EP: 19

1.2K 111 3
                                    

Jimin berjalan mundar mandir di dalam ruang bilik nya. Gelisah saja. Telinganya pantas ditekup. Gangguan yang diterimanya sama setiap hari. Suara2 itu takkan pernah diam. Halusinasinya semakin teruk.

Jimin mula memandang ke arah botol kecil yang berisi pil berwarna putih. Ianya untuk merawat dirinya dari segala Halusinasinya. Itu apa yang dikatakan oleh doktor psikiatri nya.

Laju saja tangannya mencapai botol itu. Dia mula membuka penutup botol itu.

"Park Jimin! Kau fikir kalau kau dah sihat semuanya akan jadi normal!? Tak.. Jimin jangan pernah kau fikir untuk singkirkan aku!"

"Kau tak wujud! Aku akan telan ubat ni! Jadi pergi!"

"Jimin!"

Ada bunyi ketukan di pintu diselangi dengan suara seseorang memanggil namanya. Jimin menutup kembali botol itu dan meletakkannya di atas meja. Kakinya digerakkan ke arah pintu bilik. Pintu bilik dibuka dan terpacul wajah pak cik nya dengan senyumannya yang lebar.
"Uncle Park.."
"Jimin pak cik ingat nak cakap sikit dengan kamu.. mari.."
"Ah.. ya baiklah Uncle Park."

"Bunuh dia! Bunuh dia! Bakar mayat dia!"

Jimin termenung seketika. Di dalam benaknya mula terbayang api marak yang menyala nyala terang di hadapannya. Dia tidak bergerak malah terpaku memerhatikan api yang terang itu menjilat rumah agam tersebut.

"Park Jimin!"

Suara Uncle Park menyedarkan Jimin dari lamunannya. Mata Jimin berkedip kedip memandang wajah Uncle Park.

"Maaf.. ya.."
"Awak ok?"
"Ya.. ya saya ok.."
"Baguslah.. mari ke bilik kerja Uncle?"
"Ah.. ya.. baiklah."

Jimin mula menapak keluar dari pintu biliknya dan membuntuti langkah Uncle park ke bilik kerjanya. Yoongi yang baru saja keluar dari biliknya menjadi pemerhati dari jauh melihat Jimin bersama dengan bapa tirinya. Bilik mereka berdua tidak jauh mana hanya seberang saja.

Mata Yoongi merenung wajah Jimin sedalam dalamnya. Dia teringat akan kata2 bapa tirinya itu.

FLASH BACK

"Yoongi.. janji dengan appa kalau kamu tinggal serumah nanti jangan sesekali bangkitkan isu yang kamu pernah kenal dengan Jimin sebelum ni."
"Kenapa pula?"
"Sebab? Jadi kamu nak beritahu yang kamu dan dia sebelum ni pernah bergaduh teruk?"
"Bukan macam tu.. tapi dia mesti-"
"Min Yoongi.. I'm serious! Do not telling him anything. And if you do.. you know what will happen. Your café might be in danger.."
"Appa!"
"Then.. shut your mouth!"

Yoongi terpaksa bersetuju. Rahsia tentang ingatan Park Jimin terpaksa dikunci supaya dia tidak mengingati apa apa.

END OF FLASH BACK

"Orang tua tu pun bodoh.. lambat laun nanti dia akan ingat semua juga.. so sia sia saja.. bodoh!"

Kata Yoongi lalu menapak masuk ke dalam biliknya semula.

Jung Ah memerhatikan saja dunia luar melalui tingkap kaca kecil itu. Dia tidak boleh sentiasa berdiam seperti ini. Dia mesti lakukan sesuatu.

Pintu tahanan dibuka perlahan dan muncul lah Kim Seok Jin merangkap doktor psikiatri di hospital tersebut. Dia lantas mendekati Jung Ah yang sedang termenung itu.

"Tuan muda Jung Ah.."
"Aku nak kau bawa Lee Ara ke sini.. dan aku ada hal nak beritahu dia..."
"Baiklah Tuan Muda."

Pintu tahanan dikunci semula. Semestinya Kim Seok Jin hanya akan dapat melawat Jung Ah secara berkala kerana tidak mahu dicurigai oleh sesiapa.

[√] LET ME IN | P.J.M Where stories live. Discover now