♦Tusukan Pisau

1K 90 111
                                    

Anda terlihat satu bilah pisau tertusuk melalui belakang tengkuk René sehingga bilahnya kelihatan keluar melalui mulut René. Biji mata  René terbelalak. Wajahnya pucat. Darah merah banyak mengalir.

Biji mata anda terbuntang luas. Wajah anda bertukar pucat. Tidak. Adakah semua yang berlaku di hadapan anda ini adalah mimpi?!

"Kau cuba bunuh Aharon..." Satu suara berbisik perlahan memecahkan lamunan anda.

Aharon? Banduan yang terlepas dari penjara bawah tanah tu?! Dia telah muncul.

Dengan kasarnya Djinn itu menarik keluar pisau dari belakang tengkuk René.

René terus rebah, namun dia masih lagi bernyawa. Bergelut dengan nyawa yang bakal direntap keluar dari jasad.
Anda terpaku melihat keadaan René.
Dadanya kelihatan turun dan naik dengan laju. Berusaha menarik nafas.

"Adakah, kau juga ingin membunuh Aharon?" Dia berjalan menghampiri anda.

Anda terpaku melihat kemunculan Djinn Aharon itu. Anda masih melutut di atas tanah. Tiada langsung kekuatan untuk bangkit berdiri dan melarikan diri.

Dia berdiri betul-betul dihadapan anda. Berwajah tanpa emosi. Kepalanya pula berbalut dengan selendang merah menutupi tanduknya yang telah dipatahkan.

Aharon mencangkung dan merenung mata anda.

Anda masih terpaku.

"

Aku...Djinn Hask Aharon" Aharon memperkenalkan dirinya.

Anda tergamam.

"Kenapa mahu bunuh Aharon?" Dia bertanya sambil merenung mata anda. Matanya biru berlatarkan warna hitam itu ternyata memberi kegerunan terhadap diri anda.

Anda tidak mampu untuk memberi sebarang jawapan.

"Siapa yang berhak menentukan hidup dan mati seseorang?"

Bibir anda terketar-ketar merenung wajahnya.

"Siapa yang berhak menentukan hidup dan mati seseorang?" Sekali lagi Aharon bertanya.

Anda masih tidak mempunyai kekuatan untuk menjawab soalannya itu.

"Siapa yang berhak menentukan hidup dan mati seseorang?" Buat kali ketiga Aharon bertanya, namun anda masih tidak mempunyai kekuatan untuk menjawab soalannya itu.

"Adakah Takdir yang memberi kuasa kepada kau untuk membunuh Aharon?" 

Anda terkedu. Soalannya penuh dengan nada sinis. Tidak. Sudah tentu tidak. Tidak mungkin anda layak untuk membunuh sesiapa sesuka hati.

Anda perlahan-lahan menggelengkan kepala anda. Degupan jantung anda semakin laju. Anda semakin cemas.

"Bermakna...Aharon juga layak untuk hidup?" Aharon bertanya sekali lagi.

Anda mengangguk perlahan.

"Bagaimana pula dengan Aharon? Adakah Aharon layak untuk membunuh sesiapa?"

Jari-jemarinya yang berkuku panjang menyentuh dagu anda. Kepala anda didongakkan agar mampu merenung wajah anda.

"Sila jawab... Bagaimana pula dengan Aharon? Adakah Aharon layak atau tidak layak untuk membunuh sesiapa sesuka hati?"

(Sila tinggalkan jawapan anda sama ada Layak atau Tidak Layak)

Aharon kemudian tersenyum sinis mendengar jawapan anda.

"Beritahu Aharon kenapa kau sangka begitu?" Djinn itu kekal merenung wajah anda. Menanti alasan kepada jawapan anda.

(Sila berikan alasan kepada jawapan anda tadi)


Bersambung...

DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now