♦KENAPA BERSENDIRIAN♦

1.9K 144 49
                                    

" Kenapa kau bersendirian?"

Anda meneguk air liur anda.

Jantung anda semakin berdebar.

Dia masih lagi tidak mahu menurunkan senjatanya.

".............. Aku cuma tertanya-tanya bagaimana kau mampu bersendirian di sini..."

Anda memberanikan diri anda untuk bersuara sekali lagi.

Lama dia membatu bersama senjata yang terhunus pada wajah anda.

"Aku bersendirian..... "

"Aku bersendirian kerana aku telah disisihkan setelah aku berikan cinta dan kasih terhadap mereka..."

Dia tiba-tiba meluahkan perasaannya.

Anda terdiam.

"Cinta itu menyakitkan..dan cinta itu semakin parah...namun aku masih pilih untuk memberikan cinta...."
Tangannya terketar-ketar menghunuskan senjata pada wajah anda.

Anda menggeleng-gelengkan kepala anda. Anda tidak setuju dengan apa yang diperkatakannya.

"Cinta aku dipertaruhkan dan dianggap sebagai satu permainan...Aku tidak layak memiliki hati, perasaan dan juga cinta..Mereka semua mengkhianati aku."

Dia terus menghina perasaanya.

Anda hanya merenung dirinya yang lengkap berkerudung gelap.

Kenapa dia begitu teruk menghina perasaannya sendiri? Adakah dia telah dihina mahupun dikhianati??

"Aku menyimpan dendam pada dunia yang menyisihkan aku....Di sini aku menyepikan diri dan bersendirian dan kau telah menceroboh ke sini..." 

Nada bisikannya kedengaran semakin dingin.  Tangan yang memegang senjata kelihatan mengigil dengan teruk.

Emosinya terganggu.

Anda semakin takut dan risau.

Anda dapat rasakan bahawa dia yang sedang berselindung di sebalik kerudung hitam itu adalah seseorang yang telah putus asa pada dunia.

"Aku bersendirian kerana aku memilih untuk menyepi. Aku ingin bersendirian. Aku tidak mahu berikan cinta dan kasih pada aku. Keluarga, sahabat, kekasih. Aku tahu ia tidak akan kekal di sisi aku.."

Tangannya semakin galak menggeletar. Emosinya terganggu dengan teruk.

"Aku adalah bangkai bernyawa. Aku telah disumpah. Aku tidak boleh mati. Aku memiliki keabadian.... Dan kerana ini aku telah melalui pelbagai perpisahan...."

"Dan aku tidak mahu mengenali sesiapa pun lagi. Aku tidak mahu perasaan kasih dan cinta mengganggu aku. Kerana pedihnya perpisahan itu adalah menyeksakan.."

Sepantas kilat di melibaskan senjata tajamnya pada leher anda.

Darah pekat merah mengalir dengan deras.

"Kerana itu, aku pilih untuk membunuh...."

-TAMAT-

(Sila kembali ke chapter sebelum dan tukar pilihan anda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sila kembali ke chapter sebelum dan tukar pilihan anda.)

DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now