Anda menjerit dan merayu kepada Aharon supaya tidak membunuh René.
Aharon tersentak. Djinn itu menoleh pada anda.
"Beritahu aku..kenapa aku tidak boleh bunuh dia.." Mata biru Aharon galak merenung pandangan mata anda.
Anda terdiam.
"Kenapa halang aku?" Pandangan wajah Aharon bertukar bengis.
Anda tiba-tiba tidak mempunyai kekuatan untuk bersuara.
"Bukankah dia juga ingin bunuh aku? Kenapa sebagai seorang sahabat kau tidak mampu menghalangnya?" Aharon masih merenung anda.
René terkedu. Malu terasa.
"Adakah membunuh itu dibenarkan keatas individu tertentu sahaja?" Aharon memerli anda.
Ternyata segala apa yang dipersoalkan Aharon itu benar. Pada mulanya, René yang ingin membunuh Aharon. Semuanya kerana kalung debu genma yang ditawarkan.
Dan Aharon bertindak balas ingin membunuh René adalah kerana ingin melindungi dirinya.
Anda meneguk air liur. "Aharon.. perbuatan membunuh itu tidak layak dilakukan sesuka hati ke atas sesiapapun..."
Aharon kini betul-betul menumpukan perhatian kepada anda.
"Aku bagi pihak René ingin memohon maaf atas kesalahannya. Aku silap. Aku tidak mempunyai kekuatan untuk menghalangnya.."
"Beritahu aku... kenapa ingin bunuh aku..." Aharon terus terang bertanya.
Anda terkedu.
"Aku seringkali tertanya-tanya.. Kenapa aku tidak mempunyai kebebasan untuk hidup di dunia luar."
Anda berkerut seribu. Sejujurnya anda juga tidak tahu kenapa.
Perlahan-lahan anda merenung wajah René yang sesakkan udara.
Aharon mengangkat sebelah tangannya dan dihalakan kepada arah anda. Debu-debu genma mengelilingi tubuh anda membentuk menjadi ribuan serpihan kaca. Ianya tajam dan berkilauan.
Anda mula cemas. Wajah anda bertukar pucat.
"Beritahu aku, kenapa aku harus dibunuh..." Pandangan mata biru yang berlatarkan warna hitam itu mencengkam pandangan mata anda.
"Aku mahukan jawapan..kalau tidak.. aku tidak akan teragak-agak untuk bunuh kau berdua..." Aharon menggertak.
Anda meneguk air liur. Anda tidak mempunyai sebarang pilihan.
♦
i.KALUNG GENMA
Anda memberitahu bahawa René ingin membunuh anda kerana kalung genma.ii.PIHAK DIRAJA
Anda memberitahu bahawa René terpaksa membunuh anda atas arahan pihak diraja.
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasyIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...