♦LELAKI DUNIA ASING

578 59 10
                                    


"Lelaki dunia asing? Siapa dia?"

Anda tertanya-tanya tentang lelaki dunia asing. Apakah maksud René dengan lelaki dunia asing?

René merenung pandangan mata anda.

Anda berkerut seribu. Anda melihat pandangan mata René berkaca-kaca.

"Sejujurnya ..aku tak pasti siapa dia.Aku cuma tau serba sikit tentang dia."

René menahan sebak.

"Tapi.. dia telah berjanji akan hidupkan mak aku. Pada mulanya aku turut tergoda dengan janji dia. Tapi aku sedar itu menentang Takdir."

Anda hanya sekadar mendiamkan diri. Hanya sekadar mendengar segala luahan René.

"Tapi Rianna tetap berdegil. Rianna tetap nak jumpa mak aku. Rianna macam... ...entah. Rianna macam kena pukau. Aku tak mampu nak halang Rianna. Rianna tetap berjumpa dengan lelaki tak guna tu secara tersembunyi. Rianna ada beritahu aku.. lelaki tu dari dunia lain. Dari dunia yang mampu menghidupkan yang mati."

Anda tergamam. Dunia yang mampu hidupkan yang mati?

"Apa maksudnya?"

Anda bertanya.

"Rianna sangka lelaki tu adalah dewa dari dunia roh tapi sebenarnya dia bukan."

"Jadi kau tau dia dari dunia mana?"

"Mana lagi kalau bukan dunia kegelapan. Sebuah alam di mana terkurungnya segala roh jahat dan kuasa sihir gelap."

"Dia dari dunia kegelapan?"

"Hakikatnya dia baru terbebas dari dunia kegelapan. Dan dia telah gunakan Rianna untuk mendapatkan semula kuasanya."

Anda merenung raut wajah René. Jelas bahawa hatinya sedang meradang.

"Kerana laki tak guna tu aku telah kehilangan Rianna. Aku akan bunuh dia."

Anda mula terpinga-pinga semakin banyak persoalan bermain di dalam minda anda. Adakah kalung genma itu digunakan untuk menghapuskan lelaki dari dunia asing itu. Adakah itu agenda René.

"Jadi, debu genma tu untuk apa?"

"Aku nak hak aku semula.."

"Hak kau?"

"Aku nak Rianna.. aku yakin Rianna masih hidup.."

"Rianna masih hidup?"

René hanya sekadar mengangguk.

"René.."

Anda memanggil René.

"Apa?"

"Kau tau mana Rianna dekat mana?"

Anda bertanya.

"Bodoh apa kau ni? Kalau aku tau, aku tak cari dia macam lelaki gila"

"Oh.. maaf.."

Anda menggaru kepala anda yang tidak gatal. Soalan bodoh anda tanya. Tersilap tanya pula.

René tiba-tiba memanggil nama anda.

Anda memandang René.

"Sebenarnya aku tau Rianna dekat mana. Aku sengaja nak bodohkan kau."

René tersenyum sinis.

"Tak guna."

Terasa geram hati anda.

"Rianna sebenarnya telah terperangkap di satu dimensi kegelapan. Sekarang ni aku perlu dapatkan beberapa benda untuk bawa dia pulang. Salah satu bendanya adalah debu genma. Kalung debu genma."

"Rianna terperangkap sebab lelaki tu ke?"

Anda inginkan kepastian.

René mengangguk.

"Bijak jugak kau ni."

Anda mengepal buku lima. Mulut René sangat biadab. Ingat bodoh sangat ke?

"Sekarang ni nak carik tempat bermalam. Aku nak rehat. Letih betul layan ragam jin gila tu."

Anda hanya sekadar mengangguk.

"Apa-apa pun terima kasih sebab sudi dengar luahan aku."

René tersenyum dan terus melangkah.

bersambung

DUNIA GHAIS LAVANARKWhere stories live. Discover now