EP: 5

2.3K 202 25
                                    

Kereta Jimin memecut laju

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta Jimin memecut laju. Ara terkejut lantas memegang tali pinggang keledarnya kemas. Wajahnya bertukar pucat.

"Jimin! Janganlah laju sangat!"

Marah Ara yang mula ketakutan dengan aksi gila Jimin yang asyik memintas beberapa buah kereta dengan liar.

Jimin tetap dengan pendiriannya iaitu ingin melarikan diri. Kereta tu sangat dia kenal. Jeon Jungkook dah kembali.

Sampai saja di satu selekoh, Jimin terus membelok dan memecut laju. Ara menutup rapat matanya. Dia takut. Dari tadi dia menjerit ketakutan. Tapi Jimin tidak ambil peduli.

Peluh dingin mengalir di dahi Ara. Matanya masih lagi tertutup. Tapi dia rasakan keadaan mula menjadi tenang. Dengan perlahan kelopak matanya terbuka. Matanya terus membulat.

"Jimin.. kita kat mana!? Tempat apa ni?"

Jimin yang dari tadi lagi termenung dengan perlahan mengangkat mukanya dan merenung wajah Ara sedalam dalamnya. Jimin tidak pula menjawab tetapi hanya merenung.

"Jimin.. jawablah!"

Jimin memandang wajah Ara seketika. Selepas itu pintu keretanya dibuka. Jimin menapak keluar dari perut keretanya.

"Keluar.."

Hanya sepatah saja dia jawab. Ara merengus geram. Pintu kereta terbuka dan Ara menapak keluar dari kereta dengan wajah yang terpaksa.

Tangan Ara dicapai oleh Jimin dan digenggamnya erat. Jimin ingin menapak masuk ke dalam bangunan tetapi dihalang oleh Ara apabila tangannya ditarik perlahan oleh Ara. Ara masih lagi memerlukan penjelasan.

"Beritahu saya kenapa kita kat sini. Ni kan bangunan lama. Jom balik.."
"Kau tak nak tanya kenapa aku bawa kereta gila2 tadi?"
"Kenapa?"
"Tak perlu tahu. Sekarang ni kita masuk dulu. Aku-"
"Tak nak! Bawa saya balik Jimin!"

Jimin mula menarik tangan Ara kasar sehingga tubuh kecil Ara terdorong ke hadapan. Ara semakin cuak. Jimin macam bukan Jimin. Bukankah dia seorang yang baik dan lemah lembut tidak pernah Jimin berkasar dengannya. Jika ada sesuatu pasti Jimin yang meminta maaf dan tak ulanginya. Tapi lelaki di hadapannya kini seperti bukan Jimin yang dia kenali selama ni.

"Jimin please send me back home.."
"Never!"

Jimin sudah hilang sabar. Tubuh Ara mula diangkat ke atas dan diletakkan di atas bahunya. Ara meronta pinta untuk dilepaskan. Air matanya mula mengalir.

"Please Jimin let me go!"
"Silent!"

Ara memukul belakang badan Jimin dengan geram. Jimin tidak pula marah tetapi hanya bertahan dan dia terus menapak masuk ke dalam bangunan tersebut.

Tak lama selepas itu, sebuah kereta porshe hitam berhenti di sebelah kereta mewah milik Jimin. Pintu kereta dibuka. Di bibirnya terukir sebuah senyuman sinis.

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now