(Buat yang berkata LAYAK)
Anda memberitahu Aharon bahawa dia layak untuk membunuh.
Aharon hanya sekadar tersenyum.
"Adakah kau cuba untuk memenangi hati Aharon?" Aharon merenung pandangan mata anda.
"Tidakk.. aku tidak bermaksud.." Anda gugup.
"Membunuh itu bukan hak sesiapa...bukan hak kau.. mahupun hak Aharon.." Aharon perlahan-lahan berdiri. Pandangan matanya merenung langit kosong tidak berbintang. Perlahan-lahan kepalanya mendongak ke atas.
Tidak.. Anda mula dapat rasakan satu tekanan kuasa mengelilingi anda.
Tekanan kuasa genma.
"Sekiranya bunuh itu bukan milik sesiapa...kenapa mahu bunuh Aharon?" Nada suara Aharon kedengaran seakan berbisik.
Tidak. Anda baru teringat. Aharon adalah Djinn yang di mana debu-debu genma akan menguasai dirinya saat emosinya tidak stabil.
"Apa bezanya Aharon dengan mereka yang lain? Kenapa Aharon harus dibunuh?" Tubuh Aharon mula diselubungi debu-debu genma.
Debu-debu yang sebesar zahrah kini mampu dilihat dengan mata kasar disebabkan jumlahnya yang banyak telah terkumpul.
Anda cuba untuk berdiri.
Namun, anda dapati kedua kaki anda menjadi kaku. Debu-debu genma kini sedang mencengkam kaki anda.
Anda semakin cemas.
Aharon mengalihkan pandangan matanya pada anda. Sekaligus, debu-debu genma menjunam ke arah anda sehingga menembusi tubuh anda. Disebabkan tekanan kuasa yang tinggi, tubuh anda berkecai. Warna darah memenuhi dataran tanah gersang.
Perlahan-lahan Aharon melangkah pergi dari situ. Meninggalkan sisa mayat anda yang berkecai di situ.
Kini langkahnya menuju ke arah René..
"Kau juga cuba ingin membunuh Aharon?"Satu senyuman sinis terukir. Kini giliran René pula akan dibunuhnya.
-TAMAT-
♦
(Buat yang berkata TIDAK LAYAK)
Aharon merenung tajam pandangan mata anda.
"Jadi, kau sememangnya tahu bahawa Aharon mahupun kau tidak layak untuk membunuh?" Nada suara Aharon kedengaran begitu dingin.
Pandangan mata anda menjadi kaku. Anda mula rasakan tekanan kuasa anda mengelilingi anda.
Debu-debu genma mula menyelubungi tubuh Aharon. Emosinya tidak stabil. Bermakna debu genma adalah dibawah kawalan emosinya.
Debu-debu genma yang sebesar zahrah kini mampu dilihat disebabkan jumlahnya yang banyak.
Perlahan-lahan tangannya mencengkam leher anda. Djinn itu berdiri sehingga membuatkan kaki anda tidak menyentuh tanah. Maklumlah, bangsa Djinn semuanya tinggi lampai. Anda mula sesak nafas. Anda menggengam lengan Aharon, cuba untuk meleraikan cengkaman pada leher anda.
Pandangan mata Aharon kelihatan begitu menggerunkan. Djinn itu begitu marah.
Baiklah, anda mula putus harapan. Anda tahu, anda tidak mampu menyelamatkan diri anda lagi melainkan Takdir yang tertulis mengatakan anda akan terselamat.
"Berhenti... lepaskan dia.." Satu suara memberi arahan kepada Aharon.
Aharon tersentak. Tangan Aharon masih mencengkam kuat leher anda. Perlahan-lahan Djinn itu mengalihkan pandangan wajahnya pada suara itu.
"Aku tak sanggup lihat dia yang tidak bersalah di ambang maut..." René kini sedang berusaha untuk berdiri. Kelihatan sisa darah merah yang pekat pada bahagian mulut dan tengkuknya.
"Kenapa Aharon perlu menuruti perintah kau?" Aharon bertanya sinis.
"Kerana aku yang ingin bunuh kau. Bukan dia. Dia sekadar menemani aku.." René merenung pandangan mata Aharon.
Aharon lantas melepaskan cengkaman pada leher anda. Tubuh anda terus jatuh terjelepuk pada tanah. Anda berusaha menarik nafas. Lega.
Perlahan-lahan Aharon melangkah menghampiri René.
Anda berkerut seribu. Bagaimana René masih mampu berdiri dengan teguh sedangkan dia cedera dengan teruk? Seolah-olah tidak memberi sebarang kesan terhadap dirinya.
"Aku akan meragut nyawa kau.." Ujar René angkuh.
Aharon menjongketkan keningnya. Djinn itu ketawa dengan lantang saat mendengar pengakuan René.
René pula hanya sekadar tersenyum sinis.
Gila. Ini gila. Bagaimana René mampu ingin membunuh djinn itu?!
Anda semakin keliru melihat keyakinan René.Apakah agaknya yang sedang dan bakal berlaku? Anda begitu cemas dan berdebar. Pelbagai spekulasi kini bermain di minda anda.
Bersambung...(Sudi-sudilah kongsikan andaian anda.😋 )
YOU ARE READING
DUNIA GHAIS LAVANARK
FantasyIni bukanlah sebuah cerita. Bukan sebuah novel. Bukan sebuah cerpen mahupun sebuah puisi. Tiba-tiba hati ini tergerak nak bawa pembaca ke dunia Ghais Lavanark. (Ini adalah kamus permainan buat pembaca) Pembaca yang akan memainkan sebuah peranan di d...