diketap menahan geram.

"Kau pun tahu yang aku dah lama tak jumpa adik kau Hoseok.. manalah tahu dia rindukan aku?"
"Jangan pernah kau cuba untuk sentuh HaNa!"
"Hoseok.. Hoseok... kalau macam tu.. berkhidmat untuk aku semula..."
"Aku dah katakan aku dah tak nak buat kerja kotor ni!?"
"Adik kau mungkin tak kisah bukan?"

Kolar baju Jung Ah mula direntap kasar oleh Hoseok. Nafasnya mula turun naik.

"Jung Ah!?"
"Kalau macam tu kau sepatutnya setuju dengan aku..."
"Aku... aku... akan fikirkan tentang ia semula..."

Kolar baju Jung Ah dilepaskan. Jung Ah mula menggeleng perlahan lalu memperkemas bajunya semula.

"Tsk.. tsk.. tak Hoseok.. the time is ticking... and your sister is waiting... tidakkah kau nak bebas dari sini dan berjumpa dengan Hana semula?"

Hoseok menundukkan wajahnya. Masih lagi dalam dilema hendak membuat keputusan. Adakah dia ingin bebas dan berkhidmat dengan Jung Ah semula atau mereput dalam penjara seumur hidupnya? Pilihan berada di tangannya.

Hoseok mengangkat wajahnya memandang wajah Jung Ah yang masih lagi tenang itu. Wajahnya persis Park Jimin. Memanglah mereka berdua kembar seiras. Tangan Hoseok menggeletar. Tengkaknya berasa kering. Takut2 keputusan yang hendak dia pilih... adalah salah..

"Aku akan berkhidmat untuk kau semula.. tuan muda Jung Ah.."
"Bagus... tugas kau yang pertama adalah menjadi mata dan telinga aku.. itu yang aku nak.."

Pintu dibuka. Namjoon menapak masuk sambil tersenyum sinis. Jung Ah lalu bangun. Gambar tadi diberikan kepada Hoseok. Jung Ah berjalan melepasi bahu Namjoon lalu berhenti menapak.

"We had our deal.. lepaskan Jung Hoseok.. dan kau akan dapat duit tu..."
"Baiklah... lagipun itu apa yang aku nak.."

Jung Ah mengangguk perlahan lalu menyerahkan diri kepada pengawal tadi. Dia dibawa keluar dari situ untuk dihantar ke hospital sakit jiwa. Namjoon memandang wajah Hoseok sebelum berjalan keluar dari situ.

Hoseok mengambil gambar itu lalu ditatapnya lembut.

"Oppa janji akan pulang untuk Hana.. oppa akan bebas tak lama lagi..."

TBC

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now