💙 ILUSI SEMATA 💙

2K 232 294
                                    

Tangan anda masih memegang tangan si penunggang kuda.

Anda dapat rasakan bahawa genggaman tangannya pada senjata semakin terlerai.

Anda cuba merenung wajah disebalik kerudung yang menutupi wajah.

Namun, anda tidak mampu melihatnya. Ia terlalu gelap.

Seketika kemudian anda mendengar satu bisikan daripadanya. Bisikan suara yang halus.

".. Selamatkan aku daripada kegelapan...."

Selamatkan daripada kegelapan? Anda mula rasa simpati pada dirinya. Siapa sanggup bersendirian di dalam dunia yang sepi ini? Anda tidak sanggup. Ia melemaskan.

Anda kemudian mengangguk perlahan. Anda ingin membantunya. Anda juga ingin mengenalinya dengan lebih baik.

Lama Si Penunggang kuda membisukan diri. Anda sabar dan tekun menanti tindak balas daripadanya.

"Beritahu aku...aku yang kejam atau dunia yang kejam?"

Si penunggang kuda bertanya perlahan.

Anda terkedu seketika saat soalan itu diajukan kepada anda....

Anda menghela nafas panjang. Apabila ia berkenaan dengan dunia, pasti ia berkaitan dengan perjalanan kehidupan.

Soalan ini bukanlah soalan yang mudah untuk dijawab.

Dia atau dunia yang kejam?

Ya, dia membunuh....membunuh itu kejam. Anda tidak mahu menilai seseorang sesuka hati tanpa memahami dan mengetahui kisah sebenar.

Kenapa dia membunuh? Anda tidak tahu. Pasti ada sesuatu yang telah menimpa dirinya sehinggakan dia begitu benci pada dunia yang kejam.

♦ "Tak...Kau tak kejam...."

♦ "Dunia yang menjadikan kau kejam..."

(Sila pilih jawapan kepada pertanyaan si penunggang kuda dan ingat pilihan anda. Akan datang jawapan yang anda pilih akan di imbas semula. Tinggalkan di bahagian komen untuk rujukan di chapter akan datang)

Si penunggang kuda hanya membisukan diri. Anda tidak dapat menduga apa yang kini berada di dalam fikirannya.
Adakah dia akur dengan jawapan anda mahupun tidak.

Tiada tindak balas yang diberikan daripanya.

Suasana menjadi sunyi seketika....

Sunyi dan sepi semata.

Anda tersedar sesuatu. Tiba-tiba anda tidak merasa kehadiran tangan si penunggang kuda pada genggaman tangan anda.

Anda terkebil-kebil.

Apa yang sedang berlaku?

Anda menoleh dan mula pandang sekeliling.

"Eh?"

Anda bersendirian?

Ke mana perginya si penunggang kuda tadi?

Penunggang kuda itu tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata anda.

Kelibatnya langsung tidak kelihatan. Begitu juga dengan haiwan tunggangannya.

Sekarang anda mula tertanya-tanya.

Adakah si penunggang kuda itu benar-benar wujud? Atau sekadar ilusi?

Errrrr.... apa-apapun anda rasa anda perlu tinggalkan kawasan ini!

 apa-apapun anda rasa anda perlu tinggalkan kawasan ini!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now