Anda semakin tidak keruan. Pantas tangan anda dihalakan pada arah bayangan tangan-tangan!
Satu aura kegelapan muncul. Kabus hitam menyelubungi bayangan-bayangan yang sedang memaut kaki anda.
Adakah kabus gelap ini akan melindungi anda?
Tidak!
Anda masih mentah dalam mengawal unsur kegelapan.
Anda sebenarnya sedang membuka ruang dan peluang kepada mahkluk puaka tersebut untuk bertambah aktif.
Bayang gelap pasti mampu menenggelamkan bayang.
Tubuh anda ditarik kasar oleh makhluk kegelapan sehingga anda terjatuh terduduk. Kaki anda terus diseret menghampiri lembaga bayang besar yang berada di hujung lorong.
Zraaaaaapp~~
Satu bilah pedang membelah tangan-tangan kegelapan. Satu medan sihir terbentuk. Pedang yang memiliki kuasa sihir.
Seseorang tiba-tiba menarik tubuh anda kebelakang dengan kasar. Anda terjatuh terduduk.
Pantas bibirnya melafazkan satu sihir. Medan sihir memenuhi kawasan tersebut.
ɦɑɗiʀɳyɑ ɑiʀ รuɳgɑi kɛʀɑɳɑ titiรɑɳ ɦuʝɑɳ, ɦɑɗiʀɳyɑ pѳɦѳɳ ʀiɱɓuɳ kɛʀɑɳɑ ɓɛɳiɦ kɛciʆ, ɦɑɗiʀɳyɑ kɛkuɑtɑɳ ɗiʀi kɛʀɑɳɑ kɛʆɛɱɑɦɑɳ, ɦɑɗiʀɳyɑ kɛʝɑɦɑtɑɳ kɛʀɑɳɑ kɛgɛʆɑpɑɳ ɗɑɳ ɦɑɗiʀɳyɑ kɛgɛʆɑpɑɳ kɛʀɑɳɑ ʆѳɦѳɳg ɦitɑɱ.......
Seusai sihir dilafazkan serta-merta satu lohong hitam muncul di atas medan sihir. Angin kencang muncul dan terus menyedut bayagan-bayangan kegelapan tersebut. Turut menarik sekali bayangan jerangkung tersebut. Jeritan nyaring dan menakutkan bergema di langit malam yang sepi.
Bunyi jeritannya yang berpanjangan serta-merta lenyap apabila diri makhluk tersebut telah sepenuhnya diserap masuk ke dalam lohong hitam. Kembali ke tempat asalnya.
Angin yang kencang turut menghilang. Cahaya medan sihir turut lenyap.
Lelaki itu menghembuskan satu keluhan.
Pantas dia menoleh pada anda. Jalan menghampiri anda dengan hentakkan kaki yang kuat. Dia berhenti di sisi anda, membongkok dan terus merengkuh baju anda.
"Kau! Kau kayangan bodoh yang pertama aku pernah jumpa!!"
Dia berbisik geram. Anda terpinga-pinga. Baru diselamatkan kena marah pula.
"Kau sepatutnya mengawal mereka! Bukan menambahkan kuasa pada mereka!"
Lelaki itu terus berleter.
Dahi anda berkerut-kerut. Oh, rasanya anda baru faham. Unsur kegelapan mampu megawal kegelapan dan juga menambah kuasa pada kegelapan. Serangan kuasa kegelapan tak akan berkesan pada kegelapan. Baiklah, rasanya anda sudah tahu sikit-sikit tentang kuasa anda.
"Apa yang kau fikirkan?"
Rengkuhan pada pakaian anda dileraikan. Lelaki itu berkerut melihat wajah anda.
Anda masih terdiam tidak terkata apa. Masih terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.
"Kau bukan penghuni Ghais Lavanark kan?"
Lelaki itu merenung mata anda dengan pandangan mata yang tajam.
***Sila nantikan/pergi pada chapter - 💙SIAPA ANDA 💙
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasyIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...