KERAJAAN ULDORIN

1.2K 152 2
                                    

Anda mengusap kepala anda. Sakitnya masih lagi terasa. Tak guna. Semuanya kerana anda begitu liat nak bangun tidur. Mana tidaknya, dalam masa sehari anda dah lalui macam-macam. Mana tak letih badan! Macam pelarian dibuatnya. Berkawad pun tak letih macam ni.

Disebabkan anda susah untuk dikejutkan dari alam mimpi yang fana kepala anda diketuk dengan buku lima milik René. Diketuk dan disekeh dengan kuat.

René juga sempat mengugut anda. Sekali lagi liat nak bangun dia akan menjirus anda dengan air.

Anda memutarkan bola mata anda. Meluat. Terlalu meluat.

Baiklah, René sentiasa tidak diduga. Meluat anda dengannya. Tapi apa nak buat kan? Sekurang-kurang ada berteman juga di Ghais Lavanark.

Ini merupakan hari kedua anda di Ghais Lavanark. Dan pagi ini, René mengajak anda untuk berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang boleh membantu anda memperolehi punca pendapatan.

"Kita sekarang di Uldorin. Antara Kerajaan manusia yang terbesar. Uldorin juga merupakan sebuah kerajaan yang berbilang bangsa. Kebanyakkan mereka yang lain menetap di sini." René menceritakan serba sedikit tentang Kerajaan Uldorin.

Ya, mereka ramai. Anda terlihat ramai individu berpusu-pusu di dataran Kerajaan tersebut. Seolah-olah ada pesta pula. Irama lagu celtic sentiasa bergema di udara. Sorakkan orang ramai juga kedengaran. Di satu sudut terlihat pula sekumpulan manusia yang asyik memainkan irama lagu. Di satu sudut pula anda terlihat tarian bangsa kayangan wanita yang menari bersama unsur alam. Anda terpukau.

Di satu sudut kelihatan pula seorang lelaki gasar yang membuat persembahan dengan menggunakan banyak pisau. Tiga bilah pisau dijulang secara berselang-seli dengan kedua tangannya.

Terdapat juga banyak gerai yang menjual pelbagai juadah. Aduh, bau makanan semerbak! Anda lapar! Pagi tadi makan roti bawang putih dua keping sahaja bersama semangkuk sup cendawan. Mana puas! Ini perut penjelajahlah!

Ini merupakan suasana bazaar yang paling meriah anda pernah lihat.

"Uldorin juga dikenali sebagai Syurga Perayaan. Hampir setiap bulan pasti ada perayaan yang akan disambut. Maklumlah ramai penghuni daripada pelbagai bangsa." René menjelaskan sekali lagi.

Anda mengangguk kagum. Nak ajak René belanjalah!

"Tapi aku bukan nak hiburkan kau dengan perayaan di sini. Aku nak bawa kau jumpa seseorang." René mematikan niat anda untuk menyuruhnya belanja makan.

"Seseorang? Siapa?" Anda terpinga-pinga

"Seseorang yang seronok ntuk dibuat main." René menjongketkan keningnya dan tersenyum sinis. "Ikut aku.." Seraya itu René melangkah di satu lorong yang agak gelap dan terpencil.

"Boleh dapat banyak wang emas..." Bisik René berbisik perlahan.

Anda berkerut. Aduh, bunyinya menyeramkan. Tapi... urm... anda tak ada pilihan. Anda rasa lebih baik anda turuti sahaja kehendak René. Risau pula kalau ada apa-apa terjadi. Siapa lagi yang akan tolong anda bukan?

Bersambung...

DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now