Anda membuka mata anda.
Anda kini sedang mengimbau kembali mimpi yang anda lalui.
Anda seorang yang bertuah. Hanya anda memiliki keistimewaan tersebut di dalam sesebuah komuniti. Anda memiliki kuasa untuk menyembuhkan luka dan sakit.
Keistimewaan tersebut amatlah diperlukan.
Apakah yang anda lakukan?
i- Anda menggunakan keistimewaan yang anda miliki untuk membantu orang ramai.
Anda hakikatnya adalah bangsa permata yang normal. Anda permata yang mampu menggunakan sihir yang kuat dan hebat. Kerana itu anda sudi membantu mereka yang memerlukan.ii- Menyembunyikan keistimewaan anda dan gunakannya hanya untuk kepentingan diri .
Anda menyembunyikan keistimewaan anda atas sebab tertentu. Anda adalah permata yang jarang ditemui. Anda adalah bangsa permata nadi. Permata nadi mampu menggunakan sihir yang hebat dan diri anda sendiri mampu menjadi punca kuasa sihir. Sesiapa yang berada berhampiran dengan anda tiba-tiba mampu menggunakan kuasa sihir. Kewujudan permata nadi amatlah diancam. Ramai yang sanggup membunuh anda kerana mereka mahukan permata anda yang mampu menjadi punca kuasa sihir.Anda kini sudah mengenalpasti anda adalah permata yang bagaimana.
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasyIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...