Anda berdusta. Anda sembunyikan kebenaran bahawa diri anda daripada dunia lain.
Lelaki itu kekal merenung mata anda.
Anda mula rasa tidak selesa.
"Bagus..."
Ujar lelaki itu sekadar berbisik. Pandangan wajahnya dialihkan daripada anda.
Anda menghembuskan nafas lega secara perlahan-lahan.
"Untuk pengetahuan kau, aku tidak akan mempercayai mereka yang datang daripada dunia lain. Aku serik."
Lelaki itu memberitahu tentang perasaannya.
Anda mula rasa gerun. Bagaimana sekiranya dia dapat tahu bahawa anda berdusta?
"Dan... kau tau kan. Kepercayaan itu tidak mudah untuk diraih. Lebih-lebih lagi apabila satu penipuan telah dibuat."
Lelaki itu merenung tajam mata anda.
Biji mata anda terbuntang luas. Sakitnya. Tiba-tiba bahagian perut anda terasa sakit. Perlahan-lahan darah mengalir keluar daripada mulut anda.
Tanpa anda disedari dia telah merodok perut anda dengan bilah pisaunya. Pisau yang telah sebati dengan kuasa sihir.
Darah merah memancut keluar.
Pandangan mata anda bertukar menjadi kabur dan perlahan-lahan menjadi hitam.
-TAMAT-
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasyIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...