Nota : Sekiranya di permulaan perenggan ada terjumpa simbol ini ♂ bermakna perenggan tersebut adalah untuk POV (sudut pandangan) pembaca lelaki
Sekiranya di permulaan perenggan ada simbol ini ♀ bermakna perenggan tersebut untuk POV pembaca perempuan.
♦
Anda baru selesai makan. Pergh, walaupun sikit sahaja dan tak lah kenyang sangat anda tetap bersyukur. Tak adalah anda mati kebuluran.
Anda kini sedang duduk berdua di sebuah bangku kayu yang terletak di sudut pekan khas buat orang awam yang sudah penat ke hulur dan ke hilir.
"Terima kasih."
Anda menepuk-nepuk perut anda.
"Sama-sama.."
Si lelaki sekadar menongkatkan dagu sambil merenung wajah anda.
♀ - Anda mula tersipu malu. Apahal lah lelaki ini pandang anda sebegitu. Anda tidak sanggup bertentang mata.Berdebar. Pandangan mata lelaki ini memukau. Wajahnya juga begitu kacak. Tak sanggup!
♂ - Anda mula tersenyum seperti kerang busuk. Tak guna. Meremang terasa. Apahal pandang macam tu sekali. Geli tau tak? Tak naklah orang yang memandang ingat anda adalah pasangan homo. Malu lah! Apatah lagi lelaki di hadapan anda itu boleh tahanlah juga tampannya.
(Perenggan berikut ditulis tanpa simbol ♂ dan ♀, bermakna cara pembacaan adalah seperti biasa)
"Nama siapa? Aku Dyne..."
Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Senyuman manis mula terukir pada bibirnya.
"Aku _________(nama anda)."
Dyne ketawa kecil dengan nada sinis.
"Sedap nama tu." Pujinya kedengaran acuh tak acuh. Tak taulah ikhlas ke tidak.
Dahi anda berkerut seribu. Mula terasa kurang selesa dengan cara dan gaya lekaki tersebut. Dia pelik.
"Urmmm...aku perlu pergi dulu. Terima kasih kerana sudi belanja aku."
Anda gugup dan pantas berdiri. Anda tidak mahu untuk bersama lelaki ini.
"Tunggu..."
Dyne menarik tangan anda.
"Siapa kata aku belanja kau? Aku nak bayarannya."
Aduh! Masalah lagi! Anda cuba menarik tangan anda namun genggaman tangannya amatlah erat.
"Maaf.. aku tak ada duit..."
Anda masih cuba untuk menarik tangan anda.
"Tak, tak perlu bayar dengan wang emas... cuma... bermalam dengan aku..."
Mulutnya dirapatkan pada wajah anda. Bisikan ngeri itu menusuk gegendang telinga anda.
♀ - Bisikan suaranya membuatkan seluruh tubuh anda mengigil! Tidak! Tak naklah menggadai maruah kerana setongkol jagung! Kalau tahu macam ni lebih baik anda mencuri! Jari-jemari lelaki itu mula menyentuh dagu anda. Bodoh! Bencinya! Sungguh rendah rasa harga diri! SEPANTAS KILAT ANDA MENCAPAI BANGKU KAYU KECIL TEMPAT ANDA DUDUK TADI DAN DIHENTAKKAN PADA KEPALA LELAKI ITU! Saat lelaki itu kesakitan anda pantas berlari meninggalkan kawasan tersebut.
♂ Gila! Lelaki ini terdesak dan menyeramkan! Dia- dia...dia ingin tidur dengan lelaki?! Kalau dia adalah perempuan anda mungkin boleh pertimbangkan? Mungkin? TAK! ! Apa-apa pun maruah anda tidak sesekali akan dipertaruhkan. Disebakan rasa jijik dan seram yang melampau anda terus menumbuk wajahnya! "MAKAN NI!" Tak sangka tumbukan anda begitu padu. Dyne terjatuh terduduk. Tanpa membuang masa anda terus berlari dan meninggalkan kawasan tersebut. Dia belanja anda makan setongkol jagung...dan dia minta untuk... err.. tak guna. Rendah betul terasa harga diri. Tak apa. Yang penting anda sudah belanja Dyne makan tumbukan anda!
♦
Tahniah, anda sudah berjaya di peringkat ini. Sila nantikan/baca chapter seterusnya.
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasyIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...