-Pemergian Rianna-

864 76 17
                                    

Rianna menonggeng di tepi tasik. Merenung jauh ke dalam air yang tenang.

"Rianna!"

René menarik kasar baju Rianna sehinggakan gadis itu terduduk.

"Apa ni?! Sakitlah abang...."

Rianna merengek manja sambil memgusap punggungnya.

René lantas merengkuh kasar dagu gadis itu.

"Kenapa kau degil, hah! Kenapa datang lagi ke sini!"

René meninggikan suaranya.

"Rianaa..rianna cuma.."

Gugup gadis itu cuba suarakan penjelasan. Takut melihat abangnya yang dikuasi dengan perasaan marah.

"Cuma apa?!"

René mengherdik!

Rianna tersentak. Air matanya gugur. Rianna amat sayangkan René. Dan apabila René memarahinya itu adalah perasaan yang paling dia sedih, benci dan takut.

"Kau cuba buat apa?!!"

Sekali lagi René meninggikan suaranya.

Berderau jantung Rianna akan herdikkan abangnya.

Perlahan-lahan gadis itu menggelengkan kepalanya.

"Kau jangan buat sampai aku hilang sabar..Beritahu aku apa kau cuba buat?!"

Pandangan mata René tajam merenung pandangan mata Rianna yang berkaca-kaca. Tangan yang menyentuh dagu Rianna dileraikan.

Rianna sekadar menundukkan pandangan matanya. Sedu-sedan mula kedengaran.

"Beritahu aku..."

René sekadar berbisik namun dingin kedengaran.

"Dalam tasik tu.. ada permata baiduri.."

Perlahan sahaja kedengaran suara Rianna.

"Kau nak buat apa dengan permata tu?!"

Kedua-dua tangan René mengenggam erat bahu adiknya. Rasa marahnya semakin bertambah.

"Mama...saya nak jumpa mama.."

Rianna menggigit bibirnya menahan sebak.

"Apa maksud kau...?"

Dahi René berkerut seribu.

"Kau jumpa lelaki dari dunia asing tu ke?!"

René merengkuh kolar baju Rianna.

Bibir Rianna terketar-ketar.

"Jawab!!"

René melenting sekuat hati.

"Y-ye.."

Rianna mengaku. Tidak berani dia untuk menipu. Dia tahu René amat mengenalinya.

Namun, saat René mendengar sahaja pengakuan itu telapak tangan René
pantas menampar Rianna sehinggakan wajahnya terpaling.

Biji mata Rianna terbuntang luas.
Begitu juga dengan René.

Dirinya sendiri juga tidak sangka dia akan menampar wajah adik kesayangannya itu dengan begitu kuat.

Rianna mula teresak-esak. Gadis itu pantas berdiri.

"Rianna.."

René menggenggam pergelangan tangan adiknya.

Rianna merentap kasar tangannya dan terus berlari pergi.

"Itu adalah kali terakhir aku berjumpa dengan Rianna...."

Anda terpinga-pinga mendengar luahan kisah silam René. René hanya menceritakan secara ringkas. Masih banyak lagi persoalan yang menjadi tanda tanya.

René kini hanya membisukan diri. Hanya terus melangkah di atas tanah gersang sambil merenung telapak tangannya.  Merenung kalung debu genma yang telah diberikan oleh Aharon.

Malam begitu sunyi.

Tak sangka pula Aharon mampu berikan kalung debu genma. Jelas dan nyata bahawa Aharon bukan calang-calang Djinn.

Emm.. lupakan tentang Aharon.

Sekarang ni ke mana anda dan René akan pergi?

René pula kelihatan agak murung dan juga sedih. Pasti peristiwa lalu telah memberikan kesan yang begitu mendalam.

"Lelaki dunia asing? Siapa dia?"

(Sila pergi ke chapter
♦Lelaki Dunia Asing)

atau

"Maaf bertanya... Kenapa dengan permata baiduri?"

(Sila pergi ke chapter
♦Permata Baiduri)

DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now