Anda membuka mata anda.
Anda kini sedang mengimbau kembali tentang mimpi yang anda lalui.
Anda mengenali seorang putera raja yang begitu angkuh dan seringkali menghina mereka yang lebih rendah darjatnya. Dia membunuh sesuka hati. Dia menindas sesuka hati.
Namun, anda seringkali mendampinginya kerana anda ditugaskan untuk melindunginya. Anda terikat dengan sebuah ikatan janji di mana anda terpaksa berkhidmat untuknya. Anda seringkali ditindas dan dihinanya.
Suatu hari and mendapati bahawa dia telah kecundang.
Jatuh sehingga bibir mencium tanah.
Dia merayu dan memohon pertolongan daripada anda.
Anda hakikatnya seorang pendendam. Anda ingin membunuhnya.
Namun, anda masih memiliki hati.
Apakah yang telah anda lakukan?
i- Menghalaunya pergi
Bunian rata-ratanya memiliki sifat yang ego dan sombong. Rata-rata bunian pula mampu menggunakan sihir dengan permata genma. Oleh itu, anda adalah bunian yang mampu menggunakan sihir.ii- Anda menyindirnya dengan kata-kata sinis dan terus berlalu pergi.
Amatlah jarang untuk melihat seorang bunian itu mampu mengawal sifat egonya. Dan amatlah jarang juga untuk melihat bunian yang tidak mampu menggunakan sihir. Oleh itu, anda adalah bunian yang menggunakan senjata untuk melindungi diri anda.Anda kini sudah mengenalpasti anda adalah bunian yang bagaimana.
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasyIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...