"Maaf bertanya... Kenapa dengan permata baiduri?"
René hanya sekadar tertawa sinis.
"Permata baiduri.. itu lagenda mengarut."
Anda berkerut.
"Langenda apa?"
"Kononnya batu tu mampu hidupkan semula yang dah mati. Batu tu jugak mampu abadikan nyawa seseorang. Tapi mengarutlah. Aku tak percaya. Semua pun mati jugak nanti."
"Permata tu wujud ke?"
"Entah.. tapi dengar cerita permata tu wujud kerana kuasa kegelapan. Seorang wanita gasar yang mempunyai kuasa penyembuh dijadikan sebagai perantaraan. Sampai gila dibuatnya."
"Oh..tragiknya."
"Ya. Tragik. Tapi si Rianna bodoh tu tak peduli dan terlalu berharap. Semuanya kerana lelaki tak guna tu."
"Betul ke lelaki tu boleh hidupkan orang?"
"Oh, tolonglah. Janganlah tanya soalan bodoh! Mestilah tak! Yang sebenarnya dia hanya gunakan Rianna. Dia ada agenda dia tersendiri."
"Hah? Janganlah bodohkan aku. Kalau aku tak banyak tanya bertambah bodohlah aku."
Anda membalas sinis kata-kata René.
René tersenyum sinis.
"Kau semakin berani.."
Anda memutarkan bola mata anda. René kadangkala terlalu menjengkelkan. Kesabaran anda terbatas.
"Baiklah, aku cuma risau kalau aku beritahu kau apa agenda lelaki tak guna tu bertambah pening kepala otak kau nanti."
"Tak apa.. beritahulah. Aku nak tolong kau. Kalau aku nak tolong aku kenalah faham apa masalah kau."
René mengangguk. Setuju dengan kata-kata anda.
"Yang sebenarnya. Roh lelaki tak guna tu dah lama terperangkap dalam dunia kegelapan.
Kini dia dah kembali. Namun dia masih lemah. Dia tak boleh terdedah dengan cahaya. Jasadnya hodoh macam bangkai. Untuk kembali semula ke rupa asal, dia perlu tunaikan beberapa syarat.
Salah satunya adalah menghantar jiwa yang penuh harapan ke alam kegelpan.
Dan malangnya Rianna adalah mangsanya. Rianna terlalu berharap untuk berjumpa dengan maknya dan aku telah kehilangannya..."
René meneguk air liur menahan rasa sebak dan sakit hati.
Anda mula terpinga-pinga semakin banyak persoalan bermain di dalam minda anda.
"Jadi debu genma... untuk apa?"
"Aku nak hak aku semula.."
"Hak kau?"
"Aku nak Rianna.. aku yakin Rianna masih hidup.."
"René.."
Anda memanggil René.
"Apa?"
"Kau tau macam mana nak dapatkan Rianna semula?"
Anda bertanya.
"Bodoh apa kau ni? Kalau aku tau, aku tak cari dia macam lelaki gila"
"Oh.. maaf.."
Anda menggaru kepala anda yang tidak gatal. Soalan bodoh anda tanya.
René tiba-tiba memanggil nama anda.
Anda memandang René.
"Sebenarnya aku tau macam mana. Aku sengaja nak bodohkan kau."
René tersenyum sinis.
"Tak guna."
Terasa geram hati anda.
"Rianna telah terperangkap di satu dimensi kegelapan. Sekarang ni aku perlu dapatkan beberapa benda untuk bawa dia pulang. Salah satu bendanya adalah debu genma. Kalung debu genma."
"Baiklah..sekarang aku dah faham kenapa kau nak sangat kalung genma tu."
"Bijak jugak kau ni. Aku ingat selama-lamanya kau tak akan faham."
Anda mengepal buku lima. Mulut René sangat biadab. Ingat bodoh sangat ke?
"Sekarang ni nak carik tempat bermalam. Aku nak rehat. Letih betul layan ragam jin gila tu."
bersambung
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasyIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...