♦PERGI

611 43 2
                                    

i. PERGI
Anda pilih untuk pergi meninggalkan kawasan tersebut. Namun, anda berniat untuk memaklumkan tentang lokasi Aharon serta rahsia tentang  sakit 'Schizophrenia'nya itu kepada Raja Djinn.

Anda tidak percaya bahawa René telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Dan anda adalah pembunuhnya?

René telah mati?

Kenyataan itu sukar bagi anda untuk menerimanya. Namun, ia tidak mampu untuk disangkal.

Tiada apa yang anda mampu lakukan.

Namun, anda tidak akan biarkan perkara ini diabaikan.

Anda perlu memaklumkan kepada pihak diraja Djinn.

Ya, sekurang-kurangnya mereka akan tahu rahsia Aharon. Rahsia tentang sakit schizophrenia yang dihidapi oleh Aharon yang telah menjadi puncanya dia memiliki kuasa luar biasa.

Langkah anda laju memijak tanah gersang. Walaupun lutut anda terasa longgar anda masih gagahkan langkah anda.

Anda letih.

Anda tercungap-cungap.

Kenapa?

Kenapa terasa begitu sukar untuk bernafas.

Sesak dada terasa.

Lutut anda terasa terketar-ketar.

Anda terlalu letih. Namun, anda hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk tiba di kota Nagda.

Nafas anda entah kenapa terasa begitu singkat. Lutut anda rebah. Dada anda kelihatan turun dan naik dengan laju.

Anda berpeluh-peluh. Pandangan mata anda semakin kabur. Anda sesak nafas.

Sesak. Terlalu sesak terasa ruang pernafasan anda.

Anda akhirnya rebah. Mata anda terasa semakin berat untuk dibuka.

Anda terdengar langkah menghampiri anda.

Namun, anda terlalu lemah untuk membuka pandangan mata anda lebih luas. Menoleh juga anda tidak mampu.

"Apabila Aharon berkehendakkan kau sesakkan nafas.. maka kau akan sesakkan nafas.."

Bunyi senjata pedang keluar daripada sisipan pinggang dikeluarkan kedengaran.

Laju ia menikam dada anda. Darah pekat tersembut dan merecik di ruang udara.

Tidak larat untuk melaungkan kesakitan maka anda mati begitu sahaja.

-TAMAT-

DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now