♦ MUNGKIN BOLEH BANTU ♦

1.9K 226 19
                                    

" Aku mungkin boleh bantu kau.."

Anda meneguk air liur anda.

Jantung anda semakin berdebar.

Dia masih lagi tidak mahu menurunkan senjatanya.

".............. aku cuba bantu apa yang aku mampu.."

Anda memberanikan diri anda untuk bersuara sekali lagi.

Lama dia membatu bersama senjata yang terhunus pada wajah anda.

"Aku... "

"Aku adalah bangkai bernyawa..."

Dia memperkenalkan dirinya.

Anda terdiam.

"Aku adalah bangkai yang terhina..."

Tangannya terketar-ketar menghunuskan senjata pada wajah anda.

Anda menggeleng-gelengkan kepala anda. Anda tidak setuju dengan apa yang diperkatakannya.

"Kewujudan aku di dunia ini hanyalah sebagai lambang penghinaan..."

Dia terus menghina dirinya.

Anda hanya merenung dirinya yang lengkap berkerudung gelap.

Kenapa dia begitu teruk menghina dirinya sendiri? Adakah dia begitu hodoh dan menjijikan?

"Aku menyimpan dendam pada dunia yang menyisihkan aku....Di sini aku menyepikan diri dan bersendirian dan kau telah menceroboh ke sini..." 

Nada bisikannya kedengaran semakin dingin.  Tangan yang memegang senjata semakin galak terketar-ketar.

Emosinya terganggu.

Anda bersimpati pada dirinya.

Anda dapat rasakan bahawa dia yang sedang berselindung di sebalik kerudung hitam itu adalah seseorang yang juga memiliki hati dan perasaan

Anda perlu membantunya.

Perlahan-lahan anda menyentuh tangannya yang sedar terketar-ketar menghalakan senjata pada wajah anda.

Anda sedang cuba untuk membantunya.

Anda sedang cuba untuk membantunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now