Seusai anda mendedahkan siapa diri anda sebenarnya, lelaki tersebut terus mengalihkan pandangan matanya. Satu keluhan nafas dihembus keluar dari hujung bibirnya.
Anda berkerut seribu. Apa yang hendak dirungsingkan?
"Kau tahu. Kau bukan manusia pertama yang sesat masuk ke dunia Ghais Lavanark."
Lelaki itu mula memberikan penjelasan.
"Aku harap kau tak ada niat buruk ke sini."
Lelaki itu kemudian tersenyum sinis.
"Niat buruk? Maksudnya?"
Anda berkerut seribu. Niat buruk apanya? Tak nampak ke betapa terkontang-kanting anda di dunia baru ini. Macam mana pula nak buat jahat.
Lelaki itu kemudian mengganguk perlahan sambil ketawa kecil. Seolah-olah dapat memahami suara hati anda.
"Betul jugakkan? Kau kelihatan mentah untuk buat jahat. Terlalu mentah."
Selamba sahaja lelaki itu mengkritik anda.
Anda menjuihkan bibir anda. Tak guna.
"Aku René."
Dia menghulurkan tangannya kepada anda.
Anda menyambut tangannya.
♦
"Suatu ketika dahulu, ada seorang manusia sesat di dunia ini. Lama dia hidup bersama-sama aku. Menumpang kasih seorang sahabat dan keluarga.
Tanpa diduga, dia menaruh perasaan pada adik perempuan aku. Rianna."
René menceritakan kisah hidupnya kepada anda.
"Pada mulanya aku tak menghalang perasaannya. Namun, lambat laun aku dapat tahu bahawa tenaganya, nyawanya dan juga jasadnya tidak mampu menanggung untuk hidup di dunia ini.
Aku dapat tahu dia tidak mahu berpisah dengan Rianna. Rianna pula telah menggunakan sihir larangan. Rianna ingin memindahkan separuh hayatnya kepada dia. Namun, sihir memindahkan hayatnya tidak menjadi. Disebabkan itu Rianna mati.
Aku yang telah membatalkan sihir larangan itu dan katanya perbuatan aku itu telah menjadi punca kematian Rianna."
Cerita René tergantung. Lama dia berdiam diri.
"Dan?"
Anda bertanya kepadanya. Mengharapkan dia akan menyambung kisah hidupnya.
"Aku ada soalan.."
René tidak menyambung kisah hidupnya. Matanya merenung mata anda.
"Ya?"
Anda berkerut seribu.
"Aku boleh hantar kau pulang semula ke dunia kau..."
Anda terdiam. Pulang? Pulang semula ke dunia anda?
"Pulang?"
Anda bertanya.
"Ya, pulang semula ke tempat asal kau."
Anda tergamam. Ini merupakan satu berita gembira kan?
"Aku boleh hantar kau pulang semula ke dunia kau... sebelum terlambat. Nak tak?"
René bertanya kepada anda.
Lama anda berdiam diri.
Perlahan-lahan anda
Setuju
(Sila nantikan/pergi ke chapter ♦SETUJU)atau
Tidak setuju
(Sila nantikan/pergi ke chapter ♦TIDAK SETUJU){Sila tinggalkan jawapan anda di ruangan komen beserta alasan anda.}
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasíaIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...